Tuesday, June 16

Bila sakit dan berpenyakit...

Merasa penat dan mengah bukanlah suatu fenomena baru dalam dunia perjuangan.. Bencana atau penyakit ini sering melanda para dai’e tidak kira di mana ia berada, apa kedudukannya, bagaiamana situasinya, atau siapa sahaja dia..

Apabila penyakit penat dan mengah ini melanda, maka ramailah yang akan meminta surat cuti sakit.. Walaupun peruntukan cuti memang tidak ada dalam alam perjuangan, tapi ramailah juga yang tetap bercuti.. Cuti sendiri-sendiri.. Tanpa ada kelulusan si Majikan.. Siapa majikannya?? Allah! Itulah majikan tertinggi kita.. Perkara yang kadang terlupa!

Penat dan mengah dalam berjuang, tidak ada vaksin yang ampuh untuk memastikannya tidak melanda para dai’e.. Dia bukanlah macam penyakit cacar atau dalam bahasa kedoktornnya.. ‘Varisela’.

Varisela punya vaksin iaitu sejenis virus yang diolah serta dicampur dengan satu antibiotik yang diapnggil sebagai neomisin.. Pun begitu, penyakit cacar tetap melanda kanak-kanak yang divaksinkan ketika bayi.. Maknanya.. Tidak ada jaminan 100% ! Penyakit tetap datang dan menyerang..

Sistem pertahanan internal sebagai benteng terakhir badan.

Maka.. Harapan yang terakhir ialah.. Sistem pertahanan internal sahaja.. Antibodi diri sendiri.. Dan perlu difahami bahawa setiap dari kita adalah berbeza tahap kemampuan antibodi masing-masing.. Bergantung kepada banyak faktor.. Saya tidak sanggup nak bercerita lanjut sebab saya bukan doktor. Kalau nak tahu, tanyalah doktor.. Dan memang bukan itu jua maksud entry kali ini..

Entry ini bukan membincangkan penyakit cacar.. Tapi entry ini cuba mengetengahkan ruang diskusi akan suatu jenis penyakit yang dipanggil sebagai PENAT atau MENGAH.. Atau dalam bahasa saintifiknya ‘mandom’.

Setiap penyakit dalam dunia ini ada simptom-simptomnya yang tersendiri.. Simptom atau dalam bahasa yang mudah, gejala awal.. Dan gejala awal bagi penyakit mandom ini tersangatlah banyak.. Ia boleh disedari dan juga tidak disedari.. Tapi yang penting sekali ialah, banyak yang disedari.. Termasuklah si pesakit sendiri.. Dia sedar. Tapi, buat-buat tak sedar dan tambah teruk lagi bila dia tidak mahu menagku sakit! Susahkan begitu..?

Kenapa saya kata si pesakit memang sedar bahawa dia sakit?

Sebabnya.. Sebabnya ialah sejak dari awal lagi.. Iaitu sebelum masuk ke dunia dan ruang perjuangan, semua peserta yang join sesi interview sebagai dai’e secara rasmi telah mendapat briefing awal akan penyakit ‘mandom’ ini. Siap diberikan contoh serta gambaran gejala serta kesan yang bakal melanda! Tapi.. Itu cerita awal-awal la.. Biasalah.. hari pertama bekerja memang semangat.. Masuk beberapa hari, minggu, tahun, dan abad.. Tambah pula dengan beban dan tuntutan alam duniawi yang menggiurkan.. Maka banyaklah antibodi diri yangmusnah serta ramailah badan yang merana!

Saya juga macam terkena sakit.. Semacamlah. Cuma belum disahkan lagi oleh doktor. Tapi, tengok simptom, memang sah penyakit ‘mandom’ lah yang menyerang.. Mungkin musimnya sudah tiba barangkali.. Kalau nelayan, dia takut musim tengkujuh sebab itulah musimnya ribut hujan menyerang.. Tapi kalau saya, mungkin musim graduasi kerana disinilah penyakit sebegini kebanyakannya menghujam!

Alhamdulillah..

Syukur pada Allah SWT.. Allah masih lagi menyelamatkan saya kiranya dari serangan penyakit ini.. Walaupun tidak lagi sembuh sepenuhnya.. Tapi sekurang-kurangnya agak reda dan sudah semakin kebah.

Mungkin juga sedikit tips saya boleh kongsikan di sini..

Jika anda terkena penyakit yang sama..

Benda pertama yang anda perlu buat ialah mengakui bahawa anda memang terkena penyakit.. Buatlah muhasabah barang sebentar untuk menilik diri bagi mengesahkannya..

