Friday, February 27

One piece: Sekeping hati yang berkata-kata

Wajah mereka bersih dan berseri! Semuanya hadir dengan keinginan yang satu.. Pengisian.. Ya, mereka nak pengisian.. Laksana seorang panglima yang berteleku di depan gurunya, mereka juga tiada bezanya.. Menetas dari telur halaqah, lalu lahir seorang demi seorang Rijal harapan ummah…

|Surau KTC, 6.00 pm|

Bicara dimulakan...

Pasti sahaja kemenangan Islam bukan di tangan anda sekarang.. Tapi, yakinlah bahawa apa yang anda buat.. langkah yang anda ambil, semuanya menjurus kepada kemenangan.. Sebab.. Sebab realitinya sebuah kemenangan perlu ada tapaknya.. Perlu ada tiangnya.. Perlu ada pasaknya.. Apakah boleh sebuah bangunan segagah KLCC menidakkan unsur-unsur ini..? Atau bangunan seindah KLIA berdiri megah tanpa elemen yang saya sebut sebentar tadi..??

Jawapannya pasti MUSTAHIL..

Sebagaimana Allah menciptakan kehidupan yang dipenuhi ASBAB sebagai rukun terjadinya suatu peristiwa.. Maka.. Begitulah juga kemenangan Islam.. Tidak hanya cukup dengan cita mahupun renstra angan-angan.. Tapi perlukan tindakan dan mobilisasi yang ampuh dan mapan! Barulah KEMENANGAN dapat dihasilkan… Tuntasnya.. Jangan ada di kalangan kita yang mirip kisah si mat Jenin.. Bukan dapat buah kelapa.. Tapi, gedebuk jatuh ke tanah! Angan-angan kosong sampai lupa berpaut pada dahan yang nyata.. Kelabu asap!

Aduhai Ummah!

Betapa pun lautan tangis air matamu kerana inginkan sebuah kemenangan... Tapi ingat dan sedarlah! Kemenangan tidak akan ‘pok!’ jatuh dari langit.. Allah tidak sesekali akan bagi kemenangan percuma.. Ini bukan macam main bola ada free kick.. Bahkan! Allah mencela mereka yang bermimpi di siang hari kononnya mahu menadah tangan tanpa usaha membanting tulang dan menyinsing lengan... Apa?? Anda ingat akan turun lagi manna wa salwa dari langit?? Please.. Duhai ummah jangan bermimpi.. Sedangkan kekasihNya Nabi tercinta, penuh dengan luka dan lara dalam siri perjuangan menuntut sebuah hakikat kemenangan.. Sedangkan Nabi begitu.. Apatah lagi kita hari ini..?? Jangan trip nak berpeluk tubuh lalu dengan sendirinya Gaza dapat ditawan semula.. Atau si Anjing Amerika itu dapat disapu dari kota Baghdad.. Atau.. Atau.. Entah berapa kali atau..

Seingat saya sudah berapa kali ketukan semacam ini mengena kepala otak kita.. Merobek kalbu kita.. Tapi, sayang.. Masih ada yang suka bermimpi... Mungkin ada juga yang terjaga barang seminit.. Tapi, mimpi disambung juga!

Ya.. Tafaddhal.. Bermimpilah dalam lena tidurmu.. Tapi, awas! Jangan sampai terbangun dek kerana sejuknya pedang musuh pada tengkorokanmu nanti.. Masa tue.. Nak buat apa..?? Tiada apa-apa.. Hanya mengucap sahajalah jawapannya... Dan aku pula hanya mampu ucapkan buat dikau.. Innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun..

Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahu pun dengan rasa berat, dan berjihadlah kamu dengan harta mahupun jiwa kamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”—Taubah:41

“Hai orang-orang beriman, mengapa apabila diperintahkan kepada kamu, ‘Berangkatlah pada jalan Allah!’, kamu masih berat dan ingin tinggal bersenang lenang di tempatmu? Adakah kamu lebih menyayangi kehidupan di Dunia daripada kehidupan di Akhirat??? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini hanyalah sedikit berbanding akhirat..”—Taubah:38

“Jika kamu tidak berangkat juga.. nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain. Dan kamu sedikit pun tidak akan merugikan Allah. Allah maha berkuasa atas segala sesuatu!”—Taubah:39

........................Terkedu.....................

1 minit.. mata merah..

2 minit.. Hingus keluar..

3 minit.. Niagara airmata bercucuran..

Alhamdulillah.. Allah masih lagi kurnia anda kelembutan hati.. Peliharalah.. Bersyukurlah...

Sudah..! tahan tangisanmu.. Ini bukan masanya..

INI MASA UNTUK BERTINDAK!

.........................................................

Teman.. Oh teman...

Tiga lembar untaian kalam di atas tadi siapa yang cakap sebenarnya..? Siapa..? Cuba kita fikirkan sama-sama.. Fikir sambil hadirkan ia dalam benak sanubari.. Tengok dengan mata hati.. Rasa-rasalah apa nada yang sesuai untuk mengungkapkannya...

Berangkatlah kamu!

Itu nada perintah bukan.. Lafaz yang ringkas tapi penuh dengan keseriusan.. Ya.. Allah memang serius.. Pernahkah Allah main-main..? Gurau-gurau..? Osha-osha..? Bahkan, ‘Falsafah penciptaan’ sudah dibentang jelas oleh Allah dalam Quran.. Aku bukan ciptakan kamu untuk main-main!.. Butakah kita?

Bila disuruh berjuang.. Tetiba punggung kamu menjadi berat.. Mengapa??

Mengapa..? dan mengapa..? Teman... Kalaulah bicara ini datang dari manusia.. maka boleh jadi kita kata ini suara KECEWA.. Tapi jika kalimah ini datang dari namanya Allah.. Kita silap jika beranggapan begitu.. Kerana apa..? Kerana Allah itu tidak perlukan kita pun.. Kita nie useless.. Tiada apa.. Kamu sedikit pun tidak merugikan Aku kata Allah! Kamu beriman kah.. Kamu kufur kah.. Kamu mahu berjuangkah.. Kamu mahu MANDOM kah.. Its up to you.. Kamu ada pilihan dan bisa saja kamu boleh memilih.. Tapi ingat.. Its up to Allah juga.. Ya, Allah ada haknya.. Dalam bahasa mudah, suka hati Allah lah.. Kamu asyik fikir suka hati kamu.. Tapi, suka hati Allah nak letak di mana..?

Nescaya aku akan hukum kamu dengan azab yang pedih!

Nescaya=Pasti.. Sedangkan; Hukum=azab + Pedih,...dan... Akhirat=Dunia + Infinite... Lalu terpulanglah kepada akal masing-masing.. Apapun persamaan matematika yang diterbitkan atau formula empirik yang dihasilkan, kalau tidak disertakan dengan TINDAKAN maka tiada gunanya juga.. Macam tadilah.. kalau hanya dengan air-mata sahaja.. Hmmm jangan haraplah manna wa salwa dari langit.. Kemenangan tidak akan bergolek di depan mata..Kemenangan juga bukan untuk Allah.. Tapi kemenangan untuk kita.. Ya, untuk kita.. Jika kita menang maka kita dimuliakan.. Jika tidak, maka tinggallah sambil menenun kehinaan!

Mudah saja sifirnya bukan?

|Surau KTC, 7.00 pm|

9 orang panglima tadi masih berteluku depan gurunya.. Menunggu.. Menunggu signal perang barangkali..

Allahu Akbar, Allahu Akbar!..

Mahgrib sudah tiba mencemburui Liqo’ petang itu.. Perut pun sudah berbunyi.. Mahu berbuka katanya.. Senja mengengsot ke malam.. Malam ke siang.. Siang ke petang.. Lalu petang ke malam.. Moga saban-silih yang berputar itu diserta dengan azam dan langkah demi sebuah tuntutan KEMENANGAN! Insya Allah...

Bicara ditutup dengan zikir kaffarah...

3 comments:

Nafsah Dulajis said...

kadang-kadang teori itu tidak semuadah praktikaliti...

~moga thabat~

myikhwanfiideen said...

na'am...

Kalaulah bukan kerana payahnya sebuah PRAKTIKALITI masakan boleh wujud dua perkataan ini.. LULUS dan GAGAL..

Ibnu Saif said...

MasyaAllah...........

Adik junioR ana nih Dah menjadi hebat sgt2 dah nih..

HeHe..... Teruskan istiqamaH... Doakan abg sini K...

Chow..... WassalaM...