Wednesday, November 19

RnD...Oh RnD...


Bagi tahun 2008 sahaja, kerajaan AS telah memperuntukkan kira-kira setengah trilion dollar untuk belanjawan bagi tujuan pertahanan.. Dan dari angka setinggi itu, sebanyak AS$ 75 bilion disuntik kepada kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (RnD)..

China.. negara kuasa besar pesaing Amerika tidak ketinggalan untuk membangunkan ketenteraannya.. Mengikut pembentangan budget pada awal tahun lepas, sebanyak 351 bilion Yuan (RM 157.24 bilion) diperuntukkan untuk tujuan pertahanan sekaligus dengan peruntukkan RnDnya.

Angka-angka besar ini menunjukkan betapa imbuhan-imbuhan besar sentiasa dilaburkan saban tahun bagi tujuan Research and Developement (RnD) samada bagi membangun facilities ketenteraan mahupun pembangunan gadget intelligency.

Walaupun kita melihat bahawa Nafsu kuasa besar ini seolah mengancam dan bakal menjahanam, tapi memandang dari skop positifnya setakat ini outcome yang keluar dari keghairahan perlumbaan RnD kuasa-kuasa besar sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh manusia sejagat.

Buktinya...

Pentagon antara nadi penting kepada kekuatan ketenteraan AS

Kemudahan internet yang ada sekarang adalah hasil RnD yang dijalankan oleh Pentagon dibawah Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Terkini (DARPA). Begitu juga dengan kemudahan sistem penentududukan sejagat (global positioning system [GPS]) juga merupakan hasil DARPA. Cumanya.. hasil teknologi ini sebenarnya hanya akan 'keluar' untuk kegunaan awam setelah mereka menganggap ia sudah kuno!

Apa yang mengejutkan..

Dari peruntukkan sebesar 75 bilion tadi, sebahagian besar belanjawan digunakan oleh DARPA untuk mengkaji dan mencari penyelesaian akan kaedah aplikasi serta implimentasi hasil teknologi kepada tentera!

Maknanya.. Dalam RnD sebenarnya perkara yang lebih kritikal untuk difikirkan ialah sejauh mana tahap optimum kombinasi hasil atau teknologi baru dengan si penggunanya..! 

Saya tertarik dengan kata-kata Richard Hallion, seorang pesara Tentera Udara AS dan penasihat program perisikan;

Membina dan menerbangkan pesawat hipersonik lebih mudah berbanding dengan melatih si juruterbangnya..


Pembinaan serta pembangunan suatu sistem mahupun teknologi yang baru amat-amat berisiko kerana kemungkinan pelaburan berbilion-bilion tersebut hanya akan ditong-sampahkan! Oleh sebab itu, banyak negara termasuk Malaysia lebih cenderung untuk membeli sahaja teknologi yang sedia ada.

Persatuan dan RnDnya...

Apa-apapun kalau ia melibatkan something idea baru.. pasti akan berhadapan dengan risiko. Samada risiko kerugian wang bahkan risiko yang ada termasuk risiko pembaziran masa dan respon sinis orang sekeliling. Sehingga kadang-kadang orang yang diberi kepercayaan untuk mengendalikan RnD terbantut ideanya dan jauh sekali untuk berani membangun idea tersebut.

Kita bukan Gila tapi idea kita yang gila-gila.. Ya!.. kalau kita berada pada zaman Alexander Graham Bell (inventor  for telephone prototype) mungkinkah kita antara orang yang menganggap beliau adalah Gila!.. Tapi sebenarnya beliau bukan gila, tapi idea beliau yang gila-gila! 

Sir Alexander Graham Bell; Inventor

Salah satu lagi kata-kata yang berguna dari Abang Fadzli Yusuf;

Oleh kerana terlalu logik, ramai orang gagal berfikir secara kreatif. Fikiran logik biasanya berguna ketika mengkritik perkara yang sudah ada. tetapi kreatif itu bukanlah berkaitan dengan perkara yang sudah ada. Ia  adalah perkara yang belum ada ataupun belum wujud. Jika idea itu berada di mana-mana, itu bukan kreatif namanya.

Meminjam kata-kata hikmah dari seorang sahabat;

Berprinsip jangan sampai Jumud, Bertajdid jangan sampai mengarut!

Apa yang penting dari terpenting...

Soal bagaimana aplikasi..

Soal sejauh mana implimentasi..

Menyedari risiko kegagalan.. Bukan kegagalan untuk mendapatkan hasil RnD yang diingini.. Bahkan! kegagalan dari sudut aplikasi dan implimentasi hasil tersebut, DARPA melakukan alternatif dengan membina keupayaan sistem maklumat pada manusia atau tentera.

Projek yang dinamakan 'Cognitive Technology Threat Warning System', iaitu suatu alat optik embeded dengan peranti elektronik yang dibenamkan dalam kepala otak tentera! Ia bertujuan mengatasi kemampuan manusia mengendalikan mesin ketenteraan yang berteknologi hypertinggi dan mampu menghidupkan 'minda separa sedar'. Teknologi ini dijangka siap pada 2010!

See..

Saintis moden sebenarnya sudah menumpukan kajian mereka ke arah mengoptimumkan soal implimentasi sesuatu teknologi baru terhadap si pemakainya. Soal ini yang lebih kