Salam duhai para pencinta bulan Islam..
Alhamdulillah..
Tidaklah rugi untuk kita melafazkan kalimah kesyukuran seperti ini.. Kerana dengan detik masa yang berlalu (dah masuk bulan Rejab), Allah SWT masih lagi memberikan peluang kepada kita untuk menghirup udara segar.. Moga nikmat yang tampak remeh ini disyukuri oleh bibir-bibir kita semua..
Terasa atau tidak.. Sedar atau pengsan.. Hari seolah berlari.. Saat seolah sangat cemburu.. Masa terlalu laju berputar!
Dulu saya masih ingat..
Berada di alam sekolah menengah.. Ketika itu bergelar senior dan duduk di bangku tingkatan 5.. Banggalah juga masa tue kerana dipanggil ORANG-ORANG TUA sekolah.. Dan adik-adik junior yang di bawah kami masih kecil-kecil belaka.. Atau nama jolokan bagi mereka, “kanak-kanak riang”..
Tapi.. Itu dulu..
Hari ini.. Pabila berjumpa dengan “kanak-kanak riang” semula.. Waah.. Dah bermisai tebal dan dah ada yang berjambang.. Semua dah besar panjang! Baru terasa sebenarnya, kami yang bergelar ORANG-ORANG TUA sekolah dulu.. Memang dah tua pun sekarang!
Apapun..
Yang paling penting ialah.. Kita gunakan segala putaran umur yang ada untuk buat “self transformation”. Di sinilah sebenarnya kayu ukur untuk mengetahui indeks pencapaian sebenar dalam kita meniti umur yang semakin melanjut ini..
Cerita pasal TRANSFORMER..
Gambar ini tiada kaitan dengan content entry.. Ia hanya kebetulan.
Apa itu self transformation?? Atau dalam bahasa melayunya Transformasi Kendiri..
Self transformation bukanlah bermaksud..
Kalau dulu anda bukan orang yang bermekap.. Sekarang, pipi awak dah kemerah-merahan dipenuhi mekap Mydin...
Kalau dulu anda bukan orang yang bercouple.. Sekarang, awak punya kekasih@awekz yang bersusun-susun..
Kalau dulu anda tidak pernah tinggal solat, Sekarang, awak sudah pandai curi-curi dan bermalas-malasan..
Dan.. semestinya self transformation itu bukanlah..
Kalau dulu awak bertudung labuh.. Sekarang, Masya Allah.. Bukan hanya tudung labuh itu mengecil.. Tapi dah ada yang berani mencabutnya dari kepala!!
Satu peristiwa petang di supermarket..
Assalamualaikum..
Walaikumussalam.. Ish.. Sapa ek? Macam kenal..
Oh ya.. Nie Zurina (bukan nama sebenar) kan..? Pelajar Tingkatan 3 masa saya tingkatan 5 dulu..
Betul.. Akhi masih kuat ingatan rupanya..
Insya Allah.. Eh, yang nie siapa pula? Kawan satu office ek?
Eh..? Dah tak kenal ke..?
Serius.. Saya memang tak kenal..
Laa.. Kan nie akak ****.. Satu batch dengan akhi.. Kelas kat sebelah-sebelah je..
Owh.. Ya ke? Tapi.. Apesal dah takde ‘penutup kepala’ nie? Pasal tuelah saya tak kenal tadi..
(Sudah! Tutup perbualan)
Itulah antara contoh transformasi kendiri yang paling mengejutkan!
Sekali lagi.. Jawapan yang sukar ditemui untuk menerangkan segalanya.. Mengapa berlaku reverse transformation dan kenapa ada yang memilih ke arah itu?? Sepatutnya forward transformation yang berlaku kerana sudah pasti sekolah yang berjudul (A) pastinya akan mengeluarkan produk yang berpegang teguh kepada (A) juga.. A itu Agama.. Maka sudah tentu walaupun tidak berpijak dalam sekolah tapi agama masih lagi dijunjung di atas kepala!
"Saya sedih.."
Itulah ungkapan seorang Ustaz di sekolah.. Dan ungkapan itu disokong lagi oleh seorang ustazah dengan linangan air mata kesedihan melihat produk-produk yang mengalami reverse transformation tadi..
Di mana silapnya...?
Soalan ini yang menghantui fikiran.. Adakah sistem sekolah (A) itu yang memenjara sehingga apabila pelajar-pelajarnya keluar maka dia mahu merasai kebebasan..? Atau mungkinkah para ustaz dan ustazah dalam sekolah tadi ada kesilapan dalam mendidik anak-anak di dalamnya? Atau juga barangkali, ibu dan bapa kepada produk-produk yang ada tidak mampu mencorak mereka ke arah forward transformation dan bahkan ada yang mempengaruhi anak sendiri sehingga berlaku reverse transformation?? Betulkah??
Atas sebab inilah.. Melalui Alumni sekolah, agenda utama perbincangan yang dibuat ialah MENUKAR sistem PENDIDIKAN Sekolah kepada sistem PENTARBIYYAHAN! Terima kasih juga kepada pengetua baru yang sungguh optimis dengan pelan baru ini..
Ya.. Bagi saya, betullah.. Sebelum kita menuding jari kepada mana-mana individu atau pihak, maka ada baiknya kita melakukan transformasi.. Transformasi terhadap sistem pendidikan sekolah.. Biarlah kali ini, kita pastikan setiap barang yang ada mestilah melalui proses cucian, pembentukan, kimpalan, mengecat, dan menghias sehingga terhasillah produk yang betul-betul mantap!
Bukan hanya itu.. Itu hanya proses DARI LUAR ke DALAM!
Sebenarnya.. Tarbiyyah yang paling berjaya ialah.. Tarbiyyah yang berlaku dari DALAM ke LUAR! Dan semestinya inilah proses yang paling lama.. Paling mencabar.. Dan tidak boleh berlaku seperti mee segera!
Walaupun proses transformasi seperti ini adalah yang paling rumit.. Tapi.. Percayalah.. hasilnya pasti mengkagumkan!
Lemparlah ia ke laut.. Pasti ia akan jadi pulau..
Buanglah ia ke lembah.. Pasti akan jadi gunung!
Sekolah (A) vs Sekolah bukan (A)
Kanak-kanak ini akan sentiasa teruji.. Moga mereka boleh beradaptasi!
Rasa kagum saya selalu menebal bila melihat adik-adik yang bukan dari sekolah (A) tapi penampilannya.. Subhanallah.. Sejuk mata memandang.. Senang telinga mendengar..
Mereka boleh beradapatasi dalam suasana sekolah yang mungkin tidak seketat sekolah (A) tadi.. Bukan hanya beradaptasi, bahkan mereka boleh berevolusi lebih hebat lagi dari adik-adik sekolah bercop (A)! (Tanpa menafikan ada juga adik-adik sekolah (A) yang mengkagumkan)
Itu sebab... Ketika program, bila saya ditanya.. “Abang.. Macam mana nak survive bila masuk U?” jawaban yang saya berikan berbeza-beza.. Dan pastinya jika yang bertanya itu dari sekolah cap (A), maka jawaban saya agak panjang.. Berjela-jela.. Agak keras.. Macam-macamlah.. Sebab saya takut.. Produk ini belum teruji! Lainlah yang sekolah bukan (A).. Mereka memang dah teruji di sekolah.. Dan, hakikatnya mereka masih ‘maintain’.
Maaf.. Mungkin ada yang menganggap statement saya agak pesimis.. Melihat serong akan sebelah pihak.. Tidak! Apa faedahnya saya begitu..? Sedangkan dahi saya juga bercop (A)!
Cuma.. Saya bercakap atas pemerhatian dan pengalaman.. Sebab kes-kes reverse transformation yang saya jumpai sangat mengejutkan!
Apapun..
Tidak kiralah bagaimana sekalipun kerumitan persoalan dan kepayahan jalan penyelesaian kepada isu-isu transformer seperti ini.. Semuanya berlangsung atas kehendak dan pilihan Allah SWT.. Apa yang penting ialah kita berusaha.. Saya berusaha.. Anda berusaha.. Sekolah berusaha.. Ibu-Bapa berusaha.. Guru-guru berusaha.. Dan kita semua berusaha.
Lihat sahajalah bagaimana kisah hidup Raja Muzik, Micheal Jakcson.. Atau nama Muslimnya Mikail.. Bukankah hidupnya juga berlaku transformasi yang sangat besar..? Dan alhamdulillah, Allah menatijahkan tranformasinya yang terakhir iaitu menjadi muslim dan disitulah noktah umurnya ditarik olehNya..
Begitu juga kita..
Setiap hari dan setiap detik kita cuba mengusahakan sebuah forward transformation samada untuk diri sendiri (internal) ataupun untuk orang lain (external). Harapan kita ialah, biarlah kita semua tergolong dalam golongan yang terbaik di sisi Allah SWT.. Bukan golongan yang rugi di sisi Allah SWT iaitu orang yang semakin hari semakin buruk hidupnya (reverse transformation)..
Akhir sekali (iklan sebentar)..
Jangan hanya boleh jadi TRANSFORMER.. Tapi usahakan untuk jadi PENGARAH filem transformer (yang boleh menentukan bentuk robot transformer yang dia mahu)..
