Saturday, March 7

REENGINEERING DAKWAH: Try to use engineering tools!

(tool 1-dakwah analyzer)

Baru-baru ini saya dijemput oleh sebuah persatuan untuk memberikan pengisian buat adik-adik yang merupakan barisan pimpinan baru.. Mulanya saya cuba menolak atas beberapa alasan yang munasabah.. Tambahan pula dengan kesibukan menyiapkan projek tahun akhir.. Dan sememangnya setelah beberapa bulan menjadi mantan pimpinan pelajar, saya lebih suka memerhati dan membaca semula sejarah hasil lakaran saya bersama-sama teman ketika berada di tampuk kepimpinan dulu.. Ya, saya bermuhasabah.. Menoleh semula ke belakang untuk melihat.. Berapa luaskah lalang yang ditebang ?, lurus atau bengkokkah jalan yang diterokai ?, atau tinggi manakah bukit yang didaki??

Namun, atas desakan sahabat lama.. Saya gagahi juga pagi itu untuk berdepan dengan adik-adik mahasiswa yang menyala-nyala kiranya semangat mereka.. Lantas takbir bergema!

“Abang.. Saya tertekanlah.. Sibuk betul sem nie..”. Arief berbisik di telinga selepas selesai pengisian pagi itu.. Saya kuntumkan senyuman sambil memandang wajahnya.. Perasaan kesian terbit.. Kesian melihat matanya yang sudah kuyu.. Ditambah lagi dengan raut muka yang sudah layu seolah mengandung seribu macam kekusutan yang sukar diluah melalui kata-kata.. Saya senyum lagi sambil tangan mengurut perlahan-lahan bahu adikku Arief.. Sentuhan psikologi penting untuk menenangkan pesakit..(“,).. Ya.. Saya pernah mengalami situasi ini dulu.. Lemah.. Down.. Tiada semangat.. Patah jiwa dan bukan patah hati ye.. Jangan salah sangka pula..

“Rief.. Bagitahu abang apa yang sibuk ‘menggila’ sebenarnya nie..”. Saya bertanya dengan nada bergurau.. Memang style saya macam nie.. Pendekatan mesra selalunya lebih berkesan.. “Meeting bang...”. Ya dik, napa dengan meeting..? “Meeting terlalu banyak bang.. Sangat banyak.. Sampai tahap membosankan!” Itu dia.. Lahar gunung berapi pun muntah dengan sendiri pabila tahap pelakuran dicapai setelah pengujaan yang sempurna dari saya.. Hoho.. Tapi, kene hati-hati.. Takut lahar tadi membinasa tanaman di kaki bukit!

Efisyen vs Efektif...

Efisyen adalah bergantungan dengan bilangan hasil produk dengan masa.. Manakala efektif pula lebih mementingkan soal kualiti per produk.. Maknanya.. Apabila kita sebut efisyen atau efektif, disitu akan wujud dua konotasi berlawanan iaitu bilangan produk versus Kualiti yang dihasilkan! Mungkin anda akan timbulkan persoalan... Bolehkah kita capai dua benda nie dalam satu masa? Menghasilkan produk yang banyak disamping ia juga berkualiti tinggi.. Saya dengan nada optimis menjawab BOLEH! Walaupun hakikatnya semakin tinggi kualiti demand maka semakin rumit proses penghasilannya menyebabkan kadaran kuantiti produksi berkurangan.. Lihat sahajalah kereta Ferrari.. High quality but least quantity!

Tapi apapun adalah terpulang kepada manager sebenarnya.. Saya tidak kisah sangat akan parameter ataupun variable yang digunakan.. Bahkan, saya lebih kisahkan akan sikap dan tabiat si manager serta jalan sistem yang diguna pakai! Who da manager? Kitalah.. Siapa lagi.. Meeting versus Brainstorming... “Apalah abang nie.. Belum kita orang paham pasal efisyen-efektif, dah lompat pula dengan meeting-brainstrorming..” Arief merengek.. (^_^).. Tidak.. Sebenarnya dua benda nie sangat bersangkutan antara satu sama lain..

