Besabarlah kerana Allah menguji anda berdua serta keluarga.. Firman Allah;
Orang-orang yang beriman itu apabila didatangkan suatu musibah buat mereka, maka mereka mengatakan 'Inna lillahi wa inna Ilahi Raaji'uun..'
Kadang-kadang ujian yang Allah datangkan semacam tidak tertanggung.. Tapi yakinlah bahawa setiap ujian itu adalah tanda kasih Allah pada hamba-hambaNya..
1200 pm,25 DIS|Saya bekejar ke airport untuk mengambil Ukht Nazirah yang balik dari Semenanjung.. Jalan-raya yang jam menyebabkan kesukaran untuk mempercepatkan perjalanan balik ke kampung. Baru teringat hari ini ada sambutan Krismass, patutlah kereta yang ada diatas jalan macam semut balik sarang..
Message bertali arus.. enta dah kat mana?? Cepat sket sebab mayat dah dimandikan.. seorang sahabiyyah mengingatkan.. Allahu Akbar! laungan takbir sahaja yang mampu saya ucapkan ketika itu.. Terbayang di kepala akan keadaan keluarga yang menunggu kepulangan anaknya dalam suasana sedih.. Tapi, nak buat macam mana.. Meter kereta dah 140km/j ! Double line pun masih memotong juga.. Kepada Allah sahaja tempat berserah ketika itu..
Dalam suasana kelam-kabut memandu itu.. Teringat peristiwa ketika ayah meninggal dunia.. Ya,macam ukht nazirah juga.. Masa tue saya berada dalam hari pertama kuliah di UTM.. Tiba-tiba menerima panggilan bahawa Ayah yang banyak berkorban untuk hidup saya telah dipanggil oleh tuhan untuk menghadapNya buat selama-lama..
Bukan senang dan bukan mudah untuk menelan hakikat berita sedih semacam itu.. Itu sebab saya tak mampu berkata apa-apa apabila melihat wajah Ukht Nazirah yang kesedihan..
Hasbunallah wani'mal wakiil.. Ni'mal maula wa ni'ma Noshiir.
200 pm, 25 DIS| Saya tiba diperkarangan rumah arwah yang sememangnya sudah dibanjiri oleh keluarga dan orang kampung. Alhamdulillah, Allah bagi nikmat selamat dalam perjalanan..
Setelah solat zuhur, saya turut dipanggil oleh keluarga arwah untuk sama-sama menyembahyangkan Jenazah.. Selesai solat, jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk urusan pengebumian... Menitik juga airmata bila melihat tanah perkuburan..
Adikku.. Hari ini engkau yang akan tidur disini buat selamanya.. Kemungkinan besok ataupun lusa abang pula..
Semoga selamat beristirehat duhai jiwa yang tenang di sisi Allah SWT..
Ini bukanlah pengakhiran dalam kehidupan.. Bahkan ini hanyalah suatu permulaan kepada kehidupan yang kekal abadi..
3 comments:
SALAM TAKZIAH DARI KAMI di semenanjung.. Moga ditetapkan hati2 ini agar sentiasa dijalanNYA..
"setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati"..
salam takziah buat ukhti hanisah n nazirah..ssghnya suatu kepahitan itu trsembunyi kemanisan di dlmnya..byk2 bersabar kerana harga 'Kesabaran' itu lebih tinggi nilainya..moga2 Allah berikan kekuatan pada kita utk mghadapi sgala ujian..InsyaAllah..
Teringat pulak pd arwah adik ana yg meniggal dahulu..InsyaAllah syurga bgnya..
Salam Takziah dari kami, KRU Kudat. -_-
Post a Comment