"Bang.. ana sedihla.. huhu.. tak dapat jawab ngan baik tadi..". "Bang, takutlah pointer jatuh sem nie. Hmm.. Camne ek.. Mesti mak marah nanti..".
Saya tersenyum. Dah agak dah.. Bisik hati kecil saya. Delima adik-adik!. Saya pun time dulu macam nie juga. Rasa macam nak pitam waktu keluar dari dewan peperiksaan.
"kita solat dulu.. lepas tue kita makan sama-sama ek"
Saya sengaja mengalihkan topik. Saja nak bagi masa dengan jiwa mereka untuk 'beristirehat' dari kecamuk.
"Ok bang.. Jom!"
Alhamdulillah.. Sekurang-kurangnya jerat pelanduk saya mengena. Moga segala keluh-kesah jiwa tadi dileburkan dalam sujud panjang menghadap 'Tuhan Sekalian hati dan Perasaan'!
Imtihaan
Peperiksaan bukanlah suatu perkara yang remeh. Walaupun ia bukanlah PEMUTUS MUTLAK masa depan tapi sekurang-kurangnya ia adalah PENENTU BAYANGAN masa depan kita. Maka ia jangan dianggap enteng tapi jangan pula mereng kerananya. Normal seorang pelajar akan tertekan apabila merasakan bahawa dia tidak dapat menjawab dengan skala yang terbaik ketika final exam. Tapi, sebagai seorang muslim wajar juga situasi itu diambil sebagai PENGAJARAN dan meyakini adanya HIKMAH yang tersembunyi.
Pengajaran; Adakah kita membuat persediaan rapi sebelum exam? Cukupkah latihan yang dibuat?.. Berapa banyak previous final paper yang kita dah cuba? Ade tak masa tetap yang kita peruntukkan untuk mengulangkaji..?
Hikmah; Mungkinkah ini adalah peringatan dari Allah sebelum hadirnya suatu kegagalan yang lebih besar?
Kalaulah dua elemen yang saya sebutkan di atas telah pun kita penuhi serta yakini, maka saya harapkan ia menghadirkan suatu titik KEPUASAN dalam diri. Walau apa pun natijah yang bakal kita terima dan lihat pada slip peperiksaan nanti.
Kita PUAS kerana kita telah pun berusaha semaksima mungkin!
Kita juga PUAS kerana kita yakin Allah bagi sesuatu yang terbaik buat kita!
PUAS boleh mententeram jiwa dan PUAS adalah pelawan KECEWA
Maka pastikan kita PUAS!
Delima.. Betulkah sibuk mengundang bahana??
Betulkah sibuk mengundang bahana? Jika orang tanya soalan ini dengan saya.. Saya akan jawab; Sudah pasti ! jika awak tidak pandai mengenal lalu mengatur sibuk.. Siapakah yang sibuk? Antara SAYA, DIA dan MEREKA mana satu yang sibuk? Benarkah SAYA lebih sibuk dari DIA atau mungkinkah MEREKA lagi sibuk dari SAYA? Ataukah SAYA, DIA dan MEREKA memang sama-sama sibuk?
"Ape abang cakap nie..? Pening ana.." Rintih seorang adik kesayangan usrah saya.
Saya senyum. Sengaja saya mengungkit persoalan agar mereka berfikir. Pakar motivasi kata, mencetuskan persoalan serta ruang imiginasi adalah proses terbaik untuk membangun daya intelek dan kira-kira manusia!
Ya memang ia menjadi suatu delima especially bagi mereka-mereka yang mempunyai tanggungjawab besar. Tika kehangatan minggu final exam, kekadang ada tugas mendatang yang perlu dilangsaikan. Itulah cabaran! Cabaran buat SAYA, DIA dan MEREKA. Cuma persoalannya ialah sejauh mana kita SEDAR dan BERSEDIA kerana hakikatnya SAYA,DIA dan MEREKA kesemuanya ada beban tersendiri dan kesemuanya turut berhadapan dengan cabaran SIBUK!!
Bersediakah anda??
Dari SEDAR ke SEDIA..
SEDAR itu masih dalam kotak ilusi fikiran. Berbekalan SEDAR semata tidak cukup bagi menangani 'delima' apatah lagi mahukan 'puas' di hujung bicara peperiksaan nanti kerana SEDAR hanyalah bahasa retorik manakala SEDIA pula adalah bahasa praktikal. Oleh itu, pastikan SEDAR itu diupgrade kepada SEDIA dengan suatu pelan tindakan tersusun dan terancang. Seolah kita mahu menakluki dunia. Sungguh! siapa kata kita belajar sekadar main-main.
Sedar ke Sedia perlukan fasa pemeringkatan dan usaha jihad mahupun kesungguhan. Jadikan hari esok lebih baik dari semalam sebagai slogan. Senang cerita, apa yang tak faham semalam kena faham hari ini. Jangan semalam tak faham hari nie pun tak faham lagi. Paling teruk, semakin hari semakin tak faham-faham nauzubillah.. Janganlah ada semacam itu ketika kita menuju PUAS serta menggapai REDHA dalam learning process ini.
Moga kita semua dipermudahkan oleh Allah dalam setiap urusan kita yang baik. La tahinuu wala tahzanu, Innallaha ma'ana. TAKBIR!
::myikhwanfiideen::
bachelor of electrical engineering
UNIVERSITY OF TECHNOLOGY MALAYSIA
bachelor of electrical engineering
UNIVERSITY OF TECHNOLOGY MALAYSIA
1 comment:
da study last minit,mmg r mcm tu...
Post a Comment