Thursday, July 23

Perlunya ada Rejuvenasi !

Bila kita bercakap soal PENDIDIKAN, makalah setiap dari manusia hari ini semestinya sudah menerima ia sebagai entiti total yang sangat penting dalam kehidupan.. Rasanya tidak ada lagi kaum atau mana-mana bangsa yang ada di dunia ini melainkan semuanya berada dalam proses pendidikan. Cuma apa yang membezakan antara satu sama lain ialah, bagaimana proses itu berlaku? Maksud saya.. Disiplin IMPLEMENTASI yang diguna pakai..

Genghis Khan. Lihat bagaimana beliau mendidik bangsanya dengan suatu ilmu iaitu KESATUAN.

Kalau kita mengkaji.. Apapun sumber rujukan yang kita teroka untuk melihat sejauh mana kepentingan sebuah pendidikan.. Kita akan mendapati mana-mana tamadun yang gagah suatu masa dahulu bukanlah kerana ukuran pencapaian keluasan wilayah semata-mata tetapi juga terangkum aspek sejauh mana proses pendidikan dan perkembangan ilmu yang berlaku di dalamnya.. Bahkan bangsa Monggol sekalipun ia terkenal dengan perangai ‘barbar’, saya kira ia juga melalui proses pendidikan berasaskan disiplin implementasi mereka yang tersendiri..

Hari ini...

Hari ini apatah lagi.. Bangsa yang maju atau bangsa yang berkuasa sebenarnya didasarkan oleh kekuatan dan kemajuan yang terdasar dengan dunia pendidikan mereka.. Barat misalannya, mereka mendahului banyak aspek serta segi kerana kemajuan dan kedalaman pengkajian para sarjana yang mereka ada sehinggalah melahirkan masyarakat yang dilihat sebagai golongan kelas yang mendahului dunia.

Hari ini juga..

Sayangnya, hari ini juga kita yang duduk dalam dunia Islam semakin hari semakin tertinggal. Tambah menyedihkan lagi, kita bukan sahaja tertinggal dalam aspek pencapaian kajian EMPIRIKAL SAINS ataupun FORMULA MATEMATIKA bahkan juga kita tertinggal dari segi penghayatan MORAL dan NILAI ESTETIKA ilmu.. Sedangkan sumber espitimologi ilmu yang tertinggi dalam dunia Islam ialah Wahyu! Bukankah melalui wahyulah Nabi SAW mengeluarkan manusia yang jahiliyyah lantas membentuk sebuah tamadun yang unggul??

Tapi.. Mengapa hari ini kita tidak mampu melakukannya..??

Mereka dulu mampu mempraktikkan sumber wahyu.. Mengapa pula tidak kita hari ini?

Dimanakah silapnya semua ini..? Apakah kita tidak mampu mengekstrak satu lagi jawaban baru kepada kebejatan ini berdasarkan sumber wahyu yang asal? Dan.. Apakah jua kita ‘berpaksa’ berpeluk tubuh lagi dan lagi sementalah kehancuran masyarakat disebabkan pendidikan yang menjahilkan terus menerus berlaku??

Persoalan-persoalan seperti inilah yang sebenarnya sepatutnya dihujankan secara paksa rela dalam benak minda kita.. Kita jangan jadi bangsa atau penganut agama yang REAKTIF dan tidak PROAKTIF untuk sama-sama mencari jalan solusi.. Apakah kita mahu menunggu jawaban dari barat untuk menyelesaikan isu ini melalui sumber tanggapan akal mereka yang sememangnya cetek kalau nak dibandingkan dengan ilmu wahyu!

Apa yang kita bimbangi?

Berwacana akan isu pendidikan, kita tidak dapat tidak untuk melarikan diri bagi meneropong kepada sekolah, yang umum sedia maklumi ia sebagai institusi terpenting untuk menjayakan proses implementasi falsafah sebuah pendidikan! Masakan tidak.. Kira sahaja masa yang berlalu, separuh dari umur yang dihabiskan oleh setiap dari kita ialah berada di sekolah.

Saya tertarik dengan persoalan yang dilemparkan oleh Dr. Siddiq Fadhil dalam program Rejuvenasi baru-baru ini..

Apakah sekolah hari ini sudah menjadi warung kopi? Atau dalam bahasa indonesianya, ‘warkop’. Mengapa dipanggil ‘warkop’??

Bisa sahaja ‘warkop’ namanya.. Kerana orang yang datang ke sekolah akan ditanya.. Kamu mahu belajar apa? Laksana orang ke warung kopi.. Kamu mahu minum apa sih..?

Apa yang boleh kita fahami dari bicara tokoh ilmuwan negara ini ialah.. Sekolah hari ini sudah hilang upaya untuk memanusiakan manusia sebagaimana manifestasi asalnya atas sebab pengaruh POLITISASI dan KOMERSIALISASI! Tuntas hari ini.. Sekolah bukan lagi seperti ‘rumah sakit’ bagi sebuah masyarakat dan bangsa, bahkan sekolah hanya ibarat ‘warkop’ yang menawarkan bilangan punggutan ‘A’ semata-mata!

Antara faktor mengapa perlunya suatu lagi rejuvenasi!

Ini yang paling kita bimbangi...

Apakah penyelesaiannya..?

Membedah dan meneroka untuk mencari suatu solusi ampuh bukanlah satu proses yang mudah.. Mudah laksana memetik jari. Kalaupun wujudnya akan kertas kerja penyelesaian yang dibentangkan oleh para ilmuwan kita, kadangkala ia tidak mampu dilaksanakan sepenuhnya.. Sebab bagi saya, proses mengubati seorang pesakit bukan terletak di atas bahu doktor sahaja malahan ia juga tergantung di pundak si pesakit.. Hakikat ini yang mesti berlaku.

Lalu, atas sebab itulah saya juga rasa terpanggil untuk berdiskusi barang sebentar atas maksud sekurang-kurangnya kita merasa bahawa pundak bahu kita ada TANGGUNGJAWAB bersama untuk mencari jalan selesai serta implementasi bersama. Kita bukan ilmuwan, tapi kitalah penyokong kepada para ilmuwan yang ada.. Menyokong gagasan minda mereka untuk memastikan REALITI berlaku dan umat kita tidak hanya BERFANTASI sepanjang abad!

Mari kita cuba lihat beberapa “pillar” yang saya rasakan penting..

  1. Guru sebagai Dai’e.
  2. Disiplin pada Ilmu
  3. Iklim atau peradaban bangsa
  4. Usaha integrasi subjek

Insya Allah.. Kita sambung akan datang...


p/s- Maaf sebab saya tak mampu nak meneruskan kesemuanya hari ini.. I’Allah kita sambung akan datang. Lagipun semuanya ‘berat2’ belaka (kalu tulis pjg sgt pun, bukan ade yg sanggup baca.. Betul x? =)..

Utk pgthn, ada benda yg sudah disebutkn dlm seminar Rejuvenasi lps sprt integrasi.. Tp, insya Allah sy cuba olah dgn suatu struktur baru yg dirasakn lebih kritikal utk dibuat bg menggntikan struktur integrasi yg lama.