Sunday, February 22

myikhwanfiideen: Tribut buat saudaraku Ikhwan...

-Intro-

Penat tapi puas! Itulah kata-kata yang terpacul dari mulut selepas program DISKUSI IMAN anjuran Jawatan Kuasa Saudara Baru (JKSK) semalam.. Puas bukan sekadar kerana pengisiannya, tapi kepuasan juga mendatang kerana berjumpa dengan sahabat seperjuangan yang sebelum ini hanya berhubung melalui maya.. Al-fadhil Ustaz Ahmad Khairul Ikhwan, cantik nama islamnya adalah seorang penuntut di Universiti Al-Azhar dalam bidang Dakwah.. Siapa sangka seorang mualaf yang memeluk islam pada tahun 2004 sudah fasih berbahasa Arab dan sekarang menjadi mahasiswa Azhar! Semuanya kerana sinar hidayah yang dilemparkan oleh Allah SWT kepada mana-mana hamba pilihannya.. Alhamdulillah..

-Round 1-

Ustaz Ikhwan berbaju putih...

Mengapa anda pilih Islam? Soalan ini diajukan kepada Saudara Ikhwan ketika sesi pusingan pertama forum.. Dan saya kira soalan moderator forum pada malam itu wajib juga kita jawab bersama.. Jangan Saudara Ikhwan je yang kena jawab.. Tapi rennovate sket.. Kenapa anda perlu jadi Muslim dan kekal dalam Islam..? Sahabat-sahabat, jawablah soalan ini.. Jawab dalam hati sudah.. Saya menjawabnya dengan linangan air mata.. Oh tuhan, betapa bernilainya nikmat Mu ini..

Ana adalah trained children.. Kumpulan kami dikenal sebagai ‘Seruan Suci’ dan diiktiraf oleh Gereja.. Terang Ustaz Ikhwan dalam komentarnya.. Ketika sekolah rendah lagi kami sudah dilatih secara intensif dan bersistem oleh para missionaries kristian dan setiap program kami mendapat tajaan dan dana kewangan.. Di sekolah menengah, Abang ana menjadi pengerusi mubaligh muda dan ana pula memegang jawatan ketua Intelligent.. Berfungsi sebagai pengerusi strategi bagi mebuat planning peringkat student untuk bagaimana nak berdakyah kepada para pelajar sekolah dan remaja Islam! Besar jawatan tue.. Erm, kita kat sekolah dulu buat ape ek..? Pernah fikir pasal dakwah..? Apatah lagi melakar strategi dakwah.. Paling maksima pun jadi ketua pengawas je kan.. Bolehla..

Ana hafal bible.. Awak nak version apa..? King James..? Atau Revision II? Semuanya dah ada dalam kepala.. Hebat! Sekali lagi perkataan pujian meluncur dari kerongkong saya tanpa terkawal.. Bukan apa, kita yang dah berumur 22 tahun nie pun tak hafal lagi Kitab Quran.. Bukan ade banyak version pun.. Maknanya kita tak serius.. Tak sayanglah barangkali.. maybe juga kerana Islam warisan.. Tapi tengok, mereka yang berjuang di jalan taghut begitu serius dan terancang! So, muhasabahlah bagi kita semua.. Tapi, kita nie kan asyik-asyik muhasabah.. Tp, jarang mufa’alah (memperbuat).. Entah betul entah tidak istilah baru yang saya cuba gagaskan.. Maaf jika salah!

Tapi ana silap.. Getus Ustaz Ikhwan.. Ana hanya tahu menghafal, tapi ana kurang mengkaji! Lalu ana membelek semula lembaran bible.. Bukan tujuan untuk membaca, tapi lebih lagi dari itu... Ana mengkaji dan ana cuba compare dengan agama terdekat iaitu Islam.. Sehinggakan ana mendalami Islam seolah ana nie sudah menjadi Muslim! Apa tidaknya.. Ana solat lima waktu dan solat jumaat di masjid sekaligus.. Ana berpuasa sebulan ketika Ramadhan.. Lebih kurang macam orang Islam ler.. Bezanya cuma tak melafazkan kalimah syahadah secara rasmi.. Kenapa ana buat macam tue..? Sebab ana mahu menghayati kehidupan sebenar sebagai Muslim.. Dan Allah amat pengasih buat hambanya yang bermujahadah mencari kebenaran.. Alhamdulillah tahun 2004, ketika itu baru habis tingkatan enam.. Dengan lafaz Lailahaillah Muhammad rasulullah, maka lahirlah semula insan yang baru serta suci sesuai dengan fitrah asalnya dan dinamakan sebagai Ahmad Ikhwan..

Panjang lebar ustaz Ikhwan berkongsi kisah kembara hidupnya...

-Round 2-

Babi atau Samurai?? Agak kasar kiranya gubahan ayat yang saya paparkan buat pembaca.. Tapi, itulah konotasi bicara Ustaz Ikhwan malam itu.. Saya kaget! Dan saya benar-benar kaget! Walaupun ia hanya penceritaan semula, tapi saya seolah ternampak bayang kilatan sebilah samurai panjang ala-ala kepunyaan pahlawan Sulu di sebelah kanan.. Manakala di sebelah kiri, terhidang daging babi yang separuh masak dan masih berbau hanyir.. Awak mahu Babi atau Samurai..?? Jerkah Abang kepada Saudara Ikhwan setelah keislamannya diketahui keluarga.. Pang! Satu tamparan padu hinggap di pipi ana.. Biru.. dan dunia semacam kelam sementara! Kata Ustaz Ikhwan.. Babi atau anda akan mati! Dua sahaja pilihannya.. Ana terpaksa.. Ana terpaksa menjamah binatang yang haram itu.. Dan sememangnya ia juga haram buat penganut kristian..! Itulah yang dinyatakan dalam Bible sendiri..

Saya mengesat seketika air mata.. Entahlah.. Saya tak tergamak menggambarkan peristiwa semacam itu dalam benak hati.. Dahsyat! Memang pun dahsyat.. kembarasanghamba.. Sudah lama saya mengembara tapi Allah masih tak uji setinggi tahap itu.. Tapi, kekadang saya lalai dan lupa.. Bahawa dalam kembara rupanya ada lagi pengembara yang lebih hebat taufan dan badai hidupnya.. Nah! Ketika itu segala macam flashback menerpa kepala saya.. Otak saya penuh dengan gambaran wajah insan-insan hebat lagi istimewa yang pernah saya jumpai.. Iqbal, Yusri, Yusuf, Luqman, Razin, ‘irfaan, Najwa, Ain, Jannah, Balqis, dan ramai lagi.. Oh tuhan! Iman mereka lebih tebal dari saya...

Joseph@Yusof di sebelah kanan... Sebastian@'Irfaan di sebelah kiri

Ana melarikan diri.. Sambung Ustaz Ikhwan.. Ketika menjadi ‘pelarian’, ana cuba menagih simpati dari ummah yang digelar umat terbaik.. Ya, ana cuma memohon secubit kasih dan sudi dari keluarga-keluarga Islam yang ada... Malangnya, gelaran khairaummah sahaja yang ada tapi realitinya bukan seperti yang disangka! harapkan sudi yang terpancar tapi cemuh yang terkeluar.. Aduh! Saya tak boleh bayang macam mana seorang mualaf bole survive dengan ombak seganas itu? Wajarlah saya kira bila Ustaz ikhwan melafazkan..”Ana takkan masuk Islam jika ana tengok UMAT ISLAM.. Tapi, ana masuk Islam sebab ana cinta akan AJARAN ISLAM!.. Dan Ingat bahawa orang bukan Islam melihat Islam melalui perangai orang Islam.. Jika perangai kita baik, maka bagi mereka baiklah apa yang diajarkan oleh Quran.. Jika tidak, maka sebaliknya..”

Dakwah bil-haal.. Kita masih lemah akan method ini.. Ya, masih lemah.. Semua mengakuinya..