Firstly.. apa yang kita kena paham ialah meeting is totally different with brainstorming.. Perbezaan ini biar jelas dalam kepala kita supaya tidak timbul keliru menyebabkan kita saling mencampur-adukkan antara dua perkara dalam satu masa! Kalau meeting, kita lebih mengejar akan kuantiti hasil perbincangan.. Dan sewajarnya kita sudah mempunyai susunan agenda mahupun gerak kerja yang dirancang awal hanya saja ia bersedia untuk diagihkan kepada setiap orang.. kalaupun ada persoalan, ia lebih kepada diskusi fakta tersurat dan bukannya memecah otak untuk mencari makna tersirat.. Hal tersirat hanya SESUAI dirungkai melalui brainstorming.. Tuntasnya, meeting adalah adik kepada efisyen.. Dan selalunya perlaksanaan meeting secara formal adalah lebih efisyen untuk compensate dengan constrain masa. Tapi sayang.. Formality selalu tidak diendahkan kerana budaya sambil lewa para managers sudah menjadi tabiat yang sebati! Apa salahnya kalau kita cuba praktikkan formaliti..? Formaliti adalah jambatan untuk ke profesional.. Fikir seperti itu.. Jangan pula cemari idea formaliti dengan mengkaitkannya dengan birokrasi.. Kalau semacam itu fikir kita.. Hmm, payahlah nak ke profesional..

Berbeza dengan brainstorming.. Ribut-kepala dalam terjemahan melayunya.. Seperti yang saya cuba ketengahkan tadi, ribut-kepala adalah suatu kaedah untuk mencari jawapan dalam bahasa yang tersirat melaui kaedah pemikiran yang bebas! Tanpa belenggu.. unformality.. Tanpa limitation masa.. Which is Getting da perfect solution is our target regarding da time we lose.. Means quality discussion was main objective.. Effective! Itu general principle yang kita boleh pegang.. Memetik satu pendapat rakan; ‘Brainstorming itu meeting tetapi tidak semua meeting adalah brainstorming..’ ..Ya.. Saya setuju pendapatnya.. Ataupun kita boleh ungkapkan dalam bahasa matematikanya.. Meeting adalah SET manakala brainstorming itu adalah SUBSET! Cumanya aliran pemikiran yang saya nak bawa ialah kita pisahkan terus antara keduanya.. Samada dari sudut teoritikal mahupun praktikal! Maksudnya.. Kalau kita nak meeting, so meeting lah.. Jangan buat brainstorming pula.. Kita tak nak ahli mesyuarat keliru dan bengang sebab meeting yang singkat menjadi berjela panjangnya! Nak buat brainstorming? Cari masa lain..

Walaupun umumnya sependapat bahawa melalui brainstroming kita tak perlu mewujudkan border of thinking and limitation of time.. Tapi saya agak tidak sehaluan dengan pandangan tersebut.. Experience tell me the truth!..

Hujahnya begini..

Spherical of solutions.. Maaf lukisan saya agak buruk..

Cuba anda lihat pada gambar di atas.. Bilamana kita menggunakan kaedah ‘upacara ribut-kepala’, maka suatu persoalan yang memerlukan jawapan akan diletakkan sebagai nukleus (INPUT).. Katakan kita gambarkan nukleus persoalan itu sebagai ‘?’.. Kemudian, brainstrorming dimulakan daripada titik ‘?’ menuju ke luar (outershield) dalam bentuk expanding (pengembangan) sebagai proses mencari julat jawapan (OUTPUT) dari ruang pelbagai arah dan sudut pandangan 360 darjah!.. Sebagaimana otak manusia yang sifatnya boleh expand without da border, maka upacara ribut-kepala tadi akan melepasi suatu tahap yang dipanggil sebagai border of thinking.. Apatah lagi jika otak dalam keadaan dipaksa.. Dan jika upacara diteruskan juga, maka cadangan-cadangan jawapan yang diutarakan hakikatnya sudah berada di luar (outershield) ‘sferikal solusi’.. Akhirnya mengarut yang berlaku.. Itu sebab kita selalu alami dalam brainstorming setelah ‘belayar’ begitu jauh rupanya cadangan awal-awal tadi lebih efektif dan praktikal! Selalu bukan.. Terpaksalah perahu dikayuh kebelakang semula setelah berhari-hari berkayuh kedepan..

Tidak salah mengembara keluar mencari jawapan kerana kita mahu puas-hati dan kualiti perbincangan.. Cuma, tidak salah juga kalau kita put something sebagai sempadan samada ia berbentuk border of ‘skop’ ataupun ‘masa’.. Sebab kita adalah manusia.. Manusia perlukan tidur dan rehat! Lagi bagus kalau kita perdetailkan diskusi seputar innershield berbanding outershield!

Dakwah Analyzer... Future findings..

