Saya kira budak kecil itu hanya berumur 9-10 tahun sahaja.. Wajahnya sangat bersih, kudus dan menyenangkan hati bila dipandang.. Seronok.
Setiap kali waktu subuh, dia pasti ada.. Duduk di bahagian belakang. Waktu subuh senang sekali mencarinya kerana saya kira hanya dia seorang kanak-kanak yang ada waktu itu. Mungkin kanak-kanak yang sebaya dengannya masih lagi diulit mimpi. Ahh.. Bukan hanya kanak-kanak, bapa-bapa pun masih lagi diulit mimpi yang sama waktu ini.. Subuh.. Ramai yang kecundang dan terkorban!
Usai solat sunat, saya menoleh ke belakang.. Mencuri-curi pandang budak kecil itu.. Timbul beberapa pertanyaan halus dalam hati.. Bagaimana budak sekecil ini mampu istiqamah datang ke masjid? Bukan sekadar istiqamah datang.. Bahkan, dia tampak sangat serius bersolat dan berdoa bilamana di dalam masjid.. Bukan seperti kanak-kanak yang lain.
Lama rasanya saya mencari peluang untuk menegurnya.. Tapi, tiada kesempatan.. Bukan tiada, tapi saya yang tidak berkesabaran!
Selalu.. Selepas solat subuh berjemaah, dia akan duduk dibelakang sambil berdoa.. Panjang doanya.. Saya bercadang untuk menunggu.
10 minit.. Budak kecil itu masih menadah doa.
15 minit.. Masih lagi berdoa!
20 minit.. Masih lagi!!
Ahh.. Saya yang tidak kesabaran lantas kalah menunggu lalu balik dengan hanya menjanjikan diri agar satu hari saya pasti berpeluang menegur dan berkenalan dengannya.. Insya Allah!
Beberapa minggu berlalu.. Saya pun semacam sudah terlupa dengan si budak kecil itu..
Tapi. Takdir Allah sudah menentukan bahawa kami punyai jodoh untuk bertemu. Entah bagaimana hari ini saya boleh berjumpa dengannya. Kebetulan Masjid menganjurkan program khatam Al-Quran untuk kanak-kanak sekitar. Dan saya sengaja berlakon seperti kanak-kanak dan menjadi peserta dalam halaqah (kumpulan) kanak-kanak yang diraikan.. Takdir Allah juga menjanjikan si budak kecil itu duduk sebelah saya...
Indah... Bacaannya sangat indah; tartil dan bertajwid. Fasahahnya seperti air.. Macam Imam Sudais! Dia tersenyum apabila saya memuji.. Alhamdulillah, kami sempat bermesra.
Banyak saya belajar walaupun dia tidak mengajar!
Bayank hikmah terbongkar wlaupun dia hanya seorang budak kecil!
Bagi saya.. Ilmu hanya boleh hadir dari seorang guru ataupun mahaguru.. Tapi, hikmah tidak mustahil boleh hadir dari hanya seorang budak kecil yang mungkin tidak dipandang orang. Itu sebabnya Allah menyeru supaya kita banyak memerhati.. Walaupun ianya cuma peristiwa sesekor semut kerana banyak khazanah rahsia hikmahnya yang tersembunyi!
Berbalik kepada hal si budak kecil tadi..
Dia mengajarkan kepada saya akan beberapa hikmah.. Salah satunya yang mungkin boleh dikongsikan di sini ialah—Nilai sekepal taqwa si budak kecil!
Taqwa. Saya kira kita sering mendengar akan kalimat ini.. Kalimat wajib yang mesti diingatkan oleh khatib setiap kali solat jumaat setiap minggu..
Apakah dia Taqwa??
Saya kira juga sudah banyak kali kita mendengar akan definasi taqwa.. Pelbagai maksud yang cuba disampaikan.. Maka biarlah wacana kali ini saya penuhi dengan mendefinasikan taqwa melalui persepsi maksud yang agak berbeza..
Taqwa bukan sekadar takut.. Taqwa bukan sekadar kita patuh dan taat.. Tapi penghayatan Taqwa melalui manifestasi tertinggi ialah Taqwa yang berunsurkan malu dan segan!
Itulah Taqwa high level yang perlu dicapai oleh setiap dari kita!
Abang tengok.. panjang juga doa adik time lepas solat? Saya bertanya dalam nada yang mengusik..
Takdelah bang.. Sekadar mengangkat tangan je.. Takde baca apa-apa pun.. Segan kalau tidak berdoa dengan Allah.
Segan? Saya tertarik dengan jawaban ini..
Entahlah bang.. Hari-hari hati saya selalu merasa malu kepada Allah.. Sehinggakan bila nak buang air dalam tandas sekalipun saya terasa segan nak masuk.. Segan dan malu dengan Allah.
Subhanallah.. Sampai begitu sekali.. Saya terkejut. Betapa unsur segan dan malu itulah yang menyebabkan si budak kecil tadi boleh bertahan dalam keadaan berteleku berdoa selama berjam-jam lamanya.. Itu hanya sebahgaian representasi taqwa yang saya nampak dan perasan dari dirinya.. Dan mungkin banyak lagi yang saya tidak nampak.
Walaupun bukan jawaban formal yang diberikan tetapi sebenarnya banyak justifikasi yang saya dapat dari jawaban seringkas itu..
Dalam diam saya mengingatkan diri semula bahawa, mencapai darjat bertaqwa di sisi Allah SWT bukan hanya sekadar kita meletakkan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah semata-mata dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.. Tetapi, saya juga haruslah menyemai perasaan MALU dan SEGAN kepada Allah SWT! Kerana dengan adanya elemen malu inilah yang akan memberikan kemanisan yang tidak terhingga buat jiwa-jiwa yang bertaqwa dan mampu membentuk insan yang tawadhu’ di sisi Allah SWT.
Antara MALU dengan TAKUT yang mana satu lagi istimewa di sisi Allah SWT?
Fikir-fikirkan..
Moga-moga kita menjadi insan-insan yang bukan hanya TAKUT pada Allah bahkan adanya perasaan MALU dan SEGAN kepada Allah SWT.. Insya Allah..
No comments:
Post a Comment