Ya Muqallibal Qulub thabbit Qulubii..
Usai solat subuh, saya try online balik.. Semalam susah betul nak surfing.. Biasalah, internet free kata sorang sahabat.. Yes.. Akhirnya dapat masuk! Memang waktu-waktu begini peak user tak seberapa.. Semua tengah tidur agaknya.. Subuh pukul berapa? Wallahu a’lam!
Entahlah beberapa hari ini macam-macam perasaan datang.. Yang sedihnya semua dalam bentuk yang kurang menyenangkan. Sedih, kecewa, geram, marah, putus asa, resah dan macam-macam lagi. Saya sendiri pun tak tahu puncanya. Nak kata projek punya pasal, tak juga.. Projek still on-going. Pasal akademik tak juga sebab test ok je.. Tapi perasaan nie bertalu-talu menyerang jiwa sehingga lemas dibuatnya. Syukurlah ada abang-abang senior yang sudi berkongsi nasihat dan sebagainya.. Dan selalunya kalau saya hadapi serangan semcam nie, Ibulah orang pertama tempat saya mengadu. Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab masih mempunyai seorang Ibu tempat menagih belaian kasih. Setelah kematian Ayah, Ibulah tempat kami sembilan orang adik-beradik mengadu.
Betapa pun abang sulung saya yang berusia 30an, bila abang hadapi apa-apa masalah pasti ibu jugalah tempat rujukan. Bahkan kakak saya yang dah ada anak sampai 4 orang pun tidak ketinggalan. Ibulah yang menjadi biro Pengaduan Awam kami. Ya, ibu memang hebat. Suaranya umpama ada sakti.. Kelembutannya umpama air yang memadamkan api dan membasuh kesedihan.. Tika sedih macam nie perasaan rindu dengan Ibu semakin menjadi-jadi. Kalaulah ada jambatan atas laut china selatan itu sudah lama saya beli tiket TRANSNASIONAL untuk balik ke kampung. Tapi apakan daya..
Terkenang semasa kechik dahulu.. Ibu menjadi teman kami adik-beradik dalam segala-gala perkara.. Bermain, bergurau, bermanja sehinggakan dalam hal-hal belajar sekalipun, Ibu menjadi rakan pembimbing yang setia.. Ibu bukan educated pun. Bolehlah membaca sikit-sikit.. Tapi konfem tak pandai Add-Math jauh sekali Physic atau Chemistry. Tapi kalau kami adik-beradik nak belajar, mesti ada Ibu di sebelah.. Biarlah Ibu tak faham pun.. Sekarang saya baru tahu kenapa Ibu sanggup berjam-jam menunggu kami belajar sambil menganyam tikar untuk menampung hidup sekeluarga dulu.. Sebenarnya apa yang Ibu nak ajar bukanlah cara nak mengira ataupun macam mana nak tekan kalkulator. Jauh sekali nak ajar teori Bernoulli atau formula empirik kimia. Apa yang Ibu nak ajar ialah SEMANGAT dan KOMITMEN untuk belajar! Tak hairanlah Ibu yang selalu menang.. Apa tidaknya ketika kami sudah berdengkur Ibu masih lagi menganyam tikar..
Saya juga masih ingat sewaktu dirotan oleh Ayah suatu masa dulu, tersengguk-sengguk saya menangis dalam pelukan Ibu. Ya, bila Ayah marah satu keluarga senyap tak terkata. Ayah memang macam tue. Ayah ada prinsip yang anak-anak tak boleh langgar.. Jadual mengaji kena dipatuhi, waktu belajar kena diikuti, dan jangan cuba mereka-reka alasan untuk tidak ke surau! Sambil memeluk saya, perlahan Ibu memasukkan jarum-jarum nasihat dengan lembut. Ya, saya rasa kaedah kompilasi mendidik sebegini cukup berjaya. Marah ayah akan menghancurkan kedegilan yang mula nak bertapak.. Lepas tue barulah Ibu pula memainkan peranan untuk perlahan-lahan menerapkan nasihat-nasihat atas tujuan membina semula. Betullah.. kalau tidak dibuang kekotoran masakan melekat akan kebaikan.. Inilah konsep INQILABIYYAH yang kita belajar dalam usrah.. Di mana ayah dan Ibu belajar, entahlah saya pun tak tahu.
Ibu..
Kasih dan sayangmu harum umpama setanggi syurga..
Ku simpan haruman ini buat mewangi sanubariku
Wajahmu yang bercahaya umpama bulan purnama..
Sering mengganggu lenaku yang kini di perantauan.
Ibu..
Segala nasihat yang kau hamparkan padaku..
Kan ku semat kukuh di dasar ingatanku
Kelembutan katamu serta kelunakan suaramu mengaji..
Bisa menjadi peniup semangat sehingga akhir hayatku
Oh Ibu mutiara di hatiku..
Semoga nur kasihNya sentiasa bersamamu..
Terima kasih atas segala pengorbanan dan jerih payahmu
Dikaulah bidadari yang bertakhta di hatiku
Tanpamu masakan aku mampu berdiri seperti ini..
Ya Allah Kasihanilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil, mendidik kami sehingga mengenalMu, mengajar kami sehingga bisa kami mentaatiMu, mengasuh kami sehingga kami menyayangi utusanMu, mengasihi kami sehingga kami boleh mencintai kitabMu.. Lepaskanlah mereka dari azabMu serta berilah taufik dan maghfirah ke atas mereka Ya Allah...
myikhwanfiideen
5 comments:
sedihnya baca posting ini. ana juga diserang rindu yang menggigit pada ibu dan ayah ana. waaa.. mana mungkin kasih sayang ibu dapat kita bayar. ibu kita adalah org yg terhebat. argh.. rindu....... ;(
syukran..
Tapi xpe.. Air Asia kan ade..;)
EVERYONE CAN FLY..
salam..
pbincangan kat ym da tjawab dgn posting ni..
ibu,ma,bunda..
bila anak2 sedih,bkecamuk,xtenang,takut,mesti tringat kat ibu kan?
Tuhan,Allah,Rabb
bila hamba sdey,ktakutan,xtenang,so seharusnye hamba mencari Tuan nya kan..
:)
mohon sdikit pncerahan..
salam
shukran buat sang mutiara..
Baru-baru nie ana jumpa kaunselor.. Adela sorg tue yg ana kenal, then dia keje kat JB.. kebetulan mmg selalu jumpa kat surau Taqwa..
Alhamdulillah dah nmpk penyelesaian yg terbaik lps tue.. Mmg kt perlu berdoa kpd Allah spy dikurniakan ruang keluar dr ape2 mslh yg dihadapi.. Tp, jgn lupa kt perlu ada usaha scra MANUSIAWI utk mencari faktor dan sebab kpd hadirnya sebuah penyelesaian.. betul tak?
So.. bla ana kene macam tue.. ana teringat balik 1 entry dr blog abu saif dulu.. Dia kata, berapa ramai dklgn kita yg sudi melangkah kaki berjumpa dgn kaunselor bla ade problem..?
Kekdg org selalu refer mcm2 ngn kt bla ade mslh espcially adek2 usrah, tp kita pun kekdg jahil utk menyelesaikn mslh diri sendiri..
Syukran sudi bg nasihat dan respon ngn ana.. jazakillah!
shukran buat sang mutiara..
Baru-baru nie ana jumpa kaunselor.. Adela sorg tue yg ana kenal, then dia keje kat JB.. kebetulan mmg selalu jumpa kat surau Taqwa..
Alhamdulillah dah nmpk penyelesaian yg terbaik lps tue.. Mmg kt perlu berdoa kpd Allah spy dikurniakan ruang keluar dr ape2 mslh yg dihadapi.. Tp, jgn lupa kt perlu ada usaha scra MANUSIAWI utk mencari faktor dan sebab kpd hadirnya sebuah penyelesaian.. betul tak?
So.. bla ana kene macam tue.. ana teringat balik 1 entry dr blog abu saif dulu.. Dia kata, berapa ramai dklgn kita yg sudi melangkah kaki berjumpa dgn kaunselor bla ade problem..?
Kekdg org selalu refer mcm2 ngn kt bla ade mslh espcially adek2 usrah, tp kita pun kekdg jahil utk menyelesaikn mslh diri sendiri..
Syukran sudi bg nasihat dan respon ngn ana.. jazakillah!
Post a Comment