Wednesday, December 17

Remaja Hari ini, Pemimpin esok hari

Program Islamic summer Camp 2008 telah melabuhkan tirainya.. Tiada kata yang paling indah untuk dituturkan melainkan ucapan tahmid membesarkan Ilahi. Siapa sangka program yang dijangkakan pada awalnya hanya untuk peserta 'elit' seramai 30 orang, tiba-tiba bertambah sehingga 81 orang!

Adik-adik dari segenap ceruk Pantai Barat Sabah telah berkampung selama 4 hari 3 malam di kampung Keboni yang sememangnya sungguh indah pemandangannya dan juga sungguh sejuk cuacanya. Seolah-olah kita berada di oversea. Kebetulan nama program pun sesuai dengan suasana tempatnya.

Fasa yang mencabar..


Ya.. memang mencabar! Sebelum kehadiran adik-adik peserta, saya selaku pengarah bersama dengan jentera AJK telah bertungkus-lumus untuk menyelesaikan segala macam benda yang masih tertangguh ekoran kelewatan saya balik sebelum nie. Peristiwa paling manis ketika seorang rakan digigit 'penyengat' sewaktu berJihad untuk mendapatkan buluh bagi mendirikan khemah buat adik-adik peserta. Sempat juga saya katakan pada rakan yang disengat, inilah modul tarbiyyah Rabbani! Modul yang disediakan secara langsung dari Allah melalui ajen pentamrinNya iaitu si 'Penyengat'!

Mereka adalah SUPERHERO!


Semuanya adalah proses yang dipanggil sebagai From Zero to HerO; program yang dianjurkan adalah salah satu proses yang dimaksudkan. Menghasilkan ramai SUPERHERO! Bersesuaian dengan temanya serta konsep program, maka penerapan nilai kepimpinan peringkat remaja dititikberatkan. Malah, konsep U are Dai'e yang dipasak dalam setiap elemen pengisian mahupun LDK sebenarnya bertujuan agar SUPERHERO tadi bukan hanya dikembangkan serta digilap potensinya memimpin bahkan mereka dingatkan serta disedarkan dengan tanggungjawab sebagai Khalifah...

Maknanya.. SUPERHERO nor to SHOW; but SUPERHERO to DOING!

Akhirnya..

Ya, ucapan setinggi tahniah buat adik-adik KRU (Kelab Remaja Ukhuwwah) dari seluruh kawasan yang berjaya menghabiskan program ini dengan jayanya. Dan juga tidak dilupakan buat para AJK dari PSS (Persatuan Siswazah Sabah) gabungan Pantai Barat Selatan dan Fasilitator yang terlibat bagi menjayakan program ini.. Saya mohon maaf kalau ada kelemahan, kekurangan , ketidak-puas-hatian, dan apa-apa yang sewaktu dengannya.. Berlapang Dada itulah kunci pada kekuatan sebuah ikatan Ukhuwwah..

Siiru 'ala barokatillah!

No comments: