“Melakar pelangi di awan biru…”
Tertarik dengan status YM yang dipaparkan oleh seorang rakan, terdetik di hati untuk menulis sesuatu.. Simple dan pendek sahaja ayat di atas, tapi makna yang cuba dibawa cukup besar dan mencabar. Tampak seperti retorik! Ujar saya kepada rakan tadi.. Sengaja mahu mengujinya.. Memang retorik sebab anda cuba memahami bahasanya dan bukan maknanya! Jawab rakan tadi dengan bersahaja..
Melakar pelangi di awan biru suatu impian yang sangat besar..
Ia bukan sembarang kerja.. Bukan sebarang cita.. Bahkan ia sungguh luar biasa! Impian melangit sehingga ke tahap cakerawala dan lantas langit biru tadi diwarnai dengan corak pelangi guna pena yang dipegang oleh tangan-tangan ajaib.
Apakah ia mustahil?? Jawabannya TIDAK. Sungguh ia TIDAK mustahil..
Alhamdulillah... Kita sudah menjengah dan sudah pun mendekati pertengahan bulan Rejab yang kita maklumi ia adalah antara bulan-bulan yang ditunggu oleh para pemburu cinta Ilahi.. Dan bulan ini turut merakamkan sebuah kisah kembara Agung seorang hamba yang juga ia tidak lain dan tidak bukan adalah kekasih Allah SWT.. Hamba ini yang diutus untuk membawa seruan wahyu buat menerangi dan menyuluh jahiliyyah manusia, telah dibawa mengembara ke langit dunia oleh Allah SWT.. Ataupun dengan erti kata lain, perjalanan suci ini dipanggil sebagai Isra wal Mi’raj!
Satu persoalan yang mungkin boleh dilemparkan..
Apakah perkaitan kisah ini dengan maksud entry yang cuba disampaikan?
Mari kita renungi sebentar.
Adapun kisah luar biasa ini telah mengundang ‘pesta tidak percaya’ buat para Musyrikin kota Mekah suatu ketika dahulu.. Bagi mereka yang enggan beriman kepada Allah dan Rasulnya, bukan sahaja tidak mempercayainya.. Bahkan ada yang mentertawakan Muhammad lalu menuduh baginda sebagai gila!
Mereka cuba mempersoal kesahihannya dengan logik akal..
Bagaimana seorang lelaki boleh berjalan sejauh antara Kaabah dengan Baitul Maqdis hanya dengan tempoh satu malam?
Bagaimana pula boleh diterima oleh akal manusia.. Seorang lelaki mengaku bahawa dia telah naik ke langit dan turun semula juga dalam masa satu malam?
MUSTAHIL!!
Mustahil, kerana mereka iaitu para Musyrik mengukur peristiwa tadi berdasarkan logik akal semata-mata ditambah pula khabar kebenaran telah dikaburi oleh sifat sombong mereka.. Itu sebab jawaban yang mereka jumpai ialah “Mustahil!”
Sedangkan golongan Muhajirin iaitu golongan yang beriman, mengukur segalanya dengan Iman serta keyakinan mutlak terhadap segala janji dan wahyu Allah SWT melalui Rasulnya.. Itu sebab jawaban yang mereka ucapkan ialah, SADDAQTA YA Rasulullah!
Hari ini.. Bangsa inilah yang tidak pernah mengenal istilah 'mustahil'.
Mengapa kita umat akhir zaman...? Sudah hilang YAKIN padaNya dan asyik berkata MUSTAHIL??
Apakah ada mustahil di dunia ini? Lebih-lebih lagi kalau perkara itu sudah dijanjikaNnya...
Bukankah Allah telah mengajar kita bahawa semuanya tidak MUSTAHIL.. Termasuklah “melakar pelangi di awan biru..”.. Ia juga tidak mustahil! Dalam Surah Ar-Rahman, Allah SWT berfirman:
“Wahai golongan Jin dan Manusia! Jika kamu sanggup menembusi penjuru langit dan bumi, maka tembuslah.. Kamu tidak akan dapat menembusinya kecuali dengan sultaan (kekuatan)!” Ar-Rahman: 33
Nah! Bukankah ini satu key-point yang disampaikan oleh Allah kepada sekalian Manusia serta Jin bahawa tidak ada yang mustahil untuk berlaku dengan syarat adanya sultaan (kekuatan) tadi.. Tapi malangnya.. Semangat ini tidak dicerna oleh umat Islam dan sebaliknya umat bukan Islamlah yang meraih serta melakukan implementasi sehingga mereka jauh lebih terkehadapan daripada kita.
Dari segi teknologi misalannya..
Siapakah yang mempunyai tahap ketinggian teknologi di dunia ini? Apakah kita boleh bersaing dengan negara-negara luar yang sudah mengkaji dan memasarkan teknologi mereka yang sehingga ke capaian piko-teknologi?
Lihat pula ketenteraan..
Armada tentera manakah yang paling digeruni di dunia ini? Armada tentera manakah yang punya kuasa polis dunia yang boleh sewenang-wenangnya memutuskan yang baik menjadi buruk manakal yang buruk dipandang baik? Mereka menyinga kita menikus!
Tuntas.. Mereka adalah golongan yang mengimani kitabullah walaupun kufur terhadap Allah. Dan kita mengaku beriman padaNya tapi dalam masa yang sama masih ragu akan janji dalam kitabNya.. Bukankah itu terbalik? Kerana sepatutnya kita bukanlah umat yang berpegang pada perkataan MUSTAHIL... Padahal kitalah sebenarnya umat PENCETUS, PENGGALAK, serta PENDULU!
“Melakar pelangi di awan biru..” turut mengingatkan kepada tulisan Dr. Kalim Siddiqui yang turut menyentuh akan suatu virus mustahil dalam fikiran umat akhir zaman! Virus ini mampu merebak dengan cepat lantas melemahkan umat sehingga jadilah ia umat yang menyerah kalah sepanjang zaman!
Makalah..
Menawan semula Baitul MaQdis. Apakah kita masih nampak ia suatu yang mustahil??
Sirah yang tercatit dalam bulan Rejab ini sepatutnya kita renungi lebih dalam lagi dari yang sebelum-sebelum ini.. ‘Ibrah yang kita keluarkan juga mestilah kupasannya lebih BARU serta lebih SEGAR sesuai dengan keadaan serta situasi kita hari ini.. Kita bukanlah mahu menolak apa yang dikupas oleh para ilmuwan terdahulu.. Tapi.. sudah resminya ilmu.. Ilmu akan sentiasa berkembang dan bukannya statik sepanjang abad. Jadi.. Salahkah kita cuba meneroka ruang yang baru??
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment