Wednesday, May 27

ANAK: Amanah yang akan ditanya...

“Ya Allah.. Penatnyee..” getus pak cik technician ketika kami berdua mengambil breakfast. “Biasalah tue pak cik..” Saya memberi respon spontan sambil tersenyum.

“Penat bukan pasal kerja Zul.. Penat fikir pasal karenah anak-anak..” dia memberikan definisi penatnya yang sebenar.. “Hmm.. maca mana pula jadi macam tue cik ?” tertarik juga untuk membedah isu-isu macam nie.. Nak belajar pengalaman orang tua katakan..

“Kalau kamu dah ada anak nanti.. Baru kamu tahu..”. Pak cik technician sengaja menggantung jawaban seketika..

Insya Allah saya sedang tunggu cabaran itu”.. Saja tak nak kalah dan saya tak mahu dia memutuskan cerita..

“Saya bukan nak dari anak lebih-lebih” dia mula membuka cerita..

“Sekadar mereka jaga solat fardhu dan belajar betul-betul kat sekolah.. Tapi mereka nie LIAT sikit la.. Itu yang kita ibu bapa nie runsing sangat.. Takut-takut bila kat sekolah diorang tak solat langsung.. Kita bukan nampak. Depan kita pun kat umah susah nak solat apalagi bila duk kat belakang kita..

Bayangkan la Zul.. Bila waktu maghrib kat umah, sampai 5 kali kena cakap pasal solat.. Kalau diorang solat pun, dah dekat nak habis waktu..

Sebelum naik tingkat atas kita dah pesan, jangan lupa solat ye. Bila pak cik turun dari tingkat atas, tengok masih duduk depan tv.. Kita pun cakap.. Solatlah.. Kita pegi dapur pula.. Habis urusan kat dapur, kita keluar ruang tamu tengok diorang masih lagi depan tv. Solatlah.. Entah dengar entah tidk budak-budak nie.. Kita pegi bilik air then bila keluar bilik air tengok diorang masih lagi depan tv! Hmm.. Nie nak abah kenakan batang paip ke?? Haa.. Gertak macam tue baru diorang beranjak dari tv..

Hai Zul.. Takkan lah hari-hari nak macam tue.. Kita pun tak sedap juga duduk kalau asyik dengan gertakan baru anak-anak nak dengar cakap..”.

Saya terdiam.. Terdiam bukan kematian idea.. Tapi terdiam kerana pattern masalah seperti ini terlazim sekali dijumpai.. Masalah anak yang LIAT!

“Insya Allah pak cik.. Anak-anak pak cik dalam PROSES.. Semalam dan hari ini adalah hari-hari yang teramat sukar tapi HASILNYA pasti akan kelihatan esok!”. Saya cuba meyakinkan walaupun saya belum pernah masuk apa-apa kategori dalam keibu-bapaan samada beginner atau amateur. (Cakap belum tentu serupa bikin!)

Moga semua Ibu-bapa atau bakal-bakal Ibu-bapa bersabar atas PROSES yang TERAMAT sukar ini!

Sebelum kami balik ke office, saya sempat menggerling longgokan newspaper yang dijual di sebelah kami.. Muka depan: Anak RAJA PETRA ditahan polis! Cerita pasal anak juga!

Cerita pasal anak..

ANAK. Amanah yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak...

Status BERJAYANYA karier seorang ayah ataupun suami bukanlah diukur dengan kemampuannya mewariskan harta yang berjuta harganya buat anak-anak dan isteri..

Tetapi sebenarnya umum bersetuju bahawa status karier ayah atau suami yang BERJAYA ialah, mereka yang dapat membimbing dan memberi teladan kepada anak dan isteri sehingga berjaya di Dunia dan Akhirat! (Bergantung kepada tasawwur kita berfikir)

Persoalannya.. BERSEDIAKAH??

Saya teringat satu firman Allah dalam surah Baqarah yang menyentuh soal kemampuan ini..

“Acuan Allah. Dan siapa lagi yang lebih baik acuannya selain daripada Allah. Dan kepada-Nyalah kami menyembah (menaruh segala haraapan)”—Surah Al-Baqarah : 138

Perkataan ‘sibghatallah’ atau maksudnya ‘Acuan Allah’ dalam ayat ini membawa satu terminologi yang sangat menarik untuk direnung dan diteliti..

Kalaulah kita seorang suami atau ayah yang mahukan produk output dari tulang sulbi kita membesar sebagai seorang anak yang SOLEH dan SOLEHAH harapnya.. Adakah diri kita sebagai IBU-BAPA sudah bersedia sebagai acuan yang juga SOLEH mahupun SOLEHAH ? Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya!

