Thursday, February 19

Political Murder..


Assassination is the world's oldest political act. Assassination are not just murders. To assassinate is to kill treacherous violence, and the killing is usually-but not always-a well known public figure.

In most cases the motive is specific and the target is always named individual or group of related individuals.

Assassination is political murder! where the motives, no matter how mixed, are all about power:
those who do not power assassinate to get it and who have power assassinate to keep it.

....Dalam poltik, awak boleh 'dibunuh' hanya kerana perbuatan yang berlalu beberapa saat....

Wednesday, February 18

Aku, semalam, hari ini, dan esok...

Workshop Mode!


Bertimbun kerja… Satu demi satu mendatang dengan halaju V=100km/jam.. Belum sempat disempurnakan tugasan yang pertama sudah ada tugasan yang kesepuluh bersusun di atas meja buruk saya.. Segala macam assignment bertenggek dan tidak tersentuh dek kerana kesibukan seharian.. Tapi, peliknya sempat juga tengok laman sesawang yang tak seberapa ini walau barang sebentar.. Mana tahu ada noktah bicara yang ditinggalkan oleh pengunjung.. Roomate sempat melemparkan nada sinis.. Hmm, dah blog addict nak wat camne.. Kata roomate..=) Ala, dia pun sama juga friendster addict.. Apa-apalah addict, yang penting bagi sedikit kebaikan dan bukannya kemusnahan.. Jangan drug addict sudah!

Di ketika membuat coretan ini, saya sempat menggerling jam di dinding bilik.. Dah pukul 2 am! Esok ada INDUSTRIAL VISIT dekat Kilang pembuat kabel XLPE.. Crosslinkpolyethelene.. Kabel eletrik yang digunakan oleh TNB untuk tujuan underground transmission line.. Talian bawah tanah.. So, esok budak-budak final year dan surely final sem nie akan tengok dan ikuti setiap steps dan testing yang dibuat untuk membuat kabel.. Ini penting bila kerja nanti.. Dah nak habis nie, semua bicara pasal kerja.. Biasalah.. kerja.. kahwin.. kerja.. kahwin.. kerja.. kahwin.. Duk sibuk ulang benda dua nie.. Mmmm.. Bosan juga kadang-kadang.. Yela, jangankan kata nak kahwin, nak kerja pun tak pasti lagi.. So, tukarlah.. master.. PHD.. master..PHD.. master.. PHD.. Roomate muka massamm je macam tak setuju.. kuikuikui..

Alhamdulillah.. Totally dah 80% proposal untuk dapatkan grant sebagai bakal student master dah siap.. Penat juga buat benda nie.. Tambah pula kita tak reti sangat.. Thanks for god juga sebab bagi lecturer Final Year Project yang cukup-cukup atau tersangat-sangat baik hati.. Beliaulah yang banyak push saya supaya sambung master.. Aik, serius nampak.. Roomate agak terkejut bila nengok saya beria-ia benar buat final touching dan completing all of da requirements untuk permohonan sebagai master student by research bagi kemasukan semester depan.. Memang la serius bang.. Habis main-main..? Siapa yang sanggup..? Wang proses untuk borang dah mencecah RM100!

Amacam..? Dah hantar ke borang master yang zul cakap hari tue..? Bisik Ibu dalam telefon tempoh hari.. Ibu memang beria-ia sangat mahukan saya sambung master.. Ala.. Baguslah kamu sambung nak.. Bukan ada orang yang menunggu pun.. Kata Ibu dengan selamba dan steady.. Masa tue tengah cuti semester.. Ibu steady.. Tapi, saya pula yang terkejut.. Hmmm.. Macam manalah Ibu boleh tahu segala-galanya nie..? Bukan sekadar zahir, batin pun Ibu sudah teroka.. huhu.. Inilah kemantapan Ilmu dan Hikmah orang tua.. Apatah lagi kalau insan itu namanya si IBU... Tapi bagi saya, bukanlah itu penyebab utama tindakan yang diambil.. Apa yang paling penting ialah prinsip.. Prinsip belajar selagi ada universiti yang mahu menerima.. Meminjam kata Dato’ NC, mengangkasa pengajian setinggi langit yang biru.. Bukan bermaksud untuk membangga diri. Tapi untuk mengadun segumpal awan di langit sana lantas menurunkan hujan ilmu bagi menumbuh serta menyegar tamadun manusia!

Demi Ibu.. Saya membeli sebuah buku Be a Happiest Woman.. Tulisan Dr Aidh Al-Qarni.. Tapi yang menariknya, bukan nak hadiahkan naskah buku nie ngan Ibu.. Hmm, manalah Ibu reti nak baca.. So.. Nak buat ape? Nak bacalah.. Saya yang baca.. Pelik.. Ya, ramai yang pelik bila tengok saya mundar-mandir bawa buku nie.. Especially sahabat-sahabat lama.. Tidak kurang juga yang senyum-senyum simpul.. Ehem,ehem.. nak bagi sape tue..? Aaah.. Pedulikan.. Kamu takkan faham.. Kalau bagi faham pun, buat-buat tak faham sebab saja nak kumpul point untuk usik saya.. Apa makna naskah buku yang berbentuk tulisan dan helaian kertas kepada insan yang semulia Ibu..? Biarlah buku ini aku jadikan teman dan bisaku kutip segala isi dan makna yang terkandung dalamnya dalam bentuk Ilmu.. Kerana janjiku ialah, daku akan persembahkannya dan hadiahkannya dalam bentuk untaian kasih sayang serta perasaan cinta pada makhluk mulia namanya Ibu.. Biarlah kasih dan cinta itu keluar dan memancar dari tubuh badan si anak sendiri dan bukannya mengharap bicara kaku senaskah buku!

...Semulia-mulia insan yang bernama Muhammad SAW, baginda pun keluar dari rahim seorang manusia yang namanya IBU...

Friday, February 13

La khauf ! Di sebalik palang besi...

Seandainya Adolf Hitler tidak dipenjarakan pada tahun 1924, mungkin tidak akan ada Nazi yang menakluk Eropah dan membunuh jutaan orang Yahudi. Ketika di penjara setelah gagal melakukan kudeta yang dipimpinnya, Hitler menulis karya besarnya, Mein Kampf, yang akhirnya menjadi buku panduan untuk Jerman menjadi kuasa terbesar Perang Dunia Kedua.

Memang, karya-karya besar dalam sejarah peradaban manusia lahir dari gerakan fikiran dan jiwa penulisnya. Dari situlah lahir gagasan besar yang menggoncang sejarah.

James W. Pennebaker, seorang psikologis, dalam bukunya Opening Up: The Healing Power of Expressing Emotions (1990), mengatakan ketika manusia berdepan dengan cabaran getir dan pahit, mereka akan menjadi lebih kreatif dan melahirkan `sesuatu' yang luar biasa dari fikiran dan jiwa mereka. Apatah lagi jika cabaran getir itu diharunginya ketika berada di penjara, tentulah segala tumpuan konsentrasi berkumpul dan bergejolak dalam dirinya.

Mungkin saja fizikal mereka terseksa namun jiwa dan minda mereka terus hidup dan menerangi orang lain. Itulah yang kita rasakan apabila membaca karya-karya Pradmoedya Ananta Toer yang cukup menyentuh hati dengan mengangkat tema martabat kemanusiaan, kemerdekaan dan keadilan.

Sebahagian besar karya Pradmoedya dihasilkan di dalam penjara. Karya-karya besarnya, Nyanyi Sunyi Seorang Bisu, Bumi Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langkah dan Rumah Kaca ditulisnya ketika di penjara Pulau Buru.

Memang ramai pemikir Indonesia yang menulis semasa berada di penjara, misalnya, Mohammad Hatta ketika di penjara Glodok tahun 1934. Hatta sempat menulis beberapa penulisan penting. Di penjara Glodok, Hatta menghasilkan buku Krisis Ekonomi dan Kapitalisme.

