Bertimbun kerja… Satu demi satu mendatang dengan halaju V=100km/jam.. Belum sempat disempurnakan tugasan yang pertama sudah ada tugasan yang kesepuluh bersusun di atas meja buruk saya.. Segala macam assignment bertenggek dan tidak tersentuh dek kerana kesibukan seharian.. Tapi, peliknya sempat juga tengok laman sesawang yang tak seberapa ini walau barang sebentar.. Mana tahu ada noktah bicara yang ditinggalkan oleh pengunjung.. Roomate sempat melemparkan nada sinis.. Hmm, dah blog addict nak wat camne.. Kata roomate..=) Ala, dia pun sama juga friendster addict.. Apa-apalah addict, yang penting bagi sedikit kebaikan dan bukannya kemusnahan.. Jangan drug addict sudah!
Di ketika membuat coretan ini, saya sempat menggerling jam di dinding bilik.. Dah pukul 2 am! Esok ada INDUSTRIAL VISIT dekat Kilang pembuat kabel XLPE.. Crosslinkpolyethelene.. Kabel eletrik yang digunakan oleh TNB untuk tujuan underground transmission line.. Talian bawah tanah.. So, esok budak-budak final year dan surely final sem nie akan tengok dan ikuti setiap steps dan testing yang dibuat untuk membuat kabel.. Ini penting bila kerja nanti.. Dah nak habis nie, semua bicara pasal kerja.. Biasalah.. kerja.. kahwin.. kerja.. kahwin.. kerja.. kahwin.. Duk sibuk ulang benda dua nie.. Mmmm.. Bosan juga kadang-kadang.. Yela, jangankan kata nak kahwin, nak kerja pun tak pasti lagi.. So, tukarlah.. master.. PHD.. master..PHD.. master.. PHD.. Roomate muka massamm je macam tak setuju.. kuikuikui..
Alhamdulillah.. Totally dah 80% proposal untuk dapatkan grant sebagai bakal student master dah siap.. Penat juga buat benda nie.. Tambah pula kita tak reti sangat.. Thanks for god juga sebab bagi lecturer Final Year Project yang cukup-cukup atau tersangat-sangat baik hati.. Beliaulah yang banyak push saya supaya sambung master.. Aik, serius nampak.. Roomate agak terkejut bila nengok saya beria-ia benar buat final touching dan completing all of da requirements untuk permohonan sebagai master student by research bagi kemasukan semester depan.. Memang la serius bang.. Habis main-main..? Siapa yang sanggup..? Wang proses untuk borang dah mencecah RM100!
Amacam..? Dah hantar ke borang master yang zul cakap hari tue..? Bisik Ibu dalam telefon tempoh hari.. Ibu memang beria-ia sangat mahukan saya sambung master.. Ala.. Baguslah kamu sambung nak.. Bukan ada orang yang menunggu pun.. Kata Ibu dengan selamba dan steady.. Masa tue tengah cuti semester.. Ibu steady.. Tapi, saya pula yang terkejut.. Hmmm.. Macam manalah Ibu boleh tahu segala-galanya nie..? Bukan sekadar zahir, batin pun Ibu sudah teroka.. huhu.. Inilah kemantapan Ilmu dan Hikmah orang tua.. Apatah lagi kalau insan itu namanya si IBU... Tapi bagi saya, bukanlah itu penyebab utama tindakan yang diambil.. Apa yang paling penting ialah prinsip.. Prinsip belajar selagi ada universiti yang mahu menerima.. Meminjam kata Dato’ NC, mengangkasa pengajian setinggi langit yang biru.. Bukan bermaksud untuk membangga diri. Tapi untuk mengadun segumpal awan di langit sana lantas menurunkan hujan ilmu bagi menumbuh serta menyegar tamadun manusia!
Demi Ibu.. Saya membeli sebuah buku Be a Happiest Woman.. Tulisan Dr Aidh Al-Qarni.. Tapi yang menariknya, bukan nak hadiahkan naskah buku nie ngan Ibu.. Hmm, manalah Ibu reti nak baca.. So.. Nak buat ape? Nak bacalah.. Saya yang baca.. Pelik.. Ya, ramai yang pelik bila tengok saya mundar-mandir bawa buku nie.. Especially sahabat-sahabat lama.. Tidak kurang juga yang senyum-senyum simpul.. Ehem,ehem.. nak bagi sape tue..? Aaah.. Pedulikan.. Kamu takkan faham.. Kalau bagi faham pun, buat-buat tak faham sebab saja nak kumpul point untuk usik saya.. Apa makna naskah buku yang berbentuk tulisan dan helaian kertas kepada insan yang semulia Ibu..? Biarlah buku ini aku jadikan teman dan bisaku kutip segala isi dan makna yang terkandung dalamnya dalam bentuk Ilmu.. Kerana janjiku ialah, daku akan persembahkannya dan hadiahkannya dalam bentuk untaian kasih sayang serta perasaan cinta pada makhluk mulia namanya Ibu.. Biarlah kasih dan cinta itu keluar dan memancar dari tubuh badan si anak sendiri dan bukannya mengharap bicara kaku senaskah buku!
...Semulia-mulia insan yang bernama Muhammad SAW, baginda pun keluar dari rahim seorang manusia yang namanya IBU...
3 comments:
salam ziarah....
salam ziarah kembali..
Ya shiekh.. kaifa haaluka..? Lama kt tak bersua ek..=) xpa, kire brtemu dlm ruang maya pun dah kire ok kan..
Salam, dah complete k borang masuk MASTER di UTP?
Post a Comment