Inilah antara persoalan yang perlu difikirkan SEKARANG.. Bukannya nanti.. Tapi persediaan itu mestilah bermula sekarang!

Kenapa?

Sebab saya teringat suatu kisah masyhur mengenai seorang anak yang boleh menjadi jawaban kepada teka-teki di atas.. Cerita pasal IMAM SYAFIE.. Siapa yang tidak mahu anak seperti beliau? Seorang anak yang dilengkapi dengan kebijaksanaan, kealiman, kefakihan, keluhuran akhlak, dan boleh dikatakan sempurna serba-serbinya.. Bahkan dalam usia belasan tahun, beliau sudah BERFATWA untuk menyelesaikan masalah fikah!

Satu hari.. Ayah kepada Imam Syafie ditanyakan satu soalan. “Bagaimana Tuan mendidik anak sehingga menjadi ulama besar buat umat?” Jawaban dari ayah Imam Syafie .. “Saya sudah mula mendidiknya puluhan tahun sebelum beliau lahir lagi”.

Dalam erti kata lain..

Sebelum lmam Syafie lahir, ayah beliau sudah mendidik dengan menyediakan ACUAN terbaik buat anaknya.. Acuan IMAN dan AKHLAK. Siapa acuan bagi anak-anak? Tidak ada lagi jawaban yang lain melainkan IBU-BAPA! Ini kerana dua insan inilah yang mereka dampingi bermula dari buaian sehinggalah mencapai tahap seorang yang sudah mukallaf.. Ataupun dalam teori psikologinya, proses ini dinamakan sebagai proses PELAZIMAN iaitu anak-anak akan meniru sikap teladan yang terhampir dan terkerap ditemui!

Kalaupun tidak menjadi setanding As-Syafie tapi sekurang-kurangnya semirip pun dah kira alhamdulillah..

Itu sebab..

Itu sebab hari ini kita wajar melontar beberapa refleksi muhasabah buat diri sendiri.. Antara refleksi yang saya boleh kongsikan..

Kita mahu ANAK yang taat dan patuh kepada kita sebagai ibu-bapa.. Tapi, hari ini adakah kita sudah benar-benar taat dan patuh kepada ibu-bapa sendiri?

Kita mahu ANAK yang tak pernah tinggalkan SOLAT dan tidak LIAT melakukan IBADAH.. Tapi, apakah hari ini kita sudah sempurna semua solat serta rajin dalam beribadah??

Dan banyak lagi refleksi yang saya dan anda boleh eksplorasi sendiri kerana kitalah jua yang tahu menilai diri kita sendiri bukannya orang lain!

ANAK bukan hanya AMANAH tapi ianya juga ANUGERAH!

Apapun..

Kesolehan seorang anak itu adalah ANUGERAH istimewa dari ALLAH.. Allah boleh beri sesiapa yang Ia kehendaki.. Ini adalah fakta yang tiada siapa boleh nafikan!

Maksudnya.. Walaubagaimana caranya kita berusaha menjadi ACUAN yang terbaik tapi tidak semestinya PRODUK yang terhasil sebaik acuannya.. Sebab.. Ianya anugerah! Apa yang kita boleh buat hanyalah.. USAHA serta TAWAKKAL!

Iya.. Konsep inilah yang sebenarnya tidak dapat dterangkan secara sempurna oleh mana-mana tulisan pakar psikologi pendidikan barat yang hebat-hebat.

Contohnya..

Saya pernah mengenali anak kepada salah seorang pakar motivasi keibu-bapaan yang terkenal dalam negara (kebetulan duduk satu kampus).. Apabila saya cuba membandingkan antara ACUAN (pakar motivasi tadi) dengan PRODUK (rakan saya tadi), sangat jauh bezanya..

Adakah pakar motivasi tadi tidak mampu menjadi acuan yang terbaik? Tidak.. Bahkan beliau sangat dikagumi dan disegani oleh masyarakat kerana personaliti yang cukup baik.. Tapi, mengapa produk yang beliau hasilkan adalah sebaliknya?

Jawabannya adalah kerana ACUAN tidak semestinya menjamin spesifikasi PRODUK yang terhasil kerana semuanya bergantung dengan ANUGERAH pilihan Allah.

Maka.. Dari sinilah perilaku TAWAKKAL sebagai elemen yang dikesampingkan secara total oleh pemikir-pemikir barat yang hanya bergantung kepada elemen USAHA sebagai faktor keberjayaan dalam mendidik anak-anak.. Buktinya.. Masakan Nabi mengajarkan kita suatu doa yang cukup terkenal dan lazim diungkapkan setiap hari;

Allahumma hablana min azwaajina wa zurriyyaatina qurrata a’yun waja’alna lil muttaqiina imaama!

Moga Allah berikan ANUGERAH sebagaimana yang dipohonkan dalam untaian kalimat doa di atas.. ANUGERAH masa depan atas USAHA serta DOA kita untuk menjadi ACUAN yang terbaik bermula pada detik ini!

Ameen..

P/s-Faktor sibghah/acuan ini bukan hanya tertakluk kepada PERSONALITI seorang Ibu atau Bapa.. Ia juga mencakupi soal METODOLOGI, HAMBATAN KELILING, RAKAN SEKOLAH, dll yang tidak disentuh oleh penulis..

8 comments:

Nurul 'Uyun Binti Ahmad said...

Salam

menarik entry kali dan cukup bermanfaat. Insyaallah, walaupun kita sama-sama sumber sekunder manakala si pakcik ialah sumber primer, maka banyak-banyakalah kita belajar2 denan orang yang lebih tua.

Terkadang semua ini adalah ujian Allah, kifarah terhadap dosa-dosa si ibu bapa yang lalu. Perkara-perkara sam'iyat ini kita perlu pertimbangkan. Pokok pangkalnya perlu terus sabar dan sama-sama berusaha untuk jadi insan yang baik.

Kirim salam pada pakcik tu, katakan tahniah padanya kerana terus sabar dalam mendidik. Anak pakcik tu lebih kurang halal macam ana suatu ketika dahulu. Memang si ayah perlu merotan jika anak tak solat atau sengaja melambat-lambatkan solat. Tanyalah ana, dawai ape, paip jenis ape yang tak pernah kena di badan kerana hal-hal seumpama ini? (macam-macam ada)

wallahualam

~insan dhoif,tangan yang menulis akan diuji~

Aizat said...

mudah-mudahan Allah mengurniakan sahabat ana, Zulhilmey ini anak-anak yang soleh dan solehah...

p/s: untuk ana skali..;p

Muhammad Hafiz said...

Jika ada kesempatan masa, ana akan memberi komen yang 'PANAS'...buat sahabat ana zul...

muaz said...

salam...
lama dah xmasuk laman web sheikh zul...
ape khabar?
just nk tinggalkn satu kata-kata:
sememangnya anak adalah anugerah tapi ingt ia adalah satu modal dan aset kita ketika kita di alam barzakh nnt,samaada ia mampu mengalirkan saham baik atau sebaliknya ketika roh kita telah berpisah dengan jasad.
Fikir-fikirkan dan istiqamah dalam bermuhasabah!

Johan Muhammad said...

Salam budi...

Agak menarik entri kali ini. Ana akan balas entri ini kemudian. Walau apa pun, memang benar, mengajar diri, mentarbiah diri, dan mendisiplinkan diri adalah lebih mudah daripada mengajar, mentarbiah dan mendisiplinkan orang lain.

Inikan pula anak-anak kita.

Kita suruh mereka solat, kenapa tidak kita tunjukkan mereka terlebih dahulu yang kita telah mempraktikkan solat dengan sebaik mungkin.

Bagaimana pula dengan menjaga masa?

Aduh!! Kebanyakan kita masih gagal dalam bab ini.

Terima kasih atas entri ini. Hadiah muhasabah diri menjelang lahir anak pertama tak lama lagi

Mohd Amin Bin Mohd Hamami said...

Acuan???menarik...

acuan macam mana yang kita nak kena pilih??
tengok warnanya ka
tengok bentuknya ka
besar kecik nya ka

atau yang lebih penting nilai abstrak pada acuan tu..

belum tentu
acuan putih hasilnya putih..
acuan yang bulat hasilnya bulat
acuan yang kecil hasilnya kecil...


jadi..nak pilih luaran acuan tu ka atau intinya??

myikhwanfiideen said...

Waalaikumussalam buat para commentators..

Saya sedang berfikir dan membuat refleksi diri atas segala apa yang anda nyatakan..

Terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada saya.

myikhwanfiideen said...

> Cik Uyun

Mmg ujian..

Beruntunglah jika kita semua boleh lepas ujian itu..

> Bro Aizat

Ameen.. Moga doa anda makbul! :)

> Bro Hafiz

Asyik2 komen yg PANAS.. Bila nak SEJUK??

> Bro Muaz

Kata-kata anda sungguh bermakna buat saya..

> Abgku Johan

Anda MENTOR saya dalam hal2 rumah-tangga.. Saya mungkin bercakap atas ILMU sahaja.. Tapi anda bercakap atas ILMU dan PENGALAMAN..

> Mr Amin

Haha.. Kata2 anda sungguh sastera.. Sukar bg saya utk menterjemah! :)