I need Doctors…
Dua tiga hari nie saya sangat perlukan doktor-doktor.. Guna plural sebab memang kena jumpa ramai jenis doktor.. Mungkin musim nie Allah nak uji pula LUAR dan DALAM sekaligus.. Kalau takpun ujian, moga ia masih lingkungan pembersihan dosa oleh Allah.. Tapi, janganlah ia sampai kepada bala kerana bala itu sudah tandanya wujud murka Allah.. Na’uzubillah.
KES 1: Doktor Medikal..
Badan saya mengalami simptom “merah-merah” setiap hari.. Sampaikan sahabat-sahabat serumah mengusik dengan, “nie raksasa ke ape..?” Ya.. Memang macam seperti raksasa.. Tambah-tambah lagi selepas balik dari menjaga Akhi Syams dalam ICU beberapa hari lepas.. Nak kata kena MALARIA.. Tak juga.. Sebab tak kena demam seperti pesakit malaria atau denggi yang lain..
Akhirnya saya akur dengan cadangan Dr. Jun, kakak tersayang yang kadang-kadang TERLALU mengambil berat (Sori kak, ",).. “Pegi dekat klinik U.. Minta doktor kat situ utk refer terus ke Pakar..” Macam tuelah lebih kurang ayat perintah seorang kakak.. Saya pun “sami’na wa atho’na” jelah..
DIAGNOSIS:
“Bronchial Asthma, Chronic Allergic Dermatitis”…
Saya baca perlahan-lahan surat yang dikeluarkan oleh Pusat Kesihatan Universiti.. Yelah.. Baca laju pun tak faham..
Bronchial=macam ade kaitan ngan paru-paru kan? (Ingat jugalah Bio walaupun dah dekat 7 tahun tak buka buku)..
Asthma=Lelah.. Tapi apa kaitan lelah dengan alergik ek? Macam tak logik.. Saya dah tanya dengan Doktor yang tulis surat nie.. Dia kata ade.. “Betul Doc?” “Betul”.. Yelah.. Takkan nak berdebat pula kan.. Nanti kang dia kata.. “Hang nak mati atau nak hidup lagi?” Haa.. Lagi naya..
Chronic=Nie kalau siapa tak faham.. Tak tahulah nak cakap ape kan.. Chronic maksudnya.. Kronik, teruk, bahaya, ‘Dah nak pii’.. Oppss.. Wafi, jangan lebih-lebih bagi definisi tue ek.. Kata itu doa tau.. Macam-macam lah housemate saya nie.. Apalagi layan jelah.. “Ok-ok.. Mari sini semua.. Ana nak berwasiat.. Moto bagi Wafi.. PC bagi Anis.. Buku bagi Zack.. Dan baju-baju ana bagi Sahabat PMI.. Amacam.. Setuju tak?” Hishh.. Sakit dibuat main pula.. Astaghfirullah..
Allergic=Alergik lah.. Ape ye dalam BM?? Lupa plak.. Ooo.. Alahan.. Ataupun, Kalah atau mengalah.. Dan dalam bahasa renovate saya, ia juga membawa maksud ‘putus asa’.. Contoh ayat macam nie.. Lelaki itu sudah berputus asa dalam hidupnya.. maksudnya yang lain.. Lelaki itu sudah alergik dalam hidupnya.. Boleh terima ke?
Dermatitis=Perkataan nie memang saya tak tahu langsung maksud dia.. Siapa-siapa yang boleh jawab, nanti saya bagi hadiah ek.. Tapi, tak janjilah..
Dan.. kesimpulan surat tue berbunyi macam nie..
“I hope you make an appointment with KLINIK PAKAR HSA as soon as possible..”
Seems forcing me to make an appointment as hurry as i can.. But, I have many-many works to done! So.. how can I go to HSA as soon as possible?
KES 2: Doktor Motivasi..
Berapa hari ini juga saya kehilangan mood membaca.. Entahlah.. Sepatutnya bila balik dari REJUVENASI, saya sepatutnya turut mengalami TRANSFORMASI yang lebih hebat lagi.. Namun sebaliknya yang berlaku.. So, mungkin kena menghadap balik Dr. SiddiQ Fadhil sebab ilmu tak habis menuntut dan kesannya makan diri..
