Wednesday, November 12

An Experimental Study on Surface Discharge Characteristics of Polymeric Materials under AC Voltages


Cuba teka benda apa nie..?.. Benda nie la yang memeningkan kepalaku sepanjang sem nie..

This is only 10% from total of my research!!

I just completed the device where we will put the sampel of Polymeric materials.. Then, I need a lot of times to finish up the arrangements of the experimental circuit this holiday..

Here the schematic diagram...

Saya terbaca posting dalam blog PSSKb pagi tadi.. Tulisan sahabat saya.. Faridul Farhan.. Ada kaitan dengan perihal project final year..

Maka, untuk bergraduasi di dalam kehidupan serba fana ini, hasilkanlah tesis yang mempunyai keunikan. Inilah yang dipunyai pada setiap karakteristik para sahabat, sehingga setiap seorang berbeza dengan yang lainnya. Keunikanlah yang mengunggulkan Syeikh Ahmad Yasin berbanding insan lumpuh yang lainnya. Keunikan jugalah yang menjadikan fatwa al-Qaradhawi diterima ramai berbanding yang lain-lainnya. Keunikan jugalah yang menyebabkan –barangkali- sang engineer ini menghabiskan FYPnya cuma dalam tempoh dua minggu. Kerana tesis setiap daripada kita harus berbeza, barulah pengiktirafan daripada ALLAH dapat dikurniakan.

Ya ada something yang nak disampaikan.. Dalam kesibukan serta kemengahan menyiapkan projek, alhamdulillah Allah masih lagi mebuka ruang dan peluang untuk 'memberi' secangkir kopi buat umat.. Samada secara langsung ataupun tidak langsung.. The main point is.. FYP bukanlah alasan untuk kita 'berehat' dari menghadirkan diri ke 'warung' demi sebuah kerja buat pada 'memberi' walaupun hanya secangkir kopi..

Ya Allah.. berikanlah kekuatan kepada hamba-hambaMu yang sentiasa bermujahadah dalam lapangan Jihad Ilmu ini.. Moga kami mendapat pahala disismu ya Allah.. Ameen..


. And here is the rest of it.

5 comments:

LegendZ said...

Dunia semua ni sheikh...

Anonymous said...

Dunia pun..
Insya Allah dapat pahala kalu di niatkan krn Allah..
Betul x?

annisaNazifa said...

Teringat kata seorang ustaz(suatu ketika dulu ketika usrah bersama MARSIS UM) yang terkenal dengan kehebatannya di medan tempur mahasiswa tanpa mengabaikan aspek kesufian, mengeluarkan statement "ana tak suka sistem pendidikan sekular"..
Ayat tu hanya sekelumit dari kata-katanya yang sangat menampakkan bahawa dia tidak suka dengan sistem pendidikan yg ada.

Pun begitu, dia tetap mengungguli sistem ini apabila tetap berjaya lepas dengan ijazah tanpa ulangan. Walaupun menurut katanya, nak kata belajar tak la belajar. Cuma masa dihabiskan dengan menuntut ilmu dengan sebenar-benar tuntut bukan untuk peperiksaan sistem tetapi untuk bekalan mengangkat kemuliaan Islam.

Jadi jangan biarkan sistem semata ini melalaikan kita dari terus mengerjakan tanggungjawab sebenar kerana perjuangan tidak kan pernah terhenti..Bimbang jika kita berhenti, kita akan tertinggal tanpa sempat mengejar.

Anonymous said...

jangan sampai kerana projek.. terabai KEHIDUPAN....

myikhwanfiideen said...

Syukran buat Ukht Annisa dan shbt2 yg beri komen dan pdgn..

'Kita akan tertinggal tanpa sempat mengejar'

Dalam mksd ayat nie.. Bingkisan sirah ada menceritakan.. Kisah Kaab Ibn Malik.. Ya.. wajar utk di refresh semula kisah tue sbb ia menerangkan melalui ceritera tentang maksud ayat..

'Kita akan tertinggal tanpa sempat mengejar'