Alhamdulillah...
Syukur buat Allah kerana masih memberikan saya masa dan kesempatan walau dengan ruang rehat yang cuma sekangkang kera untuk sekian-kalinya mengetip papan keyboard atas dasar berkongsi secangkir kopi.. Insya Allah, kerja ini tidak akan dihentikan selagi nyawa masih ada.. kerana.. Secangkir kopi yang dikongsi bisa sahaja memberikan nikmat 'segar' buat para pekerja Agama yang tidak henti-henti bermujahadah pada jalanNya.. Itu sahaja yang diharapkan..
Alhamdulillah...
Sekali lagi lafaz ini bergema dalam hati..
Baru sebentar tadi press conference tuntutan GMP (Gabungan Mansuhkan PPSMI) yang diwakili oleh 53 pertubuhan di Negeri Johor selesai dijalankan.. Mr. Nyam daripada SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) selaku koordinator peringkat Johor dengan tegas menyatakan pendirian bagi menyokong Perhimpunan 100 ribu rakyat di hadapan Istana Negara pada 7 Mac ini.. Dan bagi peringkat Gabungan Mahasiswa Islam(GAMIS) cawangan negeri Johor, kita turut menyatakan pendirian yang sama setelah melalui beberapa fasa perbincangan dan penerangan melalui JawatanKuasa JKBI yang ditubuhkan bersama pada tahun lepas.. Maknanya.. Kita menyokong setelah membedah isu sebenar dengan pemerhatian Ilmiah based on situasi semasa yang berlaku.. Dan apa yang paling membanggakan ialah, GAMIS dimana rata-rata ahlinya adalah Mahasiswa telah diberikan kepercayaan untuk duduk bersama dalam commitee ini dan disenaraikan pada list ke nombor-7 daripada 53 pertubuhan yang ada..
Ya... Ini masa yang terbaik bagi Mahasiswa untuk belajar MEMIMPIN! Bukan hanya memimpin sesama Mahasiswa.. bahkan memimpin Pakcik Driver Teksi, Petani, Pekebun, Guru, Peladang, Pesawah, Pegawai, Ahli korporat, dan semua lapisan rakyat Marhaen yang ada..
Noktah pertama…
Selepas press conference, saya sengaja duduk sebentar sambil berbual-bual dengan beberapa orang ahli NGO yang hadir.. Agak segan juga sebenarnya.. Berjumpa dengan orang-orang yang berjawatan hebat.. Doktor, Jurutera, Arkitek dan sbgnya.. Tapi semua itu hilang apabila sambutan dan layanan yang diberikan kepada student memang hebat dan tidak disangka.. Ya, di mana-mana sahaja gerakan student pasti akan diberikan peluang untuk bercakap.. Berwacana.. Mengkritik.. Itulah kelebihan menjadi Mahasiswa.. Cuma, terpulang kepada kapasiti persediaan kita… Mampu atau tidak sahaja??
"Mengapa awak pilih duduk bersama GAMIS..?"—Miss Cheng
Tiba-tiba soalan semacam ini hadir.. Hadir pada saya dan pastinya ia meminta jawapan.
Small question... Kalau anak usrah yang tanya.. Sudah saya humban dengan Buku-buku Haraki yang bertimbun banyaknya dalam rak buku saya di hostel..(“,).. Tapi bila Miss Cheng; Ahli Sekretariat SUARAM dan juga seorang engineer yang menanya soalan ini.. Maka, dia menjadi big question! Perlukan pencerahan dan ketelitian untuk menjawabnya… Dengan melihat unsur dakwah perlu disuntikkan walaupun sebesar biji sawi.. Alhamdulillah.. Saya agak berpuas hati bila dapat menggamit beliau sehingga boleh menerima bahawa pilihan untuk membuat amal kebajikan mesti menjadikan ideologi sebagai akar utama.. Ideologi itu bahasa Sekular.. Dalam agama, kita hanya ada akidah Islamiyyah.. Tapi tak mengapa.. Itu dah dikira step yang pertama.. Dari seorang Free thinker boleh berubah menjadi orang yang percaya akan sebuah ideologi kan dah bagus..
Dialog tertangguh.
Noktah kedua...
Hmm.. Saya membiarkan sahaja sahabat saya Hilman melayan pertanyaan tambahan dari beberapa kenalan NGO yang hadir.. Hobi saya lebih kepada Observation! Memerhati background mereka-mereka yang hadir.. Tapi sayang.. Tidak ramai golongan Islamik yang kelihatan.. Hanya beberapa wakil sahaja... Hakikatnya, isu-isu dasar dan teras Negara memang didominasi oleh mereka yang berfikiran Sosialis.. Ini bukan tuduhan.. Tapi, melalui pengalaman... Bahkan, bila saya nengok pada 53 NGO yang ada, hanya 7 sahaja yang boleh dinobatkan sebagai gerakan Islamik! Saya bukanlah berpendapat untuk meminta mana-mana Gerakan Islam yang ada supaya ikut sama membantah.. membantah atau tidak, itu terpulang dengan pendirian masing-masing.. Tapi, penglibatan dalam perbincangan itu yang penting sebenarnya!... Sebab bila kita involve dalam diskusi-diskusi yang dibuat, baru kita tahu betapa tidak semudah sebenarnya yang disangka.. Hujah pasti bertemu dengan hujah.. Akal berseteru dengan akal.. Tuntasnya, Itu baru bincang pasal Bahasa.. Belum lagi bincang pasal menubuhkan Negara Islam! Apakah kita mahu negara Islam berdiri sambil berkudakan leher-leher ahli sosialis yang beribu orang ramainya??
Itu sebab lapangan ini tidak boleh dibiar kosong.. Perlu ditampung segera... Dakwah dengan involvement.. Kita jangan jadi orang yang syok sendiri.. Melainkan negara kita hanya ada namanya si Ahmad, si Khairul, si Fatimah.. Itu lain cerita.. Syok sendiri… Hmm… Bila cakap benda nie macam-macamlah pandangan yang ada.. Semua memang ada pandangan.. Biasalah.. Pandang kan mudah.. Sudah namanya ‘Pandang’.. Sebelah mata pun boleh kan?? Tapi tak salah pandang… Memang semuanya bermula dengan pandang.. Cuma yang salahnya bila asyik pandang jer.. Tolong tak nak! Itu yang masalah…
Myikhwanfiideen
100 ribu rakyaT!!
No comments:
Post a Comment