Kalaulah Charles Babbage yang digelar sebagai GrandFather of Scientific Management berani mengutarakan idea bahawa management phlosophies (Falsafah pengurusan) boleh dikaji dan diimplementasi melalui disiplin saintifik, masakan hari ini kita tidak boleh menggagaskan idea semacam itu?? Malah, ramai tokoh-tokoh yang mengikut jejak langkah beliau seperti Frederic W. Taylor, Frank B. Gilbreth, ataupun Henry L. Gantt..

Mencedok dari keberanian para sarjawan silam, maka tidak salah untuk kita hari ini menyatakan dakwah itu juga boleh dikaji secara saintifik.. Bahkan bukan sekadar itu, idealisme saya turut beranggapan bahawa sudah sampai masanya segala problematika dakwah hari ini turut dianalisa lalu diselesaikan melalui disiplin ilmu kejuruteraan dengan menggunakan engineering tools yang ada tanpa hanya bergantung kepada tradisi lama!

Dan setelah melihat dan menyaksikan sendiri kerumitan ‘meeting’ mahupun ‘brainstorming’ dalam dunia dakwah sekitar usaha mengendali INPUT-OUTPUT perbincangan, mencari RUMUS PENYELESAIAN termudah, atau apapun yang relevan dengannya.. Maka sebagai engineer yang menjunjung paradigma RE-ENGINEERING DAKWAH, saya menyeru agar seluruh engineer yang komited dalam dakwah sepakat dan satu hati bagi membangunkan sebuah ‘dakwah analyzer’ yang boleh berfungsi dan membantu untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah+cabaran berkait tentang dakwah! Dakwah analyzer: Suatu perisian elektronik.. Hanya masukkan input (apa masalah?) maka dengan sekelip mata OUTPUT (cadangan penyelesaian!) terpapar di skrin komputer...

Dengannya.. Moga para daie akan save berjuta minit.. Agar masa yang ada tidak habis di dalam ‘bermeeting’ tapi dihabiskan di jalan praktikaliti dakwah yang sebenar.. Itu sebenarnya benda yang nak dicakapkan!

“Entahlah bang.. Saya pun tak faham apa yang abang cakap nie.. Kata tak boleh mengarut.. Tapi macam mengarut pun ada juga..” Arief mencebik.. hahaha.. Kami ketawa.. Laugh is medicine! (ubat kat dunia jela..) Takpalah dik.. Kita sambung lain kali jela.. Orang yang baca posting nie pun rasanya dah termengah-mengah baca kan... Sori..(“,)

Ir. myikhwanfiideen,

Board of Managers,

Islamic Revolutioneer Center (IRC),

Ankara, TURKEY.

___________________________________________________

P/S:-Kupasan ini akan bersambung.. Ada banyak lagi cadangan dalam disiplin kejuruteraan espcially isu pasal disturbance (masalah yang datang secara tiba-tiba).. Kepala dah nak pecah memikirkannya.. Nanti saya pecahkan dalam bentuk tulisan..Moga kita semua ada masa..Insya Allah!

Friday, March 6

Sekadar cerita...

Busy...? Ada kawan bertanya... Mungkin sebab nengok saya agak lama tak mengepost barangkali.. Biarlah sket asalkan istiqamah.. Hmm, sekarang blogger pun guna konsep istiqamah juga.. Bagus-bagus.. Ya, Allah itu suka amal yang berterusan walaupun ia sedikit..

Okla.. Saya nak kongsi satu ceritera.. Mungkin dah ramai yang tahu ataupun pernah baca.. Tapi takpa.. Berkongsi itu tak semestinya benda yang baru.. Yang paling penting ialah content dan makna yang hendak dibawa.. Ceritera ini berlaku antara Plato dengan gurunya.. Ini dia kisahnya…

Suatu hari Plato menghadap gurunya...

Plato, Athens

Plato bertanyakan makna CINTA.. Lalu gurunya pun menjawab: "masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Ketika kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut".

Maka masuklah Plato ke dalam hutan.. Setelah beberapa kletika, keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun.

Gurunya bertanya, maka jawab Plato: "Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berpikir barangkali didepan sana adalagi ranting yang lebih baik. Tetapi rupanya setelah saya berjalan ke depan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadi itulah yang terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa."

Guru itupun berkata: "Anakku.. Ketahuilah, itulah CINTA!"

Kemudian Plato pun bertanya lagi.. apa makna PERKAHWINAN?

Sang guru pun menjawab: "Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon kayu yang kau pikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan."

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan tidak berapa lama kemudian keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu cantik.

Gurunya pun bertanya.. Anakku, mengapa engkau memilih pohon ini..? maka jawab Plato:
"Saya ada mendapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya...tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan...akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya.. Saya berfikir.. Mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini lagi didepan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin boleh merawatnya serta menjadikannya segar dan cantik."

