Monday, April 26

Natrah, dulu dan yang kini..


Terima kasih kepada Datin Fatini Yaacob atas catitan tebal yang bertajuk, NATRAH: CINTA, RUSUHAN, DAN AIR MATA.

Buku yang ditulis oleh beliau ini mempersembahkan semula kisah seorang anak gadis Belanda yang dimurtadkan secara paksa setelah implikasi undang-undang. Natrah, anak gadis yang dipelihara oleh seorang ibu yang berasal dari Terengganu, diterbangkan ke Belanda dengan bersaksikan ribuan umat Islam di Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia memprotes dengan sekeras-kerasnya!

Catitan sejarah ini amat “berharga” buat generasi baharu.

Antara deraian air-mata dan titisan darah yang tumpah kerana agama yang ada pada diri Natrah... Cukup tragis!

Kupasan Tragedi Natrah melalui pendekatan kewartawanan oleh Datin Fatini dalam buku terbarunya ini juga menggambarkan betapa ironinya antara orang Melayu-Islam pada zaman penjajah Inggeris dahulu dengan orang Melayu-Islam sekarang.

“Tragedi Natrah meruntuhkan tembok pemisah dalam kalangan orang Melayu ketika itu, samada kefahaman politik, status ilmu atau kedudukan agama. Mereka bersatu bukan hanya mahu membela agama, tetapi juga kerana becikan penjajah.”—Datin Fatini

Orang Melayu-Islam semasa Natrah yang dulu, sanggup mati kerana maruah agama. Walaupun ketika itu tidak ada kuasa politik sebagai tempat berlindung. Akhirnya, pada 11 dan 12 Disember 1950, 18 orang terbunuh dan 173 orang cedera dalam rusuhan yang tercetus. Sehinggakan penjajah terperanjat dengan kebangkitan besar-besaran orang Melayu-Islam ketika itu.

Mutakhir kini, kedengaran banyak kes tentang murtad. Bukan anak gadis Belanda, tetapi anak gadis Melayu-Islam sendiri!

Tetapi, berapa kerat yang mengambil kisah...

Antara Natrah yang dulu dengan Natrah yang kini...

Realitinya dianggarkan lebih 100 000 orang telah pun murtad seperti yang didakwa oleh Mufti Perak sebelum ini. Tidak termasuk yang terlibat dalam zina, sumbang mahram, pelacuran, buang bayi dan pelbagai lagi. Yang amat menyedihkan sekali, bila orang yang ‘berpeluk tubuh’ masih lebih ramai dari yang ‘mendepakan lengan’!

Renung-renungkan bersama...

No comments: