Sunday, November 23

Epilog sebuah kembara

"Calling for passenger of Ak5623, AK 5623 bound to JOHOR BAHRU now ready for boarding"

Announcement dari operator Airport LCCT Kota Kinabalu bergema kedengaran. Saya terus mencapai beg pakaian yang sengaja tak dimasukkan dalam kargo 'BELON'. Sebelum melangkah, seperti biasa wajah ibu kesayangan ditatap puas-puas. Wajah yang menyimpan segala khazanah PENGORBANAN yang tiada tolok bandingnya. Muka ibu semacam ada riak sedih yang cuba disembunyikan. Saya tersenyum...

"Ala Ma'.. Bulan 12 nanti saya balikla.. Insya Allah.."

Saya cuba bersahaja.. memanglah saat-saat macam nie memang agak mencabar bagi seorang perantau Ilmu.. Apatah lagi bagi seorang manusia yang bernama IBU.

"Aik.. Dah besar panjang pun nak bermanja juga.."

Kak Meng.. Kakak saya yang ke-7 mengusik bila ibu mencium pipi saya sebelum melangkah pergi.

"No comment kak.."

Usikan dari kak Meng tadi tidak dilayan.. Kak Ody dan Adek saya Razey sekadar tersenyum.
Selepas mencium tangan kakak berdua dan bersalaman dengan adik, saya melajukan langkah masuk ke ruang berlepas.

Beberapa minit lagi 'BELON' akan berlepas. Langkah dipercepatkan seolah tidak sabar akan dek lambaian bumi Skudai...

Only A cup of Coffee..

"Good morning Sir.. Welcome to the Air Asia Flights"

Seperti biasa pramugari berbaju merah menjalankan tugasnya di pintu 'BELON' menyapa semua passenger. Saya bergegas ke dalam pesawat dan memilih tempat duduk sebelah tingkap. memang hobi saya macam tue. Tingkap dan bahagian sayap adalah sudut kegemaran saya. Seronok tengok kehebatan teknologi sayap pesawat... Aviation technology lah katakan. hanya orang engineering sahaja yang paham dan boleh menikmati apa itu aviation technology.;)

Sambil melontarkan pandangan keluar. Saya mencapai majalah FORWARD; majalah english yang saya minati bermula tahun lepas. Saya suka majalah nie sebab ulasan yang dibawa seputar isu local dan international itu nampak lebih adil berbanding majalah-majalah luar yang lain. Saya membelek-belek helaian majalah.. Nak membaca tapi tiada mood.

"Assalamualaikum...
Boleh kami duduk sebelah abang?"

Kelihatan dua orang muda tercegat sebelah saya.. Tangan dihulur dan senyuman diberi. Macam kenal. Tapi di mana ya..?

"Walaikumussalam.. Sila-sila.."

Processor kepala saya masih cuba mengimbas memori yang ada. Kat mana aku jumpa diorang nie ek? Entahla. Mungkin asbab dah tua, jadi memori ingatan pun sudah tidak mampu meloading.

"Abang masih ingat lagi ka kami..?"

"Macam ingat.. tapi macam lupa.. "Saya bagi jawapan yang agak save dan lucu.

"Abang nie.. kamilah peserta ISC dulu. Ala.. kem yang abang anjurkan tahun lepas. Yang nie kawan saya.. Dia pun kenal abang. Dia join program KRIS yang abang buat kat Tuaran dulu.."

"Owh.. ya ke.. So sekarang study mana?"

"Kami kat UTHM sekarang.. Owh ya.. sahabat-sahabat muslimat kirim salam ngan abang.. Diorang yang bagi tahu abang ada sekali dalam flight nie.. Then, diorang pesan kalu ada program, abang jangan lupa inform ek.. Espcially program time cuti nanti.."

"Walaikumussalam.. Insya Allah.." Saya menjawab pendek. Ada semacam hembusan dingin lagi nyaman perlahan menerobos dalam hati..

A cup Of Coffee.. Pemberian yang tidak seberapa, tapi natijah yang Allah lemparkan darinya cukup bermakna dan berharga.. Masakan tidak, adik-adik membesar dengan fikrah!

Fikrah ke arah bersama membangun serta menyelamat akan tamadun Umat..

Fikrah ini jugalah yang mencetuskan dialog harian mereka yang berupa dialog dakwah serta muhasabah..
Even only a cup of coffee.. Walaupun ia nampak sedikit tapi hasilnya puas hati.. Its better rather than nothing!

I Never turning bacK !

Ku takkan berpaling dari agamaMu
Segala fitrah, hadith dan sunnah
Ku pasrahkan dan bersujud

Hanya Kau yang satu
Tempatku mengadu
Tiada daya serta upaya
Ku pohonkan doaku Ya Allah

Tuhan… berikanlah hidayahMu
Oh Tuhan… ku bersyukur atas rahmatMu
Oh Tuhan… limpahkan kurniaMu

Kuatkan lah imanku
Luaskan fikiranku
Lapangkan lah hatiku
Ampunilah dosaku Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau Maha Tahu…

Hanya Kau yang satu
Tempatku mengadu

Tiada daya serta upaya
Ku pohonkan doaku Ya Allah

Amin…Ya Rabbal Alamin


Wahai sahabat-sahabat yang bersama dengan saya..

Sebenarnya, kita memberi atas maksud mencetuskan 'mahu' agar ada agenda kepada 'mampu'.. walaupun ia sekadar secangkir kopi.. Tapi, yakinlah ia lebih baik daripada tiada!

Wahai-adik-adik yang dikasihi..

Saya bangga melihat antum.. Saya teruja dengan antum..! Teruskan.. Teruskan mendaki, mendaki sambil 'membawa' Islam.. Agar hidup kita lebih bermakna kerana asbab perjuangan yang dibawa..

"Calling for passenger of Ak6264, AK 6264 bound to KOTA KINABALU now ready for boarding"

Pengumuman itu mematikan lamunan saya.. Rupanya saya sekarang sudah berada pada detik 'kembali' setelah 'pergi'.. Alhamdulillah, Allah masih memberikan diskaun umur buat saya agar meneruskan epilog kehidupan sebagai hambaNya..

Balik bukan bermakna bercuti.. Bahkan! balik hanya dengan maksud memindah seketika suatu 'tugas' yang ada dari satu kota ke satu kota yang lain..


Sejurus itu, kaki saya deras melangkah masuk ke balai berlepas.. Pastinya, wajah Ibu dan adik-adik seperjuangan menunggu saya di sana.. Insya Allah... Saya OPTIMIS!

Tanpa disedari semacam ada titisan jernih yang mengalir dari pleupuk mata.. Ya saya yakin.. Itulah tandanya sebuah kepuasan!

myikhwanfiideen;

Dari koTa RinDu,
Skudai
2008.

5 comments:

muaz said...

sheikh zul dh balik?
smg perpindahan 'tugas' anta disana ditemani pengalaman yg anta lalui..
tp kata-kata nie ana x puas ati"kita memberi atas maksud mencetuskan 'mahu' agar ada agenda kepada 'mampu'.. "..
xpuas ati coz x phm bhs anta nie..

annisaNazifa said...

SubhanAllah..cantiknya pemandangan air terjun tu..

Semenjak ikut program 'kem bina insan' kalau tidak silap kat SEMAI dulu..ustaz Idris ada buat program mendaki air terjun kepongit.. pantang dengar air terjun mesti nak pergi..

Bila sampai kat atas tu (air terjun kepongit) masyaAllah..sangat cantik..

teringin mau tengok.. pelangi yang muncul ditengah-tengah air terjun akibat pembiasan cahaya.

Alhamdulillah.. moga akan lahir lebih banyak lagi generasi dari ISC dan KRISS yang bukan sahaja berjaya masuk ke Universiti..tetapi balik ke negeri dengan title seorang pejuang!!!

amin...

Huda said...

Salam 'alaik..suka baca post yg ni. Teringat zaman study dulu.. kakak dulu sekolah jadi "perantau ilmu" sejak tahun 1998. Setahun sekali baru dapat balik Sabah. Masa tu bila tiba masa nak balik asrama jak rasa sedih + tension yg teramat sebab kena berpisah dgn keluarga.. Sekarang bila sudah habis n sudah kerja rasa rindu dengan rutin kena naik turun "belon" setiap tahun..hehe..semuanya pengalaman yang mematangkan..jauh berjalan luas pandangan banyak pengalaman.. anyway, hati-hati masa berjalan.. Pandu cermat jangan laju kalau tak ada keperluan. (ini pesanan sebab sudah pernah Zul pandu kereta masa ambil kakak untuk program KRIS KB,laju bangat3!) Ok. wassalam. Teruskan mengeblog untuk kebaikan..

myikhwanfiideen said...

Syukran buat shbt2 yg sudi bg tinta komen dkt posting ana yg x sberapa nie..

to UnClE MuAZ

Ana blom balik lg.. Jasad maci kt Skudai.. Cumanya ROH jer yg dah naik belon...

X puas hati..? huhu. Xpa, kt jumpa kat Pondok Melaka nanti.. OK..

to UstzH AnniSA

Ya.. teringat kisah lama dlu terutama time zaman NAKAL2.. Sampaikan bla ana balik sekolah, ada ckgu yg mcm x caya jer ana jd mcm nie... Hmm... Sedih!

Bla sebut Ust Idris.. Bkn teringat Air Terjun.. Tapi, teringat camna dia denda kami ketuk ketampi dpn adek2 siap masuk setiap kelas.. Xpe, sumanya tarbiyyah.. (",)

Bla masuk matrik.. barulah 'diselamatkan' oleh Abg Pai..

myikhwanfiideen said...

to Kak Huda

Ya kak.. Ana setuju sgt2.. Inilah cabaran yg bole 'memengsankan'.. bkn jauh pon, sblh laut china selatan jer.. Tp, terasa jauh mcm kat ENgland pula.. (",)

Laju..?

Ana bawa slow jer tue kak.. Kalu otw ke KK dari KG lagi la.. Hmm.. Maybe btul jg tue.. Kena pandu berhati2 lps nie.. Biasala kak, org2 bujang mcmtue.. (",). Insya Allah peringatn yg mcm SIMPLE tapi sgt MENYEDARKAN!