Lalu sang guru berkata: "Anakku..Itulah makna PERKAHWINAN!"

Ya.. Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya didalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan sahaja.. Apapun.. Tidak salah untuk memilih.. Cuma bila ‘terlalu memilih’... Pasti tiada satu pun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang berputar ke depan.. Dan sudah pasti waktu itu tidak akan berbalik kepada hari kelmarin.

-Lakukanlah segalanya demi Allah dan Nabinya.. Bukan kerana perasaan dan hanya mengikut kebiasaan orang..-

Sekadar cerita...

myikhwanfiideen,

-Academy of Athens-

428 BC

Tuesday, March 3

Untungnya menjadi Kekasih...

Opick - Beruntunglah


Beruntunglah bila hati mengenal Allah
beruntunglah bila diri merindu Allah
beruntunglah bila jiwa berharap Allah
beruntunglah cita-cita hanyalah Allah

semua makhluk kan memuji memuja Allah
bersujudlah semesta raya kepada Allah
takkan ada perbandingan untukMu Allah
keagungan kebesaran milikMu Allah

semua di langitMu
semua dalam lautMu
setiap hati mendamba cintaMu
Allah Allah hanya Allah
semua kan bermuara
suka duka airmata cinta
hu.. Allah.. hu.. Allah.. hu.. Allah.. hu

hanya Allah Maha Pengasih
hanya Allah Maha Penyayang
Allah yang mengampuni
Allah yang memaafkan

Allah Maha Pemurah
Allah Maha Dermawan

Allah.. Allah.. Allahu Akbar
hu.. Allah.. hu.. Allah.. hu.. Allah.. hu

...................................

Allah itu teman.. Allah itu kawan.. Allah itu tempat mengadu.. Merintih harap.. Menghujam tangis.. Tempat meluahkan segala masalah.. Allah itu kekasih yang dirindu saban malam.. Allah tempat sandaran cita-cita.. Allah penenang istimewa di kala bersedih dan kecewa..

Kenalilah Allah.. Pasti hati kita berasa tenang di sisiNya..

Beruntunglah bagi mereka yang mencintaiNya.. Lalu Allah membalas cintanya..

P/s- Kepada sahabat-sahabat semester Akhir yang tengah berhempas-pulas menyiapkan Final Year Project, Anda digalakkan mendengar Nasyeed nie.. (",).. Moga Allah sentiasa bagi sakinah pada hati kita semua.. STRIVE FOR MARDATILLAH!

Sunday, March 1

Think inside da BOX

Alhamdulillah... 

Syukur buat Allah kerana masih memberikan saya masa dan kesempatan walau dengan ruang rehat yang cuma sekangkang kera untuk sekian-kalinya mengetip papan keyboard atas dasar berkongsi secangkir kopi.. Insya Allah, kerja ini tidak akan dihentikan selagi nyawa masih ada.. kerana.. Secangkir kopi yang dikongsi bisa sahaja memberikan nikmat 'segar' buat para pekerja Agama yang tidak henti-henti bermujahadah pada jalanNya.. Itu sahaja yang diharapkan..

Alhamdulillah...

Sekali lagi lafaz ini bergema dalam hati..

Baru sebentar tadi
press conference tuntutan GMP (Gabungan Mansuhkan PPSMI) yang diwakili oleh 53 pertubuhan di Negeri Johor selesai dijalankan.. Mr. Nyam daripada SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) selaku koordinator peringkat Johor dengan tegas menyatakan pendirian bagi menyokong Perhimpunan 100 ribu rakyat di hadapan Istana Negara pada 7 Mac ini.. Dan bagi peringkat Gabungan Mahasiswa Islam(GAMIS) cawangan negeri Johor, kita turut menyatakan pendirian yang sama setelah melalui beberapa fasa perbincangan dan penerangan melalui JawatanKuasa JKBI yang ditubuhkan bersama pada tahun lepas.. Maknanya.. Kita menyokong setelah membedah isu sebenar dengan pemerhatian Ilmiah based on situasi semasa yang berlaku.. Dan apa yang paling membanggakan ialah, GAMIS dimana rata-rata ahlinya adalah Mahasiswa telah diberikan kepercayaan untuk duduk bersama dalam commitee ini dan disenaraikan pada list ke nombor-7 daripada 53 pertubuhan yang ada..

