8.01 p.m.
“Assalamualaikum… Zul, enta kat mane tue?”—Suara Ustaz Zaifiddin menerjah ke gegendang telinga sebaik butang hijau ditekan.
[ana=saya. enta=awak]
“Wa’alaikumussalam. Ana kat klinik. Ye, ade ape ustaz?”.
“Oh…. Tak sihat ye? Takpelah kalau macam tue…”. Memahami tapi ada sedikit nada ‘kecewa’.
“Takdelah ustaz... Sikit je. Ustaz ade ceramah ye malam ni?”. Berusaha untuk tidak menghampakan. Memang selama ini, bila mana Ketua Pemuda punya urusan di luar kawasan pasti saya akan menjadi penemannya.
Saya sudah faham benar.
[Orang kata ‘bodyguard’. Saya kata tidak. Saya seronok ‘mencuri’ ilmu-ilmu dari Ustaz sepanjang perjalanan. Al-Kuliyyah dalam kereta!]
“Macam nilah ustaz. Jap lagi ana call Syed. Dia ade kat rumah tue. Biar dia yang temankan ustaz malam ni.”—Pada sesuatu ketika, ‘Jundiyyah’ harus ada cadangan alternatif untuk ‘Qiyyadah’!
“Ok. Jazakallah...”. Alhamdulillah.. Lega barangkali.
8. 13 p.m.
“Assalamualaikum... Syiekh, enta kat mane?”. Kali ini suara saya yang menerjah ke telefon sahabat ini.
[Syiekh=Terma panggilan sesama sahabat yang kami sudah biasa gunakan]
“Wa’alaikumussalam. Ana kat student corner nie. Tengah tunggu order.”
“Ana nak minta tolong sikit. Boleh tak temankan ustaz pergi ceramah malam ni? Ana tak boleh sebab lepas dari klinik ni ana akan ke Lab. Student PSM nak jumpa malam ni.”. Kesian juga... Tapi, sudah tidak ada pilihan.
[PSM=Projek Sarjana Muda/Projek Tahun Akhir]
“Sekarang ke?”
“Ye Syiekh... Tolong ye..”
“Ok. Ana bungkus. Jap lagi ana call ustaz.”
“Afwan... Syukran jaziilan.”. Bunyi bicaranya menyebabkan saya juga kelegaan!
Alhamdulillah... Terima kasih sahabat!
12.23 a.m.
Usai urusan di makmal, seperti biasa saya memecut motosikal untuk balik ke rumah. Kelihatan lampu ruang tamu masih terang benderang. Petanda, mesti ada lagi dari kalangan sahabat berempat yang belum tidur!
“Assalamualaikum...”. Kaki melangkah masuk ke rumah.
“Wa’alaikumussalam.. Jom makan.”. Betullah. Sahabat saya Syed baru nak menjamah makanan yang dibungkus pukul 8 malam tadi!—Ya Allah, kesiannya.........
“Syeikh....”. Saya duduk disebelahnya sambil memerhatikan Syed menelan lauk makanan yang sudah sejuk. Saya tahu dia tak sempat makan tadi.
“Ye?”
“Syukran ye sebab temankan ustaz pergi ceramah tadi.”
“Ala.. Takde ape pun. Temankan je.”
“Hmmm....”
“Perjuangan ini ibaratkan larian 4x400. Setiap seorang mesti ambil bahagian...”. Entah tiba-tiba saya ‘berfalsafah’ malam itu. Kata seorang sahabat, “Enta ni selalu je dapat ‘wahyu’..”. Tapi, memang betul. Saya serius bahawa perjuangan ini adalah larian 4x400! Bahkan, lebih lagi...
Lari 4x400!
"Perjuangan panjang ini bagaikan lari berganti-ganti 4x400. Bahkan lebih lagi!"-myikhwanfiideen.
Lari 4x400... Ada ketika dan masanya kita kehabisan tenaga dan tidak punya masa, maka ketika itulah sahabat sejuang WAJIB hadir menyambar ‘baton’ supaya larian ini tidak tertangguh dan supaya pecutan kearah kemenangan tidak merudum!!!
4x400 itu terlalu dekat.... Sedangkan kemenangan Islam itu terlalu jauh dan hakikatnya masih jauh.. Ia tidak boleh diukur dengan jarak meter atau hasta!
Itu sebabnya, setiap amilin perlu terus berlari... Perlu terus bergerak ke hadapan.. Tampung-menampung antara satu sama lain. Lari berganti-ganti memimpin ummah!
[amilin=pekerja]
Tuntas, iman juga kadang-kala turun naik. Kata pelajar elektrik, iman ‘Graf Sinusoidal’. Adakalanya menyala dan adakalanya membara sahaja..
[Bagi saya, tiada istilah ‘padam’. Kerana minimum seorang amilin ialah ‘membara’. Paling baik, ‘menyala’!]
Maka, beruntunglah mereka yang saling ingat memperingati antara satu sama lain dengan Hak dan penuh Kesabaran!
Firman Allah SWT:
Demi masa.. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan mereka yang Beriman dan Beramal soleh. Serta berpesan-pesan dengan KEBENARAN dan berpesan-pesan dengan KESABARAN”.—Surah al-‘Asr.
Terima kasih sahabat semua...
Terima kasih sahabat serumah: Azly, Yusof, Anis dan Syed....
Terima kasih kerana masih berlari 5x500 dengan saya...