Wednesday, April 21

Setekun semut.


Assalamualaikum. Salam pagi yang Indah...

Firman Allah SWT:

“Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, sesungguhnya Allah dan RasulNya melihat pekerjaan kamu itu dan orang Mukmin”—Surah An-Naml: 88

Itqan.

Bekerja dengan tekun sehingga mencapai tahap kesempurnaan kualiti.


Dalam konteks moden, itqan merujuk kepada PROFESIONAL dan PROPOSIONAL (usaha berterusan).

Seorang Mukmin yang cemerlang dalam kehidupannya, dia bukan sahaja Ikhlas serta Benar dalam setiap amalan sehariannya, bahkan satu lagi sifat yang ada dalam ibadahnya ialah Itqan.

Itqan inilah yang membezakan antara seorang Mukmin dengan Mukmin yang lain.

Itqan inilah juga yang membezakan antara seorang Muslim dengan seorang yang bukan Muslim.

Allah SWT akan memberikan kejayaan bagi mereka yang berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap tindakan. Tak kiralah ia seorang Muslim ataupun tidak.

Inilah Sunnahtullah!

Insya Allah, marilah kita sama-sama tanamkan azam di pagi ini supaya setiap apa yang kita buat biarlah kesemuanya Ikhlas, Benar di sisi Allah, dan juga Itqan!

Jika anda guru, Itqanlah mengajar.

Jika anda jurutera, Itqanlah bekerja.

Jika anda murid, Itqanlah belajar.

Semut, makhluk kerdil yang amat itqan.

Jika anda siapapun, itqanlah kerana itulah syarat amal yang Terbaik disisi Allah SWT...

No comments: