Busy...? Ada kawan bertanya... Mungkin sebab nengok saya agak lama tak mengepost barangkali.. Biarlah sket asalkan istiqamah.. Hmm, sekarang blogger pun guna konsep istiqamah juga.. Bagus-bagus.. Ya, Allah itu suka amal yang berterusan walaupun ia sedikit..
Okla.. Saya nak kongsi satu ceritera.. Mungkin dah ramai yang tahu ataupun pernah baca.. Tapi takpa.. Berkongsi itu tak semestinya benda yang baru.. Yang paling penting ialah content dan makna yang hendak dibawa.. Ceritera ini berlaku antara Plato dengan gurunya.. Ini dia kisahnya…
Suatu hari Plato menghadap gurunya...
Plato bertanyakan makna CINTA.. Lalu gurunya pun menjawab: "masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Ketika kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut".
Maka masuklah Plato ke dalam hutan.. Setelah beberapa kletika, keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun.
Gurunya bertanya, maka jawab Plato: "Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berpikir barangkali didepan sana adalagi ranting yang lebih baik. Tetapi rupanya setelah saya berjalan ke depan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadi itulah yang terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa."
Guru itupun berkata: "Anakku.. Ketahuilah, itulah CINTA!"
Kemudian Plato pun bertanya lagi.. apa makna PERKAHWINAN?
Sang guru pun menjawab: "Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon kayu yang kau pikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan."
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan tidak berapa lama kemudian keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu cantik.
Gurunya pun bertanya.. Anakku, mengapa engkau memilih pohon ini..? maka jawab Plato:
"Saya ada mendapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya...tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan...akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya.. Saya berfikir.. Mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini lagi didepan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin boleh merawatnya serta menjadikannya segar dan cantik."
Lalu sang guru berkata: "Anakku..Itulah makna PERKAHWINAN!"
Ya.. Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya didalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan sahaja.. Apapun.. Tidak salah untuk memilih.. Cuma bila ‘terlalu memilih’... Pasti tiada satu pun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang berputar ke depan.. Dan sudah pasti waktu itu tidak akan berbalik kepada hari kelmarin.
-Lakukanlah segalanya demi Allah dan Nabinya.. Bukan kerana perasaan dan hanya mengikut kebiasaan orang..-
Sekadar cerita...
myikhwanfiideen,
-Academy of Athens-
15 comments:
Assalamualaikum.
Zul, settle la cepat sikit...Ana tengok nta dah kritikal ni...Pastu kahwin cepat-cepat...
Waalaikumussalam..
Kepada saudaraku hafiz.. Oopss... Komen enta lari dari maksud sebenar cerita yg nak disampaikan..
Patutla ada teman bagitahu.. Komen enta selalu KONTROVERSI..(",) Bole je ana delete.. Tapi, nak wat camna.. Itu pndgn enta.. Ana tetap raikan..
abg zul kritikal mo kawen????
waaaaaa....jgn lupa jemput sahabat handai ey..=))
kontroversi bukan sebarang kontroversi, kontroversi dengan makna berjela, comment hafiz bukan sebarang persepsi, persepsi diambil nilai semula.
-kerjasama dengan kehidupan-
(Adikku tanpa nama)
Jangan memandang pada si pencerita.. Tengoklah kepada cerita yg nak dibawa.. OK.. I hope ur all clear..
P/s: Please.. Jgn tmbh komen kontroversi abg Hafiz kmu tue..
(Miss N.U.)
Sy rasa kene study lg Falsafah Yunani nie lebih sket kot.. Bcoz tak phm apa yg anda nak smpikn..hmhmhm..
salam.
haha. mula baca agak teruja. tapi bila baca komen2 kat atas, tergelak pula. tapi, ana nak komen, cerita ni best! ;)
"sekadar cerita"
..dan semestinya bukan cinta pd makhluk shj..tp juga pd cinta Agung..
salam'alaik.. cerita yang menarik dan berseni..stuju2 dengan hafiz, uyun.. Bila lagi? dah nak grad ni pun..(^_^).. apa2 pun betul juga kta aizat, cinta Allah yang Utama.. lakukanlah segalanya demi cintaNYA dalam segenap hidup ini..
salam..
aina kata dia pun stuju dgn ana.. tp dia xnak main kasar.. huhuhu.. semoga dipermudahkan..
salam..
buat sahabat ku.. buka link ni..
http://saifulislam.com/?p=4858
buka jgn x buka... (^_^)
Selamat Bermujahadah!!!
mohon maaf di atas salah silap.. =)
(Dr Srikandi)
Salam..
Syukran sudi menjengah wlupun barang sebentar.. Lepas nie sy plan nak ke medan pula.. Belajar dgn org Indonesia.. Org sana kan selalunya puitis..=)
(saudaraku ME)
Thanx.. Ya.. Terima kasih atas peringatan.. Sememangnya begitu.. Apa mungkin kita sampai hati mengandaikan cinta dengan Allah itu senilai dgn ranting pokok?
Sudah pasti TIDAK bukan..
(to Syifa@Insyirah)
Nie lah mslhnya kalu suma org asyik ikut pendapat Imam besar, Hafiz.. huhu..
I qoute something... I hope anda masih ingat kata-kata ini..
"itu baru menjawap soalan
(9:21:11 AM) myikhwanfiideen: belum merealisasikan jwpn"
Anyway.. Syukran sudi mengingatkan selalu..
hehe..faham...
sja ja nak bwt joke sma abg zul =)..
neway,entry ne sgt bgs..sy pon terbuka minda..
Sabar ya Zul. Moga dimudahkan urusan...
Salam semua...
Wah...wah.. Bukan main lagi komen pasal entry nie ek... Hmmm
Entry yang berat2 tak komen plak.. Setuju belaka la tue..(",)
Post a Comment