(tool 1-dakwah analyzer)
Baru-baru ini saya dijemput oleh sebuah persatuan untuk memberikan pengisian buat adik-adik yang merupakan barisan pimpinan baru.. Mulanya saya cuba menolak atas beberapa alasan yang munasabah.. Tambahan pula dengan kesibukan menyiapkan projek tahun akhir.. Dan sememangnya setelah beberapa bulan menjadi mantan pimpinan pelajar, saya lebih suka memerhati dan membaca semula sejarah hasil lakaran saya bersama-sama teman ketika berada di tampuk kepimpinan dulu.. Ya, saya bermuhasabah.. Menoleh semula ke belakang untuk melihat.. Berapa luaskah lalang yang ditebang ?, lurus atau bengkokkah jalan yang diterokai ?, atau tinggi manakah bukit yang didaki??
Namun, atas desakan sahabat lama.. Saya gagahi juga pagi itu untuk berdepan dengan adik-adik mahasiswa yang menyala-nyala kiranya semangat mereka.. Lantas takbir bergema!
“Abang.. Saya tertekanlah.. Sibuk betul sem nie..”. Arief berbisik di telinga selepas selesai pengisian pagi itu.. Saya kuntumkan senyuman sambil memandang wajahnya.. Perasaan kesian terbit.. Kesian melihat matanya yang sudah kuyu.. Ditambah lagi dengan raut muka yang sudah layu seolah mengandung seribu macam kekusutan yang sukar diluah melalui kata-kata.. Saya senyum lagi sambil tangan mengurut perlahan-lahan bahu adikku Arief.. Sentuhan psikologi penting untuk menenangkan pesakit..(“,).. Ya.. Saya pernah mengalami situasi ini dulu.. Lemah.. Down.. Tiada semangat.. Patah jiwa dan bukan patah hati ye.. Jangan salah sangka pula..
“Rief.. Bagitahu abang apa yang sibuk ‘menggila’ sebenarnya nie..”. Saya bertanya dengan nada bergurau.. Memang style saya macam nie.. Pendekatan mesra selalunya lebih berkesan.. “Meeting bang...”. Ya dik, napa dengan meeting..? “Meeting terlalu banyak bang.. Sangat banyak.. Sampai tahap membosankan!” Itu dia.. Lahar gunung berapi pun muntah dengan sendiri pabila tahap pelakuran dicapai setelah pengujaan yang sempurna dari saya.. Hoho.. Tapi, kene hati-hati.. Takut lahar tadi membinasa tanaman di kaki bukit!
Efisyen vs Efektif...
Efisyen adalah bergantungan dengan bilangan hasil produk dengan masa.. Manakala efektif pula lebih mementingkan soal kualiti per produk.. Maknanya.. Apabila kita sebut efisyen atau efektif, disitu akan wujud dua konotasi berlawanan iaitu bilangan produk versus Kualiti yang dihasilkan! Mungkin anda akan timbulkan persoalan... Bolehkah kita capai dua benda nie dalam satu masa? Menghasilkan produk yang banyak disamping ia juga berkualiti tinggi.. Saya dengan nada optimis menjawab BOLEH! Walaupun hakikatnya semakin tinggi kualiti demand maka semakin rumit proses penghasilannya menyebabkan kadaran kuantiti produksi berkurangan.. Lihat sahajalah kereta Ferrari.. High quality but least quantity!
Tapi apapun adalah terpulang kepada manager sebenarnya.. Saya tidak kisah sangat akan parameter ataupun variable yang digunakan.. Bahkan, saya lebih kisahkan akan sikap dan tabiat si manager serta jalan sistem yang diguna pakai! Who da manager? Kitalah.. Siapa lagi.. Meeting versus Brainstorming... “Apalah abang nie.. Belum kita orang paham pasal efisyen-efektif, dah lompat pula dengan meeting-brainstrorming..” Arief merengek.. (^_^).. Tidak.. Sebenarnya dua benda nie sangat bersangkutan antara satu sama lain..
Firstly.. apa yang kita kena paham ialah meeting is totally different with brainstorming.. Perbezaan ini biar jelas dalam kepala kita supaya tidak timbul keliru menyebabkan kita saling mencampur-adukkan antara dua perkara dalam satu masa! Kalau meeting, kita lebih mengejar akan kuantiti hasil perbincangan.. Dan sewajarnya kita sudah mempunyai susunan agenda mahupun gerak kerja yang dirancang awal hanya saja ia bersedia untuk diagihkan kepada setiap orang.. kalaupun ada persoalan, ia lebih kepada diskusi fakta tersurat dan bukannya memecah otak untuk mencari makna tersirat.. Hal tersirat hanya SESUAI dirungkai melalui brainstorming.. Tuntasnya, meeting adalah adik kepada efisyen.. Dan selalunya perlaksanaan meeting secara formal adalah lebih efisyen untuk compensate dengan constrain masa. Tapi sayang.. Formality selalu tidak diendahkan kerana budaya sambil lewa para managers sudah menjadi tabiat yang sebati! Apa salahnya kalau kita cuba praktikkan formaliti..? Formaliti adalah jambatan untuk ke profesional.. Fikir seperti itu.. Jangan pula cemari idea formaliti dengan mengkaitkannya dengan birokrasi.. Kalau semacam itu fikir kita.. Hmm, payahlah nak ke profesional..
Berbeza dengan brainstorming.. Ribut-kepala dalam terjemahan melayunya.. Seperti yang saya cuba ketengahkan tadi, ribut-kepala adalah suatu kaedah untuk mencari jawapan dalam bahasa yang tersirat melaui kaedah pemikiran yang bebas! Tanpa belenggu.. unformality.. Tanpa limitation masa.. Which is Getting da perfect solution is our target regarding da time we lose.. Means quality discussion was main objective.. Effective! Itu general principle yang kita boleh pegang.. Memetik satu pendapat rakan; ‘Brainstorming itu meeting tetapi tidak semua meeting adalah brainstorming..’ ..Ya.. Saya setuju pendapatnya.. Ataupun kita boleh ungkapkan dalam bahasa matematikanya.. Meeting adalah SET manakala brainstorming itu adalah SUBSET! Cumanya aliran pemikiran yang saya nak bawa ialah kita pisahkan terus antara keduanya.. Samada dari sudut teoritikal mahupun praktikal! Maksudnya.. Kalau kita nak meeting, so meeting lah.. Jangan buat brainstorming pula.. Kita tak nak ahli mesyuarat keliru dan bengang sebab meeting yang singkat menjadi berjela panjangnya! Nak buat brainstorming? Cari masa lain..
Walaupun umumnya sependapat bahawa melalui brainstroming kita tak perlu mewujudkan border of thinking and limitation of time.. Tapi saya agak tidak sehaluan dengan pandangan tersebut.. Experience tell me the truth!..
Spherical of solutions.. Maaf lukisan saya agak buruk..
Cuba anda lihat pada gambar di atas.. Bilamana kita menggunakan kaedah ‘upacara ribut-kepala’, maka suatu persoalan yang memerlukan jawapan akan diletakkan sebagai nukleus (INPUT).. Katakan kita gambarkan nukleus persoalan itu sebagai ‘?’.. Kemudian, brainstrorming dimulakan daripada titik ‘?’ menuju ke luar (outershield) dalam bentuk expanding (pengembangan) sebagai proses mencari julat jawapan (OUTPUT) dari ruang pelbagai arah dan sudut pandangan 360 darjah!.. Sebagaimana otak manusia yang sifatnya boleh expand without da border, maka upacara ribut-kepala tadi akan melepasi suatu tahap yang dipanggil sebagai border of thinking.. Apatah lagi jika otak dalam keadaan dipaksa.. Dan jika upacara diteruskan juga, maka cadangan-cadangan jawapan yang diutarakan hakikatnya sudah berada di luar (outershield) ‘sferikal solusi’.. Akhirnya mengarut yang berlaku.. Itu sebab kita selalu alami dalam brainstorming setelah ‘belayar’ begitu jauh rupanya cadangan awal-awal tadi lebih efektif dan praktikal! Selalu bukan.. Terpaksalah perahu dikayuh kebelakang semula setelah berhari-hari berkayuh kedepan..
Tidak salah mengembara keluar mencari jawapan kerana kita mahu puas-hati dan kualiti perbincangan.. Cuma, tidak salah juga kalau kita put something sebagai sempadan samada ia berbentuk border of ‘skop’ ataupun ‘masa’.. Sebab kita adalah manusia.. Manusia perlukan tidur dan rehat! Lagi bagus kalau kita perdetailkan diskusi seputar innershield berbanding outershield!
Dakwah Analyzer... Future findings..
Kalaulah Charles Babbage yang digelar sebagai GrandFather of Scientific Management berani mengutarakan idea bahawa management phlosophies (Falsafah pengurusan) boleh dikaji dan diimplementasi melalui disiplin saintifik, masakan hari ini kita tidak boleh menggagaskan idea semacam itu?? Malah, ramai tokoh-tokoh yang mengikut jejak langkah beliau seperti Frederic W. Taylor, Frank B. Gilbreth, ataupun Henry L. Gantt..
Mencedok dari keberanian para sarjawan silam, maka tidak salah untuk kita hari ini menyatakan dakwah itu juga boleh dikaji secara saintifik.. Bahkan bukan sekadar itu, idealisme saya turut beranggapan bahawa sudah sampai masanya segala problematika dakwah hari ini turut dianalisa lalu diselesaikan melalui disiplin ilmu kejuruteraan dengan menggunakan engineering tools yang ada tanpa hanya bergantung kepada tradisi lama!
Dan setelah melihat dan menyaksikan sendiri kerumitan ‘meeting’ mahupun ‘brainstorming’ dalam dunia dakwah sekitar usaha mengendali INPUT-OUTPUT perbincangan, mencari RUMUS PENYELESAIAN termudah, atau apapun yang relevan dengannya.. Maka sebagai engineer yang menjunjung paradigma RE-ENGINEERING DAKWAH, saya menyeru agar seluruh engineer yang komited dalam dakwah sepakat dan satu hati bagi membangunkan sebuah ‘dakwah analyzer’ yang boleh berfungsi dan membantu untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah+cabaran berkait tentang dakwah! Dakwah analyzer: Suatu perisian elektronik.. Hanya masukkan input (apa masalah?) maka dengan sekelip mata OUTPUT (cadangan penyelesaian!) terpapar di skrin komputer...
Dengannya.. Moga para daie akan save berjuta minit.. Agar masa yang ada tidak habis di dalam ‘bermeeting’ tapi dihabiskan di jalan praktikaliti dakwah yang sebenar.. Itu sebenarnya benda yang nak dicakapkan!
“Entahlah bang.. Saya pun tak faham apa yang abang cakap nie.. Kata tak boleh mengarut.. Tapi macam mengarut pun ada juga..” Arief mencebik.. hahaha.. Kami ketawa.. Laugh is medicine! (ubat kat dunia jela..) Takpalah dik.. Kita sambung lain kali jela.. Orang yang baca posting nie pun rasanya dah termengah-mengah baca kan... Sori..(“,)
Ir. myikhwanfiideen,
Board of Managers,
Islamic Revolutioneer Center (IRC),
Ankara, TURKEY.
___________________________________________________
P/S:-Kupasan ini akan bersambung.. Ada banyak lagi cadangan dalam disiplin kejuruteraan espcially isu pasal disturbance (masalah yang datang secara tiba-tiba).. Kepala dah nak pecah memikirkannya.. Nanti saya pecahkan dalam bentuk tulisan..Moga kita semua ada masa..Insya Allah!
No comments:
Post a Comment