Pada awalnya Hatta ragu sama ada buku tersebut dapat disempurnakan kerana ada peraturan yang tidak membenarkan kertas dibawa masuk ke dalam penjara. Namun, ternyata buku itu dapat diterbitkan pada tahun 1934. Hatta kemudiannya semakin aktif menulis ketika dia dibuang ke Digul. Di situlah Hatta menulis karya yang cukup sinonim dengannya iaitu Alam Fikiran Yunani.

Begitu juga dengan Tan Malaka, dalam biografinya, Tan Malaka: Dari Penjara ke Penjara. Tan menceritakan kesukarannya menulis karya besarnya, Madilog yang ditulis secara sembunyi-sembunyi yang akhirnya mengakibatkannya kurang rujukan ke perpustakaan.

Pemikir dan pemimpin gerakan Islam tersohor, Sayyid Quthb pernah mengatakan, berada di penjara sebenarnya adalah `masa rehat' untuk kita menulis `sesuatu yang besar'. Di penjara Mesirlah, Sayyid Quthb menulis karya tafsirnya yang cukup berpengaruh, Tafsir Fi Zhilalil Quran yang disebut oleh pengkritik buku sebagai kerja-kerja kesusasteraan dari penjara yang paling istimewa yang pernah dihasilkan.

Sayyid Quthb menyelesaikannya sebelum dihukum gantung oleh mantan Presiden Mesir, Gamal Abdul Nasser pada tahun 1966. Kitab tafsir ini ditulis dengan menyendalkan daya hafal. Situasi buruk dan penyeksaan dalam penjara tidak menghalangi Sayyid Quthb untuk menulis. Pernah suatu ketika, beliau disumbat dalam sebuah sel bersama 40 orang penjenayah. Tetapi dengan menyeludup kertas masuk dan keluar penjara, Sayyid Quthb dapat terus menulis.

Penulis feminis Mesir, Nawal El Saadawi dipenjarakan kerana mengkritik pemerintahan Anwar Sadat. Di penjara, Saadawi menulis dengan menggunakan kertas tandas dan sebatang pensel. Bebasnya dari penjara, Saadawi menghasilkan Memoir from Women's Prison. Dalam buku itu, dia menceritakan ketempangan sosio-ekonomi dan gender yang menyebabkannya masuk penjara.

Di Iraq, pemikir besar Syiah, Ayatullah Muhammad Baqir Sadr juga melalui pengalaman yang sama dengan Sayyid Quthb di mana dia dipenjarakan oleh regim pemerintahan Saddam ketika itu, sehinggalah dibunuh dengan kejam di penjara. Di sinilah Baqir Sadr menulis empat jilid buku ekonomi bertajuk Iqtisadunna yang membahas secara mendalam persoalan-persoalan ekonomi moden dan bagaimana sistem ekonomi Islam mampu memberikan jawapan dalam konteks ekonomi kapitalis. Baqir Sadr meninggal dunia dalam usia muda iaitu 42 tahun.

Di Amerika Syarikat (AS) pula, seorang wartawan Afro-Amerika, Mumia Abu Jamal dihukum mati pada tahun 1982 kerana tuduhan membunuh seorang anggota polis. Bertahun-tahun dia berada di penjara, walaupun kemudian bukti-bukti menunjukkan dia bersalah tidak pun ditemui. Mumia kemudiannya menjadi lambang gerakan anti perkauman di AS.

Selama di penjara Pennsylvania, Mumia menghasilkan sekumpulan tulisan yang akhirnya dibukukan dalam dua buah buku, Live From Death Row dan All Things Censored. Tulisan-tulisannya dianggap setaraf dengan tulisan Marthin Luther King Jr. yang menulis sewaktu di penjara bertajuk Letters From Birmingham Jail.

Manakala bagi pembaca buku-buku psikologi, tentu sekali akan mengingati Viktor Frankl, seorang berbangsa Yahudi yang diseksa di dalam penjara maut di zaman pemerintahan Nazi. Frankl terselamat dari penjara maut dengan berpura-pura mati dan dia berteori bahawa sesungguhnya seseorang dapat memutuskan bagaimana suatu keadaan akan mempengaruhi dirinya. Kita tidak semestinya pasrah pada keadaan. Bukunya, Man's Search for Meaning berdasarkan pengalaman di penjara menjadi sumbangan penting kepada ilmu psikologi.

Penjara memang sebuah tempat yang cukup menyeksakan tetapi juga sebuah tempat kondusif bagi seorang penulis. Kerana di dalam penjara, manusia akan terpaksa berani menyendiri, berada dalam kesepian dan keterasingan, dan hal-hal sebegini yang harus terjadi dalam proses menulis.

Menulis adalah suatu perlakuan seni yang merangkum fikiran dan jiwa, bahkan suatu pertapaan. Untuk itu, kesepian harus dialami bukan hanya secara rohani tetapi juga secara `badani'. Orang yang tidak berani `menyepi' tidak mungkin menjadi penulis yang baik. Bak kata seorang penulis, Barbara Turchman bahawa, ``menulis adalah profesion yang bersendirian''.

myikhwanfiideen

Guantanamo Cell...

Thursday, February 12

Bila rindu menggigit...

Ya Muqallibal Qulub thabbit Qulubii..


Usai solat subuh, saya try online balik.. Semalam susah betul nak surfing.. Biasalah, internet free kata sorang sahabat.. Yes.. Akhirnya dapat masuk! Memang waktu-waktu begini peak user tak seberapa.. Semua tengah tidur agaknya.. Subuh pukul berapa? Wallahu a’lam!


Entahlah beberapa hari ini macam-macam perasaan datang.. Yang sedihnya semua dalam bentuk yang kurang menyenangkan. Sedih, kecewa, geram, marah, putus asa, resah dan macam-macam lagi. Saya sendiri pun tak tahu puncanya. Nak kata projek punya pasal, tak juga.. Projek still on-going. Pasal akademik tak juga sebab test ok je.. Tapi perasaan nie bertalu-talu menyerang jiwa sehingga lemas dibuatnya. Syukurlah ada abang-abang senior yang sudi berkongsi nasihat dan sebagainya.. Dan selalunya kalau saya hadapi serangan semcam nie, Ibulah orang pertama tempat saya mengadu. Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab masih mempunyai seorang Ibu tempat menagih belaian kasih. Setelah kematian Ayah, Ibulah tempat kami sembilan orang adik-beradik mengadu.


Betapa pun abang sulung saya yang berusia 30an, bila abang hadapi apa-apa masalah pasti ibu jugalah tempat rujukan. Bahkan kakak saya yang dah ada anak sampai 4 orang pun tidak ketinggalan. Ibulah yang menjadi biro Pengaduan Awam kami. Ya, ibu memang hebat. Suaranya umpama ada sakti.. Kelembutannya umpama air yang memadamkan api dan membasuh kesedihan.. Tika sedih macam nie perasaan rindu dengan Ibu semakin menjadi-jadi. Kalaulah ada jambatan atas laut china selatan itu sudah lama saya beli tiket TRANSNASIONAL untuk balik ke kampung. Tapi apakan daya..


Terkenang semasa kechik dahulu.. Ibu menjadi teman kami adik-beradik dalam segala-gala perkara.. Bermain, bergurau, bermanja sehinggakan dalam hal-hal belajar sekalipun, Ibu menjadi rakan pembimbing yang setia.. Ibu bukan educated pun. Bolehlah membaca sikit-sikit.. Tapi konfem tak pandai Add-Math jauh sekali Physic atau Chemistry. Tapi kalau kami adik-beradik nak belajar, mesti ada Ibu di sebelah.. Biarlah Ibu tak faham pun.. Sekarang saya baru tahu kenapa Ibu sanggup berjam-jam menunggu kami belajar sambil menganyam tikar untuk menampung hidup sekeluarga dulu.. Sebenarnya apa yang Ibu nak ajar bukanlah cara nak mengira ataupun macam mana nak tekan kalkulator. Jauh sekali nak ajar teori Bernoulli atau formula empirik kimia. Apa yang Ibu nak ajar ialah SEMANGAT dan KOMITMEN untuk belajar! Tak hairanlah Ibu yang selalu menang.. Apa tidaknya ketika kami sudah berdengkur Ibu masih lagi menganyam tikar..


Saya juga masih ingat sewaktu dirotan oleh Ayah suatu masa dulu, tersengguk-sengguk saya menangis dalam pelukan Ibu. Ya, bila Ayah marah satu keluarga senyap tak terkata. Ayah memang macam tue. Ayah ada prinsip yang anak-anak tak boleh langgar.. Jadual mengaji kena dipatuhi, waktu belajar kena diikuti, dan jangan cuba mereka-reka alasan untuk tidak ke surau! Sambil memeluk saya, perlahan Ibu memasukkan jarum-jarum nasihat dengan lembut. Ya, saya rasa kaedah kompilasi mendidik sebegini cukup berjaya. Marah ayah akan menghancurkan kedegilan yang mula nak bertapak.. Lepas tue barulah Ibu pula memainkan peranan untuk perlahan-lahan menerapkan nasihat-nasihat atas tujuan membina semula. Betullah.. kalau tidak dibuang kekotoran masakan melekat akan kebaikan.. Inilah konsep INQILABIYYAH yang kita belajar dalam usrah.. Di mana ayah dan Ibu belajar, entahlah saya pun tak tahu.



Ibu..

Kasih dan sayangmu harum umpama setanggi syurga..

Ku simpan haruman ini buat mewangi sanubariku

Wajahmu yang bercahaya umpama bulan purnama..

Sering mengganggu lenaku yang kini di perantauan.


Ibu..

Segala nasihat yang kau hamparkan padaku..

Kan ku semat kukuh di dasar ingatanku

Kelembutan katamu serta kelunakan suaramu mengaji..

Bisa menjadi peniup semangat sehingga akhir hayatku


Oh Ibu mutiara di hatiku..

Semoga nur kasihNya sentiasa bersamamu..

Terima kasih atas segala pengorbanan dan jerih payahmu

Dikaulah bidadari yang bertakhta di hatiku

Tanpamu masakan aku mampu berdiri seperti ini..


Ya Allah Kasihanilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil, mendidik kami sehingga mengenalMu, mengajar kami sehingga bisa kami mentaatiMu, mengasuh kami sehingga kami menyayangi utusanMu, mengasihi kami sehingga kami boleh mencintai kitabMu.. Lepaskanlah mereka dari azabMu serta berilah taufik dan maghfirah ke atas mereka Ya Allah...


myikhwanfiideen

Dirgahayu Skudai..

Tuesday, February 10

The Word


  T H E   W O R D
  *     *     *


The Most Selfish One-Letter Word
  "I"
  Avoid It
  (Surah Al Kahf 18:34)
 
  The Most Satisfying Two-Letter Word
  "WE"
  Use It
  Surah Al An'am 6:71-72
 
  The Most Poisonous Three-Letter Word
  "EGO"
  Kill It
  Surah Al Qasas 28:78
 
  The Most Used Four-Letter Word
  "LOVE"
  Value It
  (Surah Al Rum 30:21)
 
  The Most Pleasing Five Letter Word
  "SMILE"
  Keep It
  (Surah Al Najm 53:43)
 
  The Fastest Spreading Six-Letter Word
  "RUMOUR"
  Ignore It
  (Surah Al Hujurat 49:12)
 
  The Hardest Working Seven Letter Word
  "SUCCESS"
  Achieve It
  (Surah Al Nur 24:37-38)
 
  The Most Enviable Eight-Letter Word
  "JEALOUSY"
  Distance It
  (Surah Yusuf 12:8-9)
 
  The Most Powerful Nine-Letter Word
  "KNOWLEDGE"
  Acquire It
  (of Allah & the Holy Qu'ran) Surah Ya Sin 36:2 Surah Yusuf 12:2
 
  The Most Essential Ten-Letter Word
  "CONFIDENCE"
  Trust It
  (Trust in Allah's Guidance)
  Surah Yunus 10: 9
  Surah Al Tawbah 9:51
 
  ::  ::  ::  ::  ::
 
  T H E   W O R D