Tuntas..
Selain keperluan doktor medikal.. Saya juga perlukan doktor motivasi.. Mungkin setelah kelemasan oleh timbunan buku-buku HIGH VOLTAGE+POLIMERS atas meja di office, lalu saya kehabisan tenaga ‘berenang-renang’ dengan buku-buku nie.. Apatah lagi setiap kali Supervisor menjengah di muka pintu, tiada perkataan yang diucapkan melainkan.. “Nah, tolong baca dan buat summary!” (Tambah lagi satu buku).. Ya Allah.. Hanya Engkau sahajalah yang tahu..
Petang semalam saya ambil kesempatan bersiar-siar.. Saja nak hilangkan kekusutan kepala.. Alhamdulillah.. Abang Wanto menyapa dari dalam pagar rumah.. Ceria je muka.. Ceria sebab saya datang atau sebab kuih yang saya bawa..? Entahlah yang mana satu.. (Abang Wanto jangan marah..)
Lantas.. Saya sempat lagi menculik 2 buah buku dari ‘Taman Buku Abang Wanto’.. Janji nak pulangkan selepas 2 hari.. Tapi, macam akan delay lagi kot.. Moga dua buah buku; MOTIVASI DAN KAEDAH MEMBACA (Dato' Prof Zaini Ujang) & SETEGUH TEKAD (Prof Dr Sidek Baba) nie boleh jadi DOKTOR MOTIVASI buat saya untuk sementara waktu.. Motivasi membaca untuk habiskan timbunan lagi buku dalam bilik yang masih tak terbaca..
Ia menceritakan perjalanan panjang seorang tokoh demi atas nama Ilmu!
Dah terlanjur cerita pasal buku.. Kebetulan juga saya tengah nak habiskan satu buku yang sangat menarik.. Khas buat para pemuda dan pemudi yang bergelar Du’at. Iaitu buku kat sebelah tepi blog saya ini.. THREE CUPS OF COFFEE.. Sebenarnya dah lama beli.. Tapi susah sangat nak habiskan.. Bahasa PPSMI punya pasal.
Buku nie berkisar tentang Mortenson.. Seorang pendaki gunung yang terkandas dan tercedera.. lalu dia diselamatkan oleh penduduk kampung sebuah perkampungan di banjaran Himalaya.. Mortenson kemudian terkesan dengan keadaan anak-anak Himalaya (kebanyakannya beragama Islam) yang tidak ada pendidikan.. Mereka terbiar serta tidak berpeluang kata Mortenson.. Kemudian, Mortenson berjanji untuk mendirikan sekolah.. Sehingga satu tahap, Mortenson terpaksa berulang-alik membawa papan untuk membina sekolah dengan hanya BERJALAN KAKI sejauh 75 batu! (Maaf.. saya tak dapat nak ulas banyak sebab belum habis baca..)
Yang menariknya.. Dari mana Mortenson dapat kekuatan sehingga ada kesanggupan sebegini?? Walhal.. Di sana siapa yang ada..? Kanak-kanak Islam.. Bukan seagama dengan dia pun..
Kaji punya kaji.. Mortenson adalah seorang Missionary.. Mubaligh.. Maknanaya dia faham tugas dia.. Tanggungjawab dia pada agamanya.. Jangankan berjalan kaki, daki Everest pun dia akan sanggup bertaruh nyawa demi suatu benda suci yang dia fahami.. Iaitu DAKWAH!
Kita hari ini..
Pernah tak sesanggup itu..? Boleh tak kita ulangi apa yang pernah dilakar oleh mubaligh kita seperti Saad Ibnu Waqqas yang kuburnya di China? Hmm.. Baru kena hantar dekat pedalaman sikit.. Dah beratur di depan pejabat pelajaran untuk urusan mohon perpindahan semula..
Maka benarlah apa yang diucapkan oleh Prof. Dr Sidek Baba dalam program REJUVENASI lepas.. “Guru hendaklah menjadi Daie”.. At least punya jiwa sekental Mortenson!
Aik? Kata takde motivasi.. Tiba-tiba bagi motivasi pula dah..
Oh.. Nielah namanya reverse motivation.
p/s-Saja tulis santai-santai sambil makan ubat.. Ambik yang baik-baik sahaja!
12 comments:
Saya mahu hadiah itu!!!!!
DERMATITIS
DERMA=tidak ada kaitan dengan derma-menderma, tapi semua yang berkaitan dengan KULIT.
ITIS=Inflammation atau jangkitan.
Kesian ada asma rupanya, memang both of them ada kaitan. Lucu pula baca pasal kronik tu, tiadalah seteruk itu definisinya...
Saya tunggu hadiah saya....!
syafakallah Tuan, Moga cepat sembuh..bila nak start usrah diskusi buku kita tuan??
Assalamualaikum..
" Bronchial asthma, chronic Allergic Dermatitis"
Ni apa yag ana faham setakat kuliah block Inflammation (tissue response towards cell injury) & cellular pathology ( study of disease in cell) dlam 2 minngu ni + perbincangan dengan senior.
1.Bronchial asthma
-maksudnya: keadaan dimana salur pernafasan ( tiub bronchial ) tersekat /mengecut + sukar untuk bernafas( bahasa mudahnyalah ...)
sebabnya : mungkin
1. pengecutan otot dlam tiub bronchial .( bronchial muscle spasm)
2.Terlampau banyak mukus ( bendalir likat ) dalam tiub bronchial.
2.tindak balas bahan alergic ( allergic reaction ) yg menyebbkan penghasilan bahan yg menyebbkan tiub bronchoal mengecut.Bahan ni di panggil spasmmogen.-ni mungkin sebab utama !!mungkin saja...
2.Chronic allergic dermatitis
maksudnya- tindak balas kulit terhadap bahan tertentu (allergen ) yang menyebabkan timbulnya abnormallity pada kulit .Cth - ada tompok2 merah/mungkin gatal2.
kenapa disebut chronic?
maksud chronic -keadaan yang wujud sudah lama/ persisting in long period.Tempohnya, dari berhari - berbulan2.
Cth, orang yg kena kencing manis dikatakan penyakit kronik sebab lukanya lambat sembuh.
ni beza dengan "acute" -acute maksudnya respon yg sangt cepat.
cth -orng yg tangannya melecur terkena air panas,tak sampai 1 hari, tangannya timbul bengkak2 kecil yg macm ada air dalmnya (edema) .
setakat ni fahamka?
jadi, merah2 yg mcm raksasa tu muncul akibat hypersensitivity of the skin.kulit menjadi terlalu sensitif pada sesuatu bahan.sedangkan bahan ini ( allergen ) tak menjadi sensitif pada orang yg tiada allergic.
mekanisma yg berlaku apabila kulit terdedah pada allergen ini akan menghasilkan bahan ( substance) yg menyebabkan pengecutan tiub bronchial).
Ni mungkin berlaku pada pesakit asthma yg chronic.
mungkin asthma ni da lama...
hmmm...harap difahami penjelasanya..maklumlah ilmu ana masih kurang...banyak lagi yg nak dibelajar..untuk rujukan lanjut boleh rujuk :
1.Buku basic pathology ( papa Robbin ) 8 edition
2.text book of pathology of Harsh Mohan.
3.Dorlan 's pocket Medical dictionary, 27 th edition.
p/s - selain memegang amanah lain , menjaga kesihatan pun juga amanah.jadi,amabilah sedikit masa untuk "mengurus ' amanah ini dengan baik.
~hidup "sihat " sepanjang hayat~
salam. kcian abg zul.. tu la org suo dok dlm xnk.. kl x ad org nk jge.. hek3..
semoga semangat kembali pulih.. insyaallah..
Salam'alayk buat semua shbt SeJawat..
>Dr Khayra..
-Oh ya ke? Al-maklumlah dah lama tinggalkn buku BIO.. Lgpn xda DERMATITIS dlm silibus form 4 & Form 5 dlu kan..
-Nak hadiah ek? Hmm.. rasanya dah ckuplah pahala yg Allah bg.. Malah lebih baik lg.. :)
Lgpn.. Jauh sgt kalu nk kirim ke Al-ZagaziG university..
>Tuan IsMaiL..
-Syukran ya tuan sbb sudi mendoakan..