Ya... Ini masa yang terbaik bagi Mahasiswa untuk belajar MEMIMPIN! Bukan hanya memimpin sesama Mahasiswa.. bahkan memimpin Pakcik Driver Teksi, Petani, Pekebun, Guru, Peladang, Pesawah, Pegawai, Ahli korporat, dan semua lapisan rakyat Marhaen yang ada..

Noktah pertama…

Selepas press conference, saya sengaja duduk sebentar sambil berbual-bual dengan beberapa orang ahli NGO yang hadir.. Agak segan juga sebenarnya.. Berjumpa dengan orang-orang yang berjawatan hebat.. Doktor, Jurutera, Arkitek dan sbgnya.. Tapi semua itu hilang apabila sambutan dan layanan yang diberikan kepada student memang hebat dan tidak disangka.. Ya, di mana-mana sahaja gerakan student pasti akan diberikan peluang untuk bercakap.. Berwacana.. Mengkritik.. Itulah kelebihan menjadi Mahasiswa.. Cuma, terpulang kepada kapasiti persediaan kita… Mampu atau tidak sahaja??

"Mengapa awak pilih duduk bersama GAMIS..?"—Miss Cheng

Tiba-tiba soalan semacam ini hadir.. Hadir pada saya dan pastinya ia meminta jawapan.

Small question... Kalau anak usrah yang tanya.. Sudah saya humban dengan Buku-buku Haraki yang bertimbun banyaknya dalam rak buku saya di hostel..(“,).. Tapi bila Miss Cheng; Ahli Sekretariat SUARAM dan juga seorang engineer yang menanya soalan ini.. Maka, dia menjadi big question! Perlukan pencerahan dan ketelitian untuk menjawabnya… Dengan melihat unsur dakwah perlu disuntikkan walaupun sebesar biji sawi.. Alhamdulillah.. Saya agak berpuas hati bila dapat menggamit beliau sehingga boleh menerima bahawa pilihan untuk membuat amal kebajikan mesti menjadikan ideologi sebagai akar utama.. Ideologi itu bahasa Sekular.. Dalam agama, kita hanya ada akidah Islamiyyah.. Tapi tak mengapa.. Itu dah dikira step yang pertama.. Dari seorang Free thinker boleh berubah menjadi orang yang percaya akan sebuah ideologi kan dah bagus..

Dialog tertangguh.

Noktah kedua...

Hmm.. Saya membiarkan sahaja sahabat saya Hilman melayan pertanyaan tambahan dari beberapa kenalan NGO yang hadir.. Hobi saya lebih kepada Observation! Memerhati background mereka-mereka yang hadir.. Tapi sayang.. Tidak ramai golongan Islamik yang kelihatan.. Hanya beberapa wakil sahaja... Hakikatnya, isu-isu dasar dan teras Negara memang didominasi oleh mereka yang berfikiran Sosialis.. Ini bukan tuduhan.. Tapi, melalui pengalaman... Bahkan, bila saya nengok pada 53 NGO yang ada, hanya 7 sahaja yang boleh dinobatkan sebagai gerakan Islamik! Saya bukanlah berpendapat untuk meminta mana-mana Gerakan Islam yang ada supaya ikut sama membantah.. membantah atau tidak, itu terpulang dengan pendirian masing-masing.. Tapi, penglibatan dalam perbincangan itu yang penting sebenarnya!... Sebab bila kita involve dalam diskusi-diskusi yang dibuat, baru kita tahu betapa tidak semudah sebenarnya yang disangka.. Hujah pasti bertemu dengan hujah.. Akal berseteru dengan akal.. Tuntasnya, Itu baru bincang pasal Bahasa.. Belum lagi bincang pasal menubuhkan Negara Islam! Apakah kita mahu negara Islam berdiri sambil berkudakan leher-leher ahli sosialis yang beribu orang ramainya??

Itu sebab lapangan ini tidak boleh dibiar kosong.. Perlu ditampung segera...
Dakwah dengan involvement.. Kita jangan jadi orang yang
syok sendiri.. Melainkan negara kita hanya ada namanya si Ahmad, si Khairul, si Fatimah.. Itu lain cerita.. Syok sendiri… Hmm… Bila cakap benda nie macam-macamlah pandangan yang ada.. Semua memang ada pandangan.. Biasalah.. Pandang kan mudah.. Sudah namanya ‘Pandang’.. Sebelah mata pun boleh kan?? Tapi tak salah pandang… Memang semuanya bermula dengan pandang.. Cuma yang salahnya bila asyik pandang jer.. Tolong tak nak! Itu yang masalah…

Myikhwanfiideen

100 ribu rakyaT!!

7 MAC 2009