Monday, June 1

CINTA yang bagaimana?


“Abang pernah bercinta..?” tanya seorang adik ketika rehlah petang itu.. Sambil itu tangannya menguis-nguis pasir pantai. Sibuk mencoret sesuatu rajah yang tidak difahami langsung.

Coretan yang menggambarkan kekecamukkan jiwanya barangkali!

“Apa kamu tanya tadi dik??” saya berpura-pura tidak mendengar soalannya.

“Saya tanya.. Abang pernah bercinta..?” Suaranya agak lantang berbanding tadi. Tapi, wajahnya masih ditundukkan. Tidak berani memandang mata saya..

“Pernah. Masakan tak pernah..”

“Hmm.. Ye ke bang? Dengan siapa..?” kali ini dia melangut memandang saya.. Ya, ‘jerat’ saya mengena! Ekspresi wajahnya terus berubah bila tahu saya sependapat dengannya.. Biasalah. Budak-budak.. Saya pun pernah melalui zaman kebudak-budakan itu!

“Nak tahu dengan siapa abang bercinta?? Abang bercinta dengan Allah!”

“Hmmm.. Memang ler bang. Semua orang bercinta dengan Allah. Itu memang dah WAJIB!”. Dia mengeluh. Mungkin tidak berpuas hati dengan jawaban saya tadi..

“Owhh.. Nak tanya cinta sesama makhluk la nie ek.. Iya.. Abang pun pernah bercinta hatta hingga ke hari ini.. Bukankah sebagai manusia saya wajib mencintai dan menyayangi anda yang juga manusia? Bercintalah tue!”

“Ceh.. Abang kalau dah bersastera.. Orang tanya betul pun jawab benda lain..” ucapnya sambil melontar butiran pasir ke arah laut.

Saya diam dan dia pun diam.. Mata kami melayan ombak yang memukul pantai..

JIWA manusia ibarat PANTAI.. OMBAK pula adalah PERASAAN.. PERASAAN memukul JIWA laksana OMBAK menerjah PANTAI.. Kadang-kadang ia lembut, kadang-kadang pula ianya menggganas..

Setiap makhluk di bumi raya ciptaan Allah ini sudah ditakdirkan olehNya dengan pelbagai sifat FITRAH yang menjadikan para makhluk begitu unik. Dan kecenderungan untuk berpasangan, jantan—betina atau lelaki—perempuan juga turut termasuk dalam suratan ketentuanNya.

Saya bukan mempermainkan dia..

Sebenarnya apa yang saya fikirkan sebelum menjawab soalannya ialah usaha MEMPERBAIKI.. Membaiki PARADIGMA CINTA yang telah membentuk jiwanya. Itu lagi signifikan untuk didahulukan berbanding dengan berkongsi kisah-kisah “cinta monyet dan kera” yang pernah ditempuhi masa zaman sekolah dulu!

Mabuk Bercintan!

Bukan mudah nak tinggalkan! Apatah lagi kalau dah mabuk kepayang terkena sakti cinta. Indahnya bila mencintai dan dicintai sehingga “Mandi jadi tak basah, makan jadi tak kenyang..”.

Setiap detik ada orang yang mengingatkan.. Suruh makan ubat.. Suruh belajar rajin-rajin (walaupun orang yang mengingatkan bukannya rajin pun).. Suruh macam-macam la.. Pendek kata jadi “setiausaha hidup”. Mengingatkan dari jauh..

Itu sebab ke hulu dan ke hilir sentiasa dengan membawa handphone, takut terlepas membalas message dari si ‘dia’.. Si ‘dia’ atau nama jawatannya, Setiausaha Hidup! Penangan cinta sehingga orang boleh ‘mabuk’ dibuatnya!

Maka.. Percintaan dianggap indah belaka dan hukum-hakam bagai terlupa sebentar. Bak kata Tan Sri P Ramlee, Dunia sekarang macam ana yang punya!

Mabuk bercintan.. Lubang perangkap kepada para remaja. Terabai masa yang sangat berharga hanya kerana membeli cinta yang bernilai murahan.. Cinta makhluk. Lebih baik selamatkan diri sebelum terjatuh ke dalam perangkap cinta. Sekali terjatuh, anda akan tersungkur lantas tersembam..

