Tuesday, June 9

Fitrah LUAR—DALAM

Seorang yang Islam belum tentu ianya beriman.. Dan seorang yang beriman belum tentu ianya bertakwa di sisi Allah SWT.

Islam—Iman—Takwa: Setiap manusia punyai marhalah (kedudukan) tersendiri di sisi Allah SWT. Dialah yang maha mengetahui setiap dari kita yang bernama hamba di mana kelayakan kita samada kita hanya bergelar muslim tanpa iman, mukmin tanpa takwa atau apa sahaja.. Tidak ada pengadil yang mutlak untuk mengadili nilai iman manusia melainkan Dialah jua iaitu Allah ‘Azza wajalla..

Adapun kita sesama hamba.. Kita hanya mampu melihat secara zahiri semata-mata.. Seperti yang diajarakan oleh para Ulama; “Nahnu nahkum bizzhohirin”. Maksudnya.. Kita hanya mampu berhukum (memberi titik nilai) dari apa yang kita lihat melalui apa yang dizahirkan (representasi nampak).. Ini cumalah penilaian dari luar sesuai dengan ciri manusia yang sememangnya hanya boleh melihat secara kasar.. Adapun Allah itu melihat bukan hanya luaran sahaja bahkan apa yang tersembunyi di dalam lubuk hati seni manusia turut tidak terlepas dari pemerhatianNya..

Secara umumnya.. Apa yang terzahir secara lahiriahnya nampak baik di luar sudah pasti apa yang ada di dalamnya juga baik.. Jarang sekali kita jumpai di luarnya nampak sangat cantik tetapi di dalamnya betapa ia sungguh hodoh dan buruk serta cukup mengecewakan..

Ambil sahaja contoh umum seperti rumah.. Pernahkah kita melihat sebuah rumah bungalow yang indah dan cantik dengan parking kereta yang mewah, taman belakang rumah siap dengan air terjun, pagar tinggi berserta kerlipan lampu neonnya, dan sebiji mercedes atau BMW tersadai sebagai pelengkap keindahan bungalow tadi dari luar tiba-tiba apabila kita melangkah masuk ke dalam rumah rupa-rupanya adalah sebaliknya.. Bungalow tadi yang diluarnya nampak indah tetapi dalamnya tidak ada pun sama sekali perabot mewah bahkan isinya dihuni oleh sawang labah-labah serta susunan ruang yang sudah huru-hara!

Saya rasa tidak ada bungalow yang sebegitu rupa dan sudah pasti tidak ada jiwa manusia yang menyukai dan merasa senang dengan kondisi sebegitu.. Nampak indah dari luar tapi alih-alih sangat dan bersangatan hodohlah di dalam. Manusia akan rasa tertipu!

Fitrah LUAR—DALAM. Ya.. Fitrah kelaziman yang diterima umum oleh setiap jiwa yang berfikir dan merasa secara normal kemanusiaan bahawa apa yang baik dari luar maka sudah pasti di dalamnya juga adalah baik. Bukan hanya sifat umumi manusia yang rasa dan mahu begitu.. Bahkan Allah juga menuntut dan memerintah sekalian hamba-hambaNya sebegitu!

Sebab itulah Allah menempelak golongan munafik (baik di luar tapi buruk di dalam) kerana mereka telah melanggar dan mencemari fitrah LUAR—DALAM tadi!

Tapi sayang sekali..

Adapun manusia yang suka melanggar fitrah kerana kesombongan mereka, tidak mahu mengakui akan fitrah ini.. Mereka cuba menentang arus fitrah manusiawi dan cuba menyesatkan fikir serta akal manusia.. Lantas ungkapan seperti “Don’t judge the book by its cover” diperkenal dan dipromosikan secara meluas bukan hanya berpusing sekitar persoalan moral bahkan sehingga ia melampaui batasan akidah dan akhlak islamiyyah yang sudah ditetapkan oleh ALLAH SWT! Malah bertambah sedih lagi bilamana ramai dikalangan orang Islam sendiri yang turut tertipu daan menjadi penganut bodoh kepada slogan ini...

Ya..

Memang benar bahawa pengadilan zahiri iaitu luaran semata-mata adalah tidak mencukupi tanpa ada pengadilan ke atas batiniah iaitu hal-ehwal dalaman yang tidak nampak dengan mata kasar.. Tapi siapa kita yang boleh menghukum dan mengadili dalaman manusia? Bukankah itu tugas Allah SWT?? Tuntasnya.. Mempertikai dalaman manusia samalah seperti kita cuba mengambil alih tugas istimewa yang hanya layak dilakukan oleh Tuhan.. Apakah kita sanggup?

Memang tidak sanggup dan sememangnya jua sekali-kali kita tidak akan mampu! Tapi perlu difahami bahawa kita hanya meletakkan hukum bagi apa yang terzahir di depan mata.. Kita bukan mempertikai dalaman manusia tapi kita mempersoal bukti yang boleh dilihat dengan pancaindera.. Menghukumi benda yang zahir atas perkara yang terzahir.. Maka tidak ada sebab timbul isu cuba menyamai Tuhan atau melangkaui pengadilan Tuhan!

Apakah apabila seorang meminum arak didepan kita misalannya.. Kita boleh berkata bahawa dia sedang memperbuat benda yang baik?? Menghukum baik atas alasan “Husnu Zhon” (bersangka baik)?? Tidak! Tidak sama sekali.. Bahkan secara zahirnya dia sudah berbuat perkara yang buruk dan tercela! Begitu juga dengan orang yang tidak menutup aurat kerana hakikatnya “Husnu zhon” itu adalah untuk hal ehwal dalaman sahaja.. Kerana hal ehwal dalaman manusia hanya diketahui rahsianya oleh Allah yang satu..

Manusia secara zahirnya adalah insan yang anda lihat di depan mata.. Jika dia membuka aurat maka realitinya dia sudah melanggar salah satu perintah Allah SWT. Hal ini sangat signifikan untuk difahami kerana ramai orang yang tersalah memahami.. Atas dasar “husnu zhon” kononnya maka ramai yang sanggup membiar maksiat berleluasa walaupun berlaku hanya seinci di depan batang hidung!

Sepatutnya “husnu zhon” yang betul ialah..

Bilamana ia melihat seorang manusia secara zahirnya adalah baik maka sewajibnyalah dia meletakkan sangkaan serta persepsi imej yang juga baik terhadap dalaman manusia tadi.. Urusan dalaman hati manusia diserahkan secara total kepada Allah kerana Dialah yang paling layak dan adil untuk menghukum manusia..

Bilamana pula ia melihat seorang manusia secara zahirnya adalah buruk maka sewajibnya juga seperti tadi ia wajib meletakkan sangkaan serta persepsi yang juga baik terhadap dalaman manusia tadi (apa yang zahir secara buruk di luar tidak akan memadam terus baik yang terkandung di dalam) dalam erti kata bahawa.. Manusia tadi masih lagi punyai peluang menjadi baik dengan membantunya meninggalkan segala perbuatan yang buruk sehingga luar dan dalam juga menjadi baik sesuai dengan fitrah. Fitrah LUAR—DALAM!

2 comments:

taztar said...

nice tazkirah zul...ana dah jadi follower enta dah skang ni tau.kui3

Lujnah Penerangan Multimedia PMI said...

salam. akhi, ana minta izin ntuk masukkan dalam blog PMI ye. syukran