Thursday, November 13

::who am I in front of Allah...?::

Berhenti sejenak dan renungkan siapakah kita di
depanNYA.

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya
dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zohor
nya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membi
lang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siap aku di depan Tuhan ku.

Asarn
ya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku

Maghr
ibnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya berti
ngkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan keles
uan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di dep
an Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berk
umandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.


SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU

. And here is the rest of it.

5 comments:

treasurer said...

wah..nukilan yg baik utk dimuhasabah pd diri seorang hamba..
amik sastera yek mase sklh dlu..blh x terangkn mksd waktu asar..kurg paham coz ana xberape minat men'translate' sastera nie...-muaz raudhah-

SyukraNs said...

fuh...dasyat..siap tayang muka tidor..hehehhehe

LegendZ said...

masyaAllah sheikh..muhasabah2..
tp...apa significant nye wajah hensem nta ada kt bawah tu..adakah ia bersangkut paut dgn karekter 'aku' dalam sajak tu kah..atau ia sekadar penghias seri blog ini kah...ataupun tiada reasons yang konkrit kenapa dan mengapa ia di pamerkan..sesungguhya Allah dan tuan punya blog saja yang tahu..huhu (jgn marah ye sheikh..)

Taufik said...

mantop.. bersama kita berubah kepada yg lebih baik..

myikhwanfiideen said...

Syukran buat shbt2 yg bg komen pendek anda..

Buat akh muaz.. Abg dah jwpn soalan enta masa kita sarapan kat Meranti.. Ingat kan? Harap jwpn pjg lebar ana tue dpt difahami maksudnya..

Kadang-kadang jawapan berbentuk ceritera lagi best dari skema..

Ok.. Enjoy your reading!