Benda kedua yang perlu dibuat pula ialah.. Tanyalah rakan sekerja anda.. Betulkah yang anda nampak sedang sakit? Ingat! Jangan sesekali anda tersilap tanya.. Tanya rakan sekerja (rakan dakwah) dan bukannya orang lain yang memang tidak tahu menahu akan penyakit ini.

Ketiga.. Jumpalah doktor. Doktor yang betul.. Kalau di Johor, saya selalu mendapat suntikan ‘parayton’ dari Ustaz Zul Hisham.. Timbalan Ketua Dewan Ulama, Johor. Malangnya.. Ustaz selalu bagi lebih dos.. Saya minta satu dos, beliau bagi sepuluh dos. Itu yang tak tahan..

Banyakkan berdamping dengan para 'doktor'.. Tinggal dalam 'hospital' lagi baik!

Langkah yang keempat. Langkah yang teramat penting.. Prevent better than cure! Kenal pasti kawasan, situasi atau tempat yang menyebabkan anda terkena penyakit mandom tadi.. Kenal pasti juga siapa agen-agen pembawanya.. Seterusnya, anda perlu jauhkan diri secara terus! Kalau tidak, benda yang sama akan berulang. Lagi bagus kalau anda mampu musnahkan terus.. Kalau mampulah..

Apapun.. terkena penyakit memang suatu yang normal bagi seorang manusia.. memanglah, selagi kita berjiwa manusiawi makalah ujian dan mehnah dari Allah tetap akan mendatang.. Yakinlah bahawa ujian seperti ini adalah suatu takdir ketentuan Allah bagi mengangkat darjat hamba-hambanya yang mahu bermujahadah! Barangkali juga ianya adalah proses TAPISAN Allah SWT.. Menapis mereka yang berpenyakit!!

Boleh tak time sakit nie saya nak minta cuti..? Aik.. Susah juga soalan nie nak dijawab. Selalunya memang tak dapatlah. Apatah lagi kalau “boss” yang syadid.. Siap kena belasah adalah.. Apa cuti-cuti?? Ingat masuk syurga nie senang ke..? kalau nak mudah, masuk nerakalah! Pergh.. Kesian si adik tue.. Tersengguk-sengguk dia menangis terkena jawaban yang ibarat sebuah tamparan.

Betul.. Memang betul.. Konsep cuti dan bercuti tidak adalah dalam kamus alam perjuangan.. Tapi bagi saya, macam jugalah konsep antibodi tadi.. Setiap orang punya level dan kemampuan antibodi masing-masing.. Mungkin antibodi si “boss” adalah kelas A+++.. Tapi bagaimana pula si adik tadi..? Mungkin dia cuma kelas C-- sahaja.. Kita tak tahu.. Itu sebab perlulah ada toleransi..

Bagilah dia bercuti barang sebentar.. Cuti bersyaratlah.. Maknanya, dia bukan bercuti saja-saja.. Cuti tapi dalam masa yang sama kena follow tips yang saya bagi tadi.. Kena buat muhasabah, jumpa doktor, hapuskan tempat yang berpenyakit dan lain-lain lagi.. Jangan jadi orang yang bercuti terus, terus dan terus serta terus.. Entah bila akan kembali lagi???

Gunakan juga kesempatan masa yang ada untuk check balik tahap antibodi kita.. Jangan tunggu waktu sakit baru nak check.. Baru sedar bahawa diri kita sangat lemah dari menghalang penyakit ‘mandom’ ini.. Sepatutnya setip detik dan masa digunakan untuk meperkembang dan membiak banyak antibodi serta sel-sel pertahanan internal yang ada..

Sekadar berkongsi..

Perkongsian mahal oleh Greg Mortenson.. Pendaki Everest yang MEMBERI sepenuh hidupnya kepada kanak-kanak di lembah Indus.. Hanya RM 44.50

Saya sekarang membaca sebuah buku yang bertajuk “THREE CUPS OF TEA”.. Buku ini sedikit sebanyak membantu saya menyingkap lebih luas lagi akan makna serta erti hidup yang memberi.. Memperdalam lagi akan tujuan dan manifestasi sebuah pemberian kepada tangan dan jiwa yang memerlukannya.. Alhamdulillah.. Definasi rasa MEMBERI dari buku ini terasa dapat merungkai dan menghikis simptom sakit dan berpenyakit yang ada pada diri..

Kita mungkin tidak sedar dan perasan, dalam bilion manusia yang ada betapa orang yang MEMBERI itu tersangat sedikit dan masih TIDAK MENCUKUPI kalau nak dibanding dengan orang yang MEMERLUKAN..

Tuntasnya.. Hiduplah dengan memberi! Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang bergelar dai’e.. Jangan biarkan sama sekali penyakit mandom membaluti diri.

“Berilah walaupun ia hanya secangkir kopi cuma..”

No comments: