My Kid is my hero..
"Si Ashraf tue, di sekolah dia dapat nombor satu.. Sekolah Agama pun macam tue juga.." Kata akak saya yang seorang..
"Si Syafiq tue, baru darjah satu, tapi dah pandai buat soalan darjah tiga.." Balas akak saya yang lain.. Semacam tak nak heronya kalah..(",)
Saya hanya tersenyum dan setia mendengar..
Memang.. Ianya suatu lumrah.. Malah, normal ibu-bapa akan berbangga dengan anak masing-masing.. Dan dari bangga itulah akan terbitnya ikatan sayang serta merasakan si anak adalah HERO dalam kehidupannya. Membesar sebagai hero dengan kata lain menjadi anak yang SOLEH dan BERGUNA buat keluarganya dan juga masyarakatnya..
Seorang Ibu tidak kisah akan perit maung membesarkan seorang anak dek kerana harapan agar si Anak menjadi HERO adalah lebih besar dari keperitan yang dirasakan..Seorang Ayah tidak kisah akan berapa belanja yang dilaburkan untuk seorang anak dek kerana harapan agar si Anak menjadi HERO adalah lebih bernilai dari selonggok wang ringgit yang ada!
Amanah bukan hanya Anugerah..
Mencedok dari manifestasi tujuan hidup seorang Muslim, maka persoalan mendidik serta membesarkan anak-anak juga tidak terlepas dari kata kunci kehidupan iaitu 'ta'abbud illa Allah'.. Tuntasnya, mempunyai anak yang dianggap sebagai a little hero yang dilihat sebagai anugerah bagi sebuah pasangan ibu dan ayah tidak cukup kalau amanah mendidiknya tidak disempurnakan..
Apa yang menyedihkan ialah jika sebuah pasangan keluarga Muslim, kekadang terlepas pandang akan keutamaan ini bagi hero-hero mereka dan paling menyedihkan jika ada yang buta terus akannya.. Justeru disebabkan kepincangan inilah maka lahirlah hero-hero yang jahil akan agamanya sehingga tujuan asal pembinaan baitul Muslim itu tidak dapat direalisasikan!
Dan sudah pasti menyempurnakan amanah ini bukan suatu tugas yang mudah.. Betapa kita sering menyaksikan bukan sedikit yang kecundang dalam usaha ini.. Itu sebab ia perlu disertakan Tawakkal dan Doa kepada Allah dan tidak cukup dengan bekal sekadar usaha dan ilmu yang ada.. Dan, semuanya adalah atas pilihan Allah.. Samada Sibghah (acuan) yang digunakan dapat menatijahkan seorang Hero yang diharapkan..
Sebabnya, kita sering menyaksikan betapa ramai pasangan yang bergelar 'ustaz' ataupun 'ustazah' tapi failed mendidik anaknya.. Bahkan, ada juga pakar motivasi yang pernah mengakui bila ditanya mengapa anak-anaknya tidak 'menjadi'.. Maka jawabnya.. 'Melaksanakan secara PRAKTIKAL tidak semudah mengungkapkan sebuah TEORI'..
Itu sebab konklusi yang saya ambil ialah.. Semuanya adalah PILIHAN ALLAH! Manusia hanya mampu berusaha dan terpulang kepada kehendak Allah..
Apakah kamu tidak memerhatikan..??
Dalam Quran, Allah sering mengingatkan manusia agar memerhatikan sekeliling dengan kuasa akal yang dikurniakan.. Sebab setiap proses kejadian ataupun tumbubesaran serta detik masa peristiwa yang berlalu pasti ada hikmah disebalik yang tersembunyi.. Lalu perhatikanlah dan belajarlah dari apa yang berlaku agar hikmah yang ada dapat ditransform menjadi suatu ilmu yang berguna!
Begitu juga dalam persoalan Pendidikan Anak-Anak.. Beruntunglah mereka yang masih ada adik-adik kecil ataupun anak-anak buah yang ramai kerana dari situ mereka boleh belajar sesuatu.. Sekurang-kurangnya bila ada hero yang sebenar nanti, maka tidaklah timbul persoalan istilah 'mengeksperimen' anak-anak kerana pengalaman sebelum boleh dipakai..Insya Allah..
Firman Allah:
"Acuan Allah.. Dan siapa lagi yang lebih baik akan acuannya selain dari Allah dan kepadaNyalah kami mengabdikan diri."
No comments:
Post a Comment