-Round 3-

“Ana tidur di kaki lima kedai selama beberapa minggu... Ana hanya bertemankan YAKIN dan TAWAKKAL kepada Allah..” Agak hiba suara yang keluar dari kerongkong Ustaz Ikhwan ketika sesi ketiga forum malam itu.. Ana cuba menumpang tidur di Masjid.. Tapi ,malang.. Ana dihalau kerana gara-gara signboard besar yang tertampal di dinding masjid bahawa ‘Tidak boleh tidur di masjid, masjid hanya tempat untuk beribadah’.. hadirin gelak besar masa tue.. Entahlah, gelak kerana merasa benda tue lawak atau apa.. Harapnya tidak..

Keramatnya janji Allah buat hamba-hambanya.. Alhamdulillah ana terjumpa seorang Ustaz yang sudi menghulur tangan untuk membantu.. Ana duduk bersama dengan beliau.. Daripada tahun 2005 hingga tahun 2007, ana mengabdikan diri dengan kerja dakwah.. Kebetulan ustaz itu pun seorang aktivis dakwah dan seorang Murabbi dalam dakwah.. Ana masuk ke kampung-kampung memikul guni beras sebagai langkah awal mendekati mad’u.. Dakwah berkebajikan.. Kata Ustaz Ikhwan.. Alhamdulillah sebelum ana ke Azhar pada tahun 2008, ana telah mengislamkan seramai 16 orang.. Ana sedih sebab itu sahaja yang mampu ana lakukan.. Semacam ada getaran pada suara Ustaz Ikhwan.. Hadirin semua terdiam.. 16 orang dikatakan sedikit? Kita yang Islam original nie berapa orang dah kita dakwah..??

Saya tunduk.. Tunduk malu! Malu kepada Ustaz.. Malu kepada Allah.. Malu kepada Nabi.. Malu kepada para sahabat Nabi.. Jangankan nak Islamkan orang, bercakap pasal Islam pun kita tak sudi!

Nak berdakwah..? jangan lupa 3 elemen ini kata Ustaz Ikhwan sambil mengisyaratkan dengan 3 jarinya. Suburkan akal dengan Ilmu dunia dan akhirat.. Semai sifat murabbi dalam sikap mahupun tabiat.. Dan yang ketiga, perkasakan kuda-kuda sabar dalam hati.. Insya Allah antum bole berjaya..!

3 hint penting ini mengakhiri bicara Ustaz pada malam itu.. sepi.. Dewan sepi semacam meratapi diri yang masih lalai dibungkusi alpa walaupun dah berusia puluhan tahun hidup di dunia! Moga muhasabah sepi itu memobilasi sebuah mufa’alah harapnya!

-Outro-

11.45 malam, Program tamat | Akhi.. Ana minta tolong enta siapkan bahagian 2 buku ana yang nak release insya Allah tahun nie.. ‘Operasi Dakwah Penentu Kemenangan Islam di Sabah’.. Nie buku ana yang kedua selepas buku, ‘Hijrah: Triniti kepada Islam’.. Macam best.. Tapi.. Ana boleh ke ustaz..? Saya secara spontan mempersoalkan kemampuan diri sendiri.. Bukan enta sorang, Insya Allah enta buat by group nanti.. Boleh ye akhi!.. Fuh, Jawapan ustaz melegakan perut saya.. Nasiblah, kalau tak mesti buku ustaz tak laku di pasaran nanti..=).. Lama juga berbual dengan ustaz mengenai agenda dakwah di bumi tercinta.. Sabah..

Aku nak pulang.. Aku akan pulang! Dan aku mesti pulang!.. Hati saya seolah menjerit sambil si gunung kinabalu melambai dari jauh...

.......................

Kami berpelukan.. Ana terpaksa balik cepat, ada agenda penting di KL.. Oh Allah, mengapa singkat sangat pertemuan aku dengan kekasihMu ini.. Agak basah juga hidung saya masa tue.. Entah serangan resdung secara tiba-tiba kot.. Terasa ada bisikan di telinga saya.. Akhi, pegang betul-betul ayat ini...

“Dikalangan orang mukmin itu ada yang benar-benar menunaikan janji mereka kepada Allah. Dan diantara mereka ada yang syahid dalam kecintaan kepada Allah dan diantara mereka ada yang masih menunggu giliran syahid.. Bahkan, mereka itu tidak pernah mengubah janji!”

Insya Allah ustaz.. Ana akan sentiasa ingat.. Al-Ahzab:23.

-myikhwanfiideen-

20 Feb 2009 bersamaan 24 Safar 1430H

12 comments:

Anonymous said...

ish ruginye x dapat join program.. ade rakaman x? upload pleasee...

myikhwanfiideen said...

Shiekh..

Ade rakaman.. Tp, nak upoad tue payah sket.. Kene tempah CD dari JKSK sendiri kot..

SyukraNs said...

Salam, terasa getaran di hati, hampir menangis membacanya.... Dunia yang berbicara...sampai bila pun tak kedengaran...

Wallahualam

kartini said...

salam ya akhi. ana juga ex-student KML! ana kenal dengan mereka2 yang enta sebutkan. joseph tu senior ana dari sekolah lagi. adik dia 1 kelas dengan ana. pun masuk islam masa kat matrix. ana kenal mereka. dan sangat terharu baca entry enta kali ni. subhanallah. benarlah kata Tuhan;

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk." [Surah al-Qashash:56]

bilamana ia katakan, "Jadilah ia", maka jadilah ia.. Maha suci Allah yang memberikan hidayah juga membolak-balikkan hati..

p/s: ana rasa Ustaz Ikhwan tu macam pernah bagi ceramah kat KML, waktu Minggu Penghayatan Islam 07/08.. macam kenal..

gopenghagen said...

realitinya dakyah kristianisasi di sabah tidak dicabar secara serius oleh mana-mana pihak. organisasi mereka yg tersusun sedang dihadapan berbanding kesedaran kita yang hanya dipacu emosi.
mungkin selama ini kita banyak berharap pada orang luar, sudah tiba masanya untuk anak sabah menyingsing lengan, memikul kewajipan ini.

myikhwanfiideen said...

Akhi Sukrani..

Syukran ya Akhi.. Ya, sampai sekarang ana masih terasa 'pukulan' slps dari program.. Semangat untuk bergelumang dengan para madh'u dkt Pedalaman bangkit tak tertahan..

Isu sebenarnya belum selesai sebab gejala KRISTIANISASI bukan makin lemah makin kuat ada.. So, Sama2 kt turun padang nanti ye.. Enta pun kt swak tu bkn alang2 gerakan Kristian yg dihadapi..

Janji tetap dikota! Insya Allah..

myikhwanfiideen said...

to Dr Srikandi..

Owh.. Ukhti pun kenal ye.. Na'am, adik Yusof namanya FAuzi.. Then, Alhamdulillah berita terbaru yg maybe ramai org tak tahu parents diorang pun dah convert Islam!

Hebat.. Alhamdulillah hasil dakwah dua orang anaknya.. Yusof ngn Fauzi.. Then betullah Ustaz Ikhwan tue penah g Matrik utk bagi ceramah kalu tak silap.. Maybe masa batch antum..

Ana sebenarnya juz nak bawa kisah pasal mualaf nie utk dikongsi bersama ngn shbt2 budiman.. At least kita tahu bahawa ada org2 istimewa mcm diorg di sekeliling kt espcially di Sabah.. At least jg terbit perasaan ingin berdakwah kpd ramai lg sasaran kt yg tak tercounter di sana..

Moga kita doakan golongan2 terpelajar bla balik nanti tak melupakan TUGAS maha Agung tggln nabi tercinta ini..

kalu bukan kita siapa lagi.. Klau bukan sekarang bila lagi..

Syukran Ukhti..

myikhwanfiideen said...

to Bro haris..

Ana ckup setuju dgn kenyataan Abg.. Byk benda sbnrnya kita kalah dgn operasi Dakyah kristianisasi.. Dana, strategi, organisasi dan byk perkara kita masih jauh ketinggalan..

Alhamdulillah tahun lepas melalui program CONCERN kt dapat mempertemukan beberapa NGO utama dkt sabah utk bincang pasal isu-isu sebegini... Yayasan AMAL, ABIM, JIM, NISA', PAPISMA, dan Kelab Sahabat..

Cumanya mungkin kesatuan ini perlu diperkasakan lagi supaya kelompok2 dakwah tidak hanya membuat agenda atas dasar 'syok sesama sendiri'.. Itu yang kita harapkan.. Biarlah berbicara pasal dakwah nie ia merentasi sempadan kekelompokan.. Barulah ada kekuatan!

'menyinsing lengan'.. Ana suka istilah yang abg bawa.. ana tambah sikit.. Anak jati Sabah sewajarnya perlu 'menyinsing lengan, membanting tulang' utk memikul tanggungjawab nie..

Ya, sampai bla nak harapkan org luar..? Sampai bla nak harapkan jabatan agama.. Hmm, tgklah sendiri perangai dan birokrasi yg berlaku.. Dakwah tdk akn menjadi jika dibuat atas dasar memenuhi portfolio jawatan semata!..

Syukran my Bro..

Anonymous said...

salam ukhwah abg zul...selamat sambung master ya...sy doakan...

nurilhakim said...

Salam ziarah tuan..

"Ya, sampai bla nak harapkan org luar..? Sampai bla nak harapkan jabatan agama.. Hmm, tgklah sendiri perangai dan birokrasi yg berlaku.. Dakwah tdk akn menjadi jika dibuat atas dasar memenuhi portfolio jawatan semata!.."

Kami 'orang luar' tak akan berhenti menyingsing lengan dan membanting tulang membangunkan
anak2 Sabah, biarpun dihalau oleh parang danpenyapu lidi sekalipun! :)

myikhwanfiideen said...

to Nurilhakim...

Duhai teman seperjuangan hidup dan matiku...

Hmm, sbnrnya bukan bermaksud kt tdk memerlukan 'org luar'.. Kalu bole kt memang mebuka seluas-luasnya pintu masuk ke sabah.. Moga-moga 'orang luar' yang penuh dgn kapasiti dan kmampuan yg ada mampu menyubur tanah sabah yg kegersangan..

Tapi, sudah resminya berlaku.. akan tiba masanya 'orang luar' pasti berangkat pergi.. Ya, pemergian semacam itu amat perit dan bertambah-tambah sakit lagi if tiada pelapis2 rijal di kalangan 'orang local'..

1 orang macam enta perlukan pengganti 10 orang.. huu.. Apatah lagi 'org luar' mcm Ustaz Anuar.. 1 orang beliau perlu ada pengganti seramai 50 orang... Sakit tuan..

Itu sebab ana cdgkn ngn Akhi Fai.. Kene wat agreement dan contract perkhidmatan.. Hehe.. Tak bole balik sebelum contract ditamatkan..=)

p/s: Ana rasa tak penah kt halau 'org luar' yg ikhlas berkhidmat.. Malah kt tawar dgn brmcm2 'twrn' supaya die stay kat sabah.. Mahu atau tdk? Tepuk dada tanya Iman tuan.. =)

nurilhakim said...

Salam ziarah,
Manis bila bumi ini dipandang sbgi bumi Allah dan perjuangan dilihat berjuang krna Allah..enta pn pastinya tidak prnah dihalau oleh org di Johor Darul Umno spya berhenti berbakti..dan kepulangan enta ke bumi sendiri tentu shja dapat menggantikan ana n cikgu Anuar sekali nnti..

Cumanya bukan semua punya fikrah sejernih enta..ada yg lebih gemar mengerah 'semenanjing' pulang ke gagang dan berkomplot memastikan puak sendiri naik mewarisi kepimpinan..Sungguh kelompok ini menepati puak kenegerian dlm buku Jalan Dakwah Antara Keaslian & Penyelewengan..nau'uzubillah..

Apa kontrak2 nih..bhya kontrak dgn mnusia..lg2 kalo dgn raja buaya :)