
Imbas kembali...
Sebelum bertandang ke rumahnya, aku sempat bermimpi malam itu. Mimpi yang agak pelik bagi aku. Aku berada di suatu tempat yang asing tetapi semacam aku pernah ke tempat itu. Batu-batu besar serta pokok-pokok yang tinggi melampai seperti ingin memberikan clue kepada aku. Malangnya, fikiran aku tidak sempat mengimbas dan meneka tempat yang aku singgahi dalam mimpi semalam. Masakan tidak, suara dua orang lelaki yang berteriak kepada KAMI menggangu tumpuan aku.

Subuh..subuh..subuh..
Line mimpi aku tergendala dan mati dek jeritan si aizatlegendz
Abi.. Engkaulah sang Murabbi yang aku mimpi malam itu! Masakan aku ditipu oleh rabitah Cinta yang hadir dalam mimpiku semalam. Ya aku yakin.. Dan aku cukup yakin bahawa 'screen peristiwa' dalam mimpiku itu adalah tanda unggulnya ikatan rabitah kita. Apatah lagi background di sebalik filem pendek dalam mimpi ku itu ternyata berpadanan dengan layar peristiwa sebenar yang berlaku pada petang itu bersama Sang Murabbi. Ya.. memang benar. aku tepuk dahi sambil cubit paha. Benarkah aku hadir semula dalam lakonan pentas peristiwa dalam mimpiku semalam. Mungkinkah aku masih bermimpi wasilah kepada mimpi semalam?

Wahai Abi...
Masakan empangan pelupuk mataku boleh bertahan dengan derasnya sungai mata air disebabkan takungan rasa lazat rabitah Cinta di muara hatiku..? Dikala orang mentarbiyyah dengan nada pesimisme tapi engkau bernada optimisme..

Wahai Pemanah Matahari..
Masakan aku boleh melupaimu.. Engkau menginspirasi dan jua engkau memobilasi..Suara teriakanmu memunggah mahasiswa hadir menyapa sang FRU demi Islam tercinta sentiasa terlekat dalam memori mindaku.. Tambah pula dengan 'peristiwa malam itu' sehingga kita melafazkan ikrar cinta sebagai adik-beradik demi Islam. Tembok masjid menjadi saksi dan Quran di tangan pelengkap peristiwa.
Myikhwanfiideen, Raudhah Syabaab