Friday, February 20

Political Murder.. (An expansion set)

Membunuh tidak semestinya dengan sepucuk pistol...

Politic is a game! Politic is a war!

Walaupun anda bukan kaki game atau berminat untuk bermain game... Tapi once anda melangkah kaki ke dunia politik maka anda harus pandai.. Pandai dan bijak membaca langkah lawan dan mahupun ianya kawan.. kawan kadang-kadang boleh bertukar bulu menjadi lawan.. Atau lawan boleh menyamar menjadi kawan..

Alert dan waspada! Itu juga kata kunci kejayaan bermain game atau berperang ala-ala game.. Diplomacy sangat perlu bila anda dalam keadaan lemah dan memerlukan orang lain.. Tapi, bila anda sudah menjadi superpower maka diplomacy bukan lagi kamus rujukan.. Bahkan no mercy menjadi pilihan.. Tabrak dan hancurkan musuh anda habis-habisan menjadi slogan!

Masa budak-budak dulu saya minat sangat game strategy.. Cakap saja game apa? Red Alert, Command Conquer, Age of Empire, Medival War dan macam-macam lagi.. Semuanya dah dikhatam! Bermain game strategi sangat menguji kesabaran.. Apa tidaknya dengan perangai brutal enemy yang setiap saat asyik menyerang base camp dan kita akan berdepan dengan tekanan apabila resources kita kurang... Semuanya menyeronokkan.. Apatah lagi bila menang dan dapat menawan base lawan..

Dan pelajaran paling berharga kepada para gamers ialah kepentingan memiliki intelligent power! Siapa yang lebih daya inteligensinya maka dialah yang akan menang.. Dia akan dapat menembusi kubu dan base musuh tanpa mengorbankan seorang askar sekalipun.. Dia mampu menghancurkan negara musuh dengan hanya menghantar sebutir nuklear yang dibangunkan dengan kuasa intelligen.. Bahkan! Dengan intelligensi superior, anda mampu menawan dan memerintah negara lawan tanpa melalui perang!

Itu game.. dan bagi saya tak usahlah kita bercerita panjang mengenainya.. kalau cerita panjang-panjang pun takut lagha jadinya..

Realiti hari ini, politik ala-ala game memang wujud dalam dimensi dunia sebenar.. Diplomacy atau no mercy.. Segalanya diamalkan dan dilakonkan di depan layar panggung dunia politik.. Bezanya cuma politik ala game selalunya bergantung kepada senjata fizikal untuk membunuh musuh.. Tetapi, politik realiti selalunya tidak.. Terpulang kepada assasin (pembunuh) yang terlibat dan selalunya mereka tidak membunuh secara fizikal tetapi menyeksa mangsa secara mental... Kesakitan si mangsa yang diseksa secara mental amat menyeronokkan hati si political murder apatah lagi jika karier politik mangsa hancur bersama liputan penuh massa!

What da motif?... and how its happen?

Sebelum perang teluk ketika era Saddam Hussien, regim Amerika dan sekutunya sebenarnya boleh menyelesaikan isu Iraq jika benar Saddam itulah puncanya tanpa mereka melancarkan perang besar yang membabitkan orang awam.. Saddam sebelum itu telah membuat wawancara secara terbuka beberapa minggu sebelum perang di depan White House, Amerika.. Mengapa tidak gunakan sahaja khidmat sniper (penembak tepat) yang dibekalkan dengan peluru berharga cuma 1 dollar untuk menembak Saddam seperti ala-ala pembunuhan John F Kennedy? Bukankah itu murah dan cepat? Tidak payah mengangkut kereta kebal ke timur tengah ataupun meledakkan Iraq dengan tomahawk yang berbillion ongkosnya..? Tapi itulah, small calibre rounds are not always the weapon of choice.. Jawapannya mudah sahaja.. Maruah, keseronokan dan hidden agenda..

Kemenangan besar dalam sebuah peperangan akan memberikan regard point terhadap maruah sebuah negara yang kononnya Polis Dunia..

Bagi para algojo perang, sebenarnya mereka seronok dan merasa nikmat bila melihat segala gadget intelligensia berfungsi dan mampu membunuh manusia melalui real experimentally..

Dan semestinya hidden agenda adalah main point bagi menjawab segala persoalan di atas.. Resource,s and not exactly the saddam was thier target..

Ok... Itu pembunuhan politik dalam konteks skala yang besar.. Yang melibatkan bukan hanya targeted person, bahkan termasuk juga segala pengikut dan rakyatnya yang tidak berdosa telah menjadi mangsa keadaan oleh percaturan tangan-tangan ghaib!

Anda pernah dengar nama Felix Moumie? Seorang pemimpin penuh karismatik Afrika dan politikal yang agak radikal berasal dari Cameroon.. Ketika itu Moumie menyedari bahawa penjajah Perancis yang sedang memamah khazanah negaranya telah merancang sebuah pelan rahsia untuk membunuh para Nasionalis.. lalu Moumie adalah top list sasaran yang dikenal pasti.. Operasi yang dikendalikan oleh French Intelligence Service (SDECE), sedikit sebanyak dapat dihidu oleh Moumie menyebabkan beliau melarikan diri ke Geneva.. Malangnya Moumie tertipu dengan seorang agen pembunuh yang dihantar.. Agen yang berusia 66 tahun dan menyamar sebagai journalist itu telah memasukkan racun tikus ke dalam air minuman Moumie ketika sesi wawancara.. Moumie mati kerana tersilap memberikan nilai ‘percaya’ kepada seorang pembunuh!

Political murder.. Semunya berlaku dalam kaca peristiwa yang berbeza-beza.. Bergantung kepada niat dan keselesaan si pembunuh.. Samada tubuh badan mangsa yang menjadi sasaran ataupun karier politiknya yang menjadi taruhan..Kompas moral tidak lagi menjadi sandaran dalam berpolitik bahkan yang penting ialah KUASA..

Jika Singa boleh menjadi raja kerana SUARA raungannya yang menakutkan tetapi manusia ada yang menjadi raja kerana ZALIM beraninya yang tidak berpatutan!

Bagi sang politikal.. Indeks perkataan seperti bijak, maruah, karier, waspada, motif, hidden agenda, seronok, dan zalim sewajibnya dihadam dan difahami maknanya secara tekstual mahupun kontekstual.. Bukan itu sahaja, definisi makna bagi setiap perkataan tadi perlu juga ditekuni melalui ruang pandang seorang political murder agar kita tahu apa sebenarnya makna politic is a game and politic is a war dari sudut overview mata musuh!


Myikhwanfiideen,

CIA, PentaGoN

3 comments:

PIANED said...

hanya politik islam sahaja yang benar tp bukun bermaksud parti yang pakai nama islam 2 betul sgt...kena rujuk sunnah dan quran

Anonymous said...

Sila blajar Fiqhul Awlawiyyat kalo nk komplen Parti Islam Semalaysia.Ikutkan ada lagi selain quran n sunnah; ijma',qias n ada lg musolihul mursalah dll(dalil yg x dspakati).

Nafsah Dulajis said...

frankly speaking x suka dgn politik. terlalu menakutkan ....

tapi kalau sudah itu amanahNya...

bukan lagi soal suka x suka...