Thursday, April 8

Sahutlah!

Berapa kerap panggilan dariNya yang kita sahut tepat masanya?

Semalam.

“Sepatutnya encik kena reply message tu within 1 days”. Kata pegawai Celcom pada saya.

“Ye ke? Even saya dah reply before the date pun tak boleh?”. Meminta simpati.

“Tak boleh encik. Memang sistem dah macam tu. Kita kena buat confirmation hari tu juga.”. Tegasnya kepada saya.

“So, macam mana ni?”. Sekadar bertanya.

“Maaf cik. Saya tak boleh nak buat apa-apa.”

“Tahun depan ada lagi. Encik jangan sedih.” Tambahnya. Saya tersenyum simpul.

“Takpelah. Terima kasih”. Ucap saya sambil berlalu dari kaunter. Itupun kalau saya masih ada umur!—Bisik hati kecil.

Salah saya juga.

Saya tidak pedulikan pesanan ringkas dari Celcom Center yang meminta pengesahan samada bersetuju atau tidak untuk mendapat perkhidmatan percuma selama seminggu sempena tarikh lahir yang ke 24.

Bila rasa ingin bertanya khabar sahabat-sahabat jauh yang tidak sempat dijenguk. Keesokan harinya barulah tergerak untuk menjawab. Sorry, now your request unvalid!

Sepanjang perjalanan balik dari Celcom Center, saya mengelamun.

Apabila anda diminta untuk memberikan respon, maka anda punya pilihan untuk menyahut ataupun tidak. Azan umpamnya seruan yang perlukan sahutan berbentuk amalan dari hamba-hambaNya yang mahu menunjukkan ketaatan.

Kalaulah Celcom empunya seorang yang juga hamba boleh nyatakan “Sorry, now your request unvalid!” inikan pula bagi namanya Tuhan semesta alam.

Tidak apa lagi kalau hajat untuk ‘sms and call free’ tak kesempatan. Jangan yang hajat untuk ke syurga Allah tidak kesampaian. Bukankah itu amat merugikan? Mari kita renung-renungkan.

Syukran kepada sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang mendoakan saya lewat sms dan sebagainya. Afwan tidak sempat membalas ucapan-ucapan dari anda semua.

Ingatkan ada free. Tapi free sudah tiada! Apapun doa saya sentiasa mengiringi...

Siiru ‘ala barokatillah!

3 comments:

Lagenda said...

tros..haha

selamat hari lahir...
bola jom.belanja jangan lupa..

daeimuslimah said...

adakah ada panggilan yg penting dr panggilanNYA?
sahutlah sblm terlambat,
pintalah selagi belum disekat,
tangisilah agar bisa diterima taubat.

Kerna manusia itu seringkali alpa dan berbuat dosa,maka berdoalh seperti Doa Nabi Khidir:
"Astagfirullaha min kulli sababin tubtu minhu tsumma 'udtu ilayhi wa asaluhut tawbata wa astaghfilullaha minkulli 'aqdin 'aqadtuhu 'ala nafsi fafasakhtuhu wa lam afi bihi".

Ertinya: Aku memohon kepada Allah dari setiap kesalahan yang aku telah bertaubat darinya kemudian aku kembali berbuat kesalahan dan aku memohon ampun kepada Allah dari setiap janji yg telah aku tetapkan atas diriku kemudian aku melanggarnya dan tidak dpt memenuhinya.

myikhwanfiideen said...

>Kamsar

Syukran.. Insya Allah belanja bole bla2 masa... Tggl tgu isyarat dr enta.

>Daiemuslimah

Syukran peringatan tmbhn yg sgt brmanfaat....