2 comments:
Umur hidup yang baru sekelumit cuma ini pun kita sudah melihat bermacam-macam jenis transformasi. Daripada transformasi robot (sebab saya kenal kartun transformer dulu sebelum saya kenal makna sebenar transformer)hinggalah kepada realitinya reverse transformation dan forward transformation yang mengkagumkan juga meluluhkan hati, (malah saya pernah sangat kecewa hingga sangat membuatkan air mata menitis melihat satu transformasi yang sangat menyakitkan dan mengecewakan.)
Jika disingkap darimana asal-usulnya transformasi? Sebenarnya dari mana asal-usulnya transformasi? baik transfom ke buruk atau ke baik?
Sedikit perkongsian pengalaman saya sendiri yang juga hasil produk sekolah bertaitlekan (agama)... pesimis saya mengatakan sungguh-sungguh sistem pengajaran sekolah yang seolah atas angin menyebabkan ramai produk keluarannya yang bertransformasikan reverse
Tetapi bila saya fikirkan semula, saya optimis mengatakan sekolah sudah buat yang terbaik...Bahkan sekolah sudah menyediakan suasana islamic yang hampir kepada sedikit sempurna. Jadi masalahnya sebenarnya di mana..
Lalu saya obsesi bahawa semua ini adalah bergantung kepada kita iaitu diri kita sendiri. Saya, anda, kamu dan dia sendiri yang perlu memilih kehendak dan kemahuan kita. Kerana saya percaya, kita semua beranggapan bahawa tidak ada sesiapa yang boleh meng'control' hidup kita melainkan diri kita sendiri.
Tapi rasanya tidak salah sekiranya saya memberikan sedikit cadangan kepada, alumni-alumni sekolah sendiri untuk turun padang dengan harapan akan berlakunya manipulasi forward transformation kepada generasi seterusnya.
p/s Khas kepada ex-ex semai, apa perancangan kita?
UstzH Nazifa,
Syukran sudi mberi pdgn n pkongsian dr skop huraian kaca mata yg brbeza..
Rupanya suma kt penah mengalami TRANSFORMASI yg pelbagai.. kalau x pun diri sendiri, tp pengalaman melihat org sbnrnya sudah memadai utk membenarkan idea yg sy cuba gagaskan..
Bg sy lah..
Scr asasnya metodologi yg cuba dicernakan d mana2 sekolah bertitlekn (A) adalah lbh kurg sama shj.. Tdk jauh beza.. Samada KURIKULUM ataupn KO_KURIKULUM yg ada pd sekolah..
Mksdnya.. dari segi pbhsn sistem sekolah.. Tdk byk yg kt bole nak berikan komen mahupun ulasan lanjut bkenaan reverse transformation ini..
Maka.. Kt tertanya2.. Jika bukan sistem.. Apakah pula faktor bsr yg memainkn peranan thdp CORAK srta keberhasilan produksi-produksi bercap (A) ini??
KUALITI MANUSIA..
Mgkn ini jwbn stkt ini yg sy temui.. Mgkn jg ada jwbn lain yg lebih kukuh.. Tetapi, sy masih yakin dgn ini..
Ya..
Bila sy "berjalan-jalan" antara bbrp institusi sekolah (A) terkenal yg ada d seluruh smnnjg dan Borneo,sy berpeluang utk mmbuat prbandingan.. Dan hasil prbandingan serta soalan yg dilemparkan bdasarkan isu yg kt bcg.. Maka itulah jwbn yg sy dpt. "Beza Produksi dsbbkn beza kualiti manusia yg ada!"
Bila sebut pasal kualiti Manusia.. Mk bknlah manusia itu hny tertakluk pada pelajar2 yg hadir ke sekolah.. Tapi wajar juga kualiti merujuk pd manusia gurunya, manusia ibu-bapa pelajar, manusia pengetua, dan seluruh manusia sekitaran yg mencoraki sekolah td..
Manusia-manusia sekitaran inilah yg akan mbentuk manusia pelajar selama mana pengajiannya sehingga mrk mendapat thp IMUNISASI KENDIRI!
Dlm dunia kejuruteraan.. Hukum ini mudah difahami..
Bagaimana seorg designer yg terbaik dpt mgluarkan produk yg terbaik jika bhnnya tdk terbaik?
Bagaimana pula bahan yg terbaik akan menjadi produk terbaik jika designernya bkn yg terbaik?
So.. Jwbnnya mudah.. Nak produk yg terbaik dan bermutu, maka semuanya mestilah dari yg BERKUALITI..
P/S-Tugas ex-semai.. pastikan diri jd yg berkualiti dan cuba menghasilkn produk yg jg berkualiti..
Post a Comment