Thursday, May 28

Merawat Rindu..

Alhamdulillah..

Dua telapak kaki ini akhirnya jejak juga di bumi tercinta selepas 2 jam 30 minit melayang-layang di angkasa.. Balik sebentar menjenguk kampung halaman even PBL LAB tak habis lagi.. Kesian juga dengan teman-teman yang ditinggalkan (student SPACE) tapi takpelah lagipun minggu nie mereka dah final week

Yup.. Balik bukan bermakna KALAH, tapi balik untuk mengatur STRATEGI dan menyuntik ANTIBODI untuk sambungan perjalanan yang masih jauh lagi.. Semester akan datang yang jauh lebih mencabar! Tempoh dua tahun bukannya sekejap.

Itu sebab kepulangan kali ini membawa satu misi.. Antara misi yang perlu dilangsaikan ialah, MERAWAT RINDU..

Belum sempat lagi melepas penat, anak buah saya yang paling manja sudah merengek-rengek.. “Pakcik, Ewan nak pegi pantai.. Ewan nak pegi pantai..”.

Alhamdulillah..

Sekurang-kurangnya fatamorgana pantai sedikit-sebanyak merawat rindu ini.

apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
apa yang diburu timbul rasa jemu
bila sudah di dalam genggaman

dunia ibarat air laut
diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana
di padang pasir

panas yang membahang disangka air
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu
mengumpul dua cinta
hanya cintaMu ku harap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Ya Allah.. Moga kerinduan ini dapat dirawat dengan zikrullah.

7 comments:

treasurer said...

salam perjuangan.
wah-wah,merwat rindu yek...
rawat kat tepi pantai plk tue..
xpe,budak-budak kami baru je balik dari merawat rindu tarbiyah di tepi pantai Endau..
Alhamdulillah,semua selamat..

LegendZ said...

selamat smpai Sabah sheikh..Alhamdulillah..

Jgn lupa bawak 'oleh-oleh' Sabah..
ana mksudkan 'oleh-oleh' lain tau sheikh..ahaha
(ke tiada d Sabah tp ada d Semenanjung..lalala)

Mohd Amin Bin Mohd Hamami said...

wah..wah..wah..len macam je tu aizat..

but no comment from me..
nanti kontroversi pulak..

"oleh2" nih boleh beli kat mana2..
tapi biarla berpada...

duit ade seposen demand yang seringgit..
hai..
susah2..

Muhammad Hafiz said...

Moga rindu yang terubat akan mengembalikan semangat nta dalam perjuangan...

Zaman mahasiswa nta dah selesai. Zaman itu adalah zaman retorik...
Kini, realitinya, tunjukkan kepada kami semua yang anda tidak beretorik semasa di kampus...

TAKBIR !!!

Nurul 'Uyun Binti Ahmad said...

Asslamaualaikum, izin laluan....

Amin provok tak nak kalah..... (^;^)

myikhwanfiideen said...

> Bro Muaz

Salam juang semula..

Merawat rindu di kemboja lagi best..=)

> Mr Aizat

Ada.. Nanti sy bawa..

Durian ada.. Jambu batu.. Belimbing sabah pun ada.. Nak yg mana satu??

> Mr Amin

Duit ada seposen tapi demand seringgit!

itulah OPTIMIS.

Sama juga 2+2 bukannya 4.. Tapi boleh jadi 10, 15, atau 20.

> Mr HafiZ

Zaman mahasiswa belum selesai.. 1 julai masuk balik.. Tapi bukan mahasiswa la..

Tapi, MAHASITUA!!

> Cik Uyun

Amin bukan provoke tue.. Dia bg nasihat jer.. Biaselah.. Depan sy x berani cakap.. Kat dlm blog, berani plak.. huuu.

Syifa' Ismail said...

Opss... MAHASITUA?!!
macam tu ana pun dh tergolong dalam mahasitua la ek?...
apa2 pun semoga Allah beri kekuatan kpd mahasitua ini supaya kuat untuk membantu Islam dan menegakkan Islam dalam diri serta sekeliling..