Sukar untuk melepaskan diri kecuali anda guna “TURBO iman”! Dan bukan mudah menghasilkan sebuah “TURBO iman” kalau anda tidak berdamping dengan mekanik-mekanik iman!

Paradigma (bagaimana kita berfikir) banyak dibentuk oleh situasi keliling.. Terutamanya bagi seorang remaja kerana jiwanya ibarat sebuah SPAN. Sebagaimana sifat semulajadi span yang menyerap air, maka begitulah jiwa seorang remaja.. Terlalu mudah untuk menyerap.. Hatta, tidak kira samada air yang diserap tadi air sabun ataupun air longkang!

Oleh sebab itu jika jiwa remaja tadi tidak dihuni oleh pengisian dan peringatan, maka ia akan dihuni oleh benda lain yang antaranya ialah SAKTI-CINTA yang mengasyikkan.. Tambahan pula dengan kurangnya penapis (filter) yang berupa IMAN dan kematangan untuk berfikir.

CINTA itu kurniaan Tuhan manakala BERCINTA itu pilihan insan!

Jalan dan batasannya sudah diterangkan dengan jelas.. Tinggal lagi manusia memilih samada mahu mengikut atau melanggarnya.. Sebagai taraf dan layaknya seorang manusia yang dikurniakan oleh Allah akal untuk berfikir maka sudah semestinya pilihan tadi selari dengan kemahuan syarak.

Tuntasnya.. Fitrah SUCI yang dikurniakan jika tidak diurus dengan sebetul-betulnya pastinya akan mebuahkan natijah NODA yang berdosa ! Tambahan pula bila paradigma cinta sudah terpesong maka ramai yang meletakkan pilihan penyelesaian bukan pada tempat yang sepatutnya..

Walhal..

Paradigma cinta yang BENAR akan meletakkan hanya cinta kepada Allah dan RasulNya diletakkan ditempat yang paling tinggi.. Tiada pencabar! Bahkan, cinta ini menjadi PRA-SYARAT kepada cinta-cinta yang seterusnya!

Cinta PRA-SYARAT ???

Iya.. Jika terasa untuk mencintai sesuatu selain daripada dua perkara tadi, maka buatlah pertimbangan berdasarkan cinta PRA-SYARAT tadi..

Kalaulah cinta itu akan menyuburkan lagi cinta kepada Allah dan RasulNya, Teruskan!

Tapi, bila cinta itu hanya akan melayukan cinta kepada Allah dan RasulNya, cepat-cepatlah tinggalkan!

Itulah paradigma cinta.. Paradigma yang menentukan hieraki kedudukan martabat cinta dalam lubuk hati seseorang.

Jika betul paradigma ini, maka sudah tentu CINTA TUHAN yang mendulu barulah yang lain mengekor.. Tapi, jika salah paradigma ini maka jadilah manusia BERHAMBA kepada si CINTA sehingga memusnahkan hidupnya!

****************************

Dushh!!.. Dia menghumban seketul batu besar ke dalam laut..

“Nak berhenti bercintalah..” Katanya perlahan...

“Boleh. Cuma Abang tak bawa tool sekarang..” Jawab saya dengan maksud yang mendalam.

“Macam mana tue..?”

“Jom kita pergi workshop cinta! Mekanik pun dah panggil tue..”.

Kebetulan azan Asar telah pun berkumandang dari surau yang berdekatan.

4 comments:

Nafsah Dulajis said...

kelakar dengan gelaran setiausaha hidup itu. mujur saja terselamat dari pengalaman sebegitu. ^_^

betullah ini virus yg melalaikan kebanyakan kita.

bila cinta bukan pada tempatnya, padah saja jadi hasilnya!

treasurer said...

salam..
“Ceh.. Abang kalau dah bersastera.. "
betul kata adik tue,klu abg dh bersastera habis la...huhuhu
teringt cerita psl DR. pesakit jiwa lyn pesakit dia,hasil dr cerita 'org yg bersastera' la...
teruskan mendapat cinta yg abadi,InsyaAllah itulah yg terbaik bg kita sebagai hambaNya..wallahu'alam

Nurul 'Uyun Binti Ahmad said...

Spend sometime to know ourselves and do help the other..

-semoga sukses-

LegendZ said...

cinta..cinta..dan..cinta...

pasti menjadi rangking pertama..

.....................................