-Insya Allah usrah kt start NeXt Week.. nnt ana msg tarikh, tmpt, dan masa..
-Buku tak decide lg. So, kt akan decide dlm LiQo' nnt..
Kalau ada yg brminat dlm team "bedah buku" nie, msg je ngn ana.. Syukran
salam.
itu dia penjelasan dari dr Herfiana dan dr khairaummah. hehe. wah, dah lah ada athma, dermatitis lagi. jaga kesihatan. jangan makan makanan2 yang menyebabkan alergic.
tentang buku, cuba baca buku fathi yakan ka, atau buku2 untuk membakar semangat dan kekuatan. banyakkan membaca.. gunakan ruang lapang sebelum sempit dan 5 sebelum 5 ;)
>Dr HerFiaNa..
Masya Allah.. Detailnya info pasal sakit ana nie.. Ana takut 1 je.. Takut BIL KONSULTASINYA mahal then tak mampu nak byr nnt.. :)
-Ana mmg ada asthma.. Tp dah lama x serang sejak kecik.. Cuma baru-baru nie kbtln baru pindah rumah, so adelah brhdpn dgn sgl macam habuk.. Then lps tuelah serangan "raksasa merah" nie datang (sblm nie dah ada, tp x seteruk yg skg)..
Satu lg yg sy rasa skg (lps bersihkn rumah).. Mcm ade benda tersekat dkt bhgn dada.. (lbh kurg rasa ssorg yg trtelan gula2).. Cuma itu dkt kerongkong, tp yg nie dlm lg.. entahlah apa sbb dia..
-Nie list of medicine yg Dr bg dkt klinik U (sementara nk jumpa pakar next WeeK):
1. PIRITON 4mg (Tab), 1 tab 3x sehari
2. PREDNISOLONE 5mg (Tab), 1 tab 3x sehari
3. CALAMINE (lotion), sapu 3x sehari..
Cuma masalahnya.. Bila mkn ubat nie, bdn makin terasa brtambah sakit (Simptom makin keluar).. Takut jd alergik ubat plak.. Itu satu hal.. Hal kedua, takut Dr tue saja2 buat experiment dgn ana plak..
-Tp xpelah.. Ubat nie guna smpi 3 hari je.. Apapun try jelah dlu.. SAKIT bg para salafussolleh itukan tanda RINDU Allah buat mereka?
-Nak refer dkt buku.. Ya Allah, x laratlah nak buka buku2 tebal mcm tue.. Nak cari pun mungkin x jumpa dkt Skudai nie..
Insya Allah..
Tgh usaha menjaga amanah SIHAT kurnia Tuhan.
>Kimi yg HEnSeM..
-Yelah.. Nnt Abg duk dalam.. Tpkan, sapa yg nak jaga?? Enta sanggup x?
-Mmg kene pulihkn SMGT sbb esok ada KEM KHAS 2hari.. Nnt abg passing penyakit nie ngn peserta2 lain.. Espcially ngn Abg Zack sbb die slalu buli abg.. =)
>Dr WarDatul ShauKah..
Waalaikumussalam..
-Nie Dr ape plak? Medikal ke MotiVasi.. Atau 2 dlm 1? ;)
-Ya.. Tgh nk memotivasikn diri utk membaca.. Kdg2 kt hairan knp tiba2 mls nak baca buku akademik@bhn2 ilmu yg lain walhal kt lupa check bacaan Quran kt seharian.. Itupun satu sbb jg bukan..
abg zul....jaga kesihatan n mkanan k...risau plak saya...huhhuhu...
^_^
just kidding, take good care of your health then.
mudah-mudahan gugur dosa-dosanya bersama sakit yang menimpa, ameen.
Syafakallah
Syukran DOA dr shbt2...
> Adikku Farid
Eh.. Lama x komen blog abg.. Tetiba hr nie muncul?? Terkejut Abg..
Takpa.. Dgr komen kamu, abg trus jd sihat dik.. Syukran wa jzKK
> Dr Khayra..
Insya Allah.. Moga kebaikan buat kamu jg..
Ameen.
> ustZh NaziFa..
Ameen! Moga Allah mengurniakn kesembuhan buat kt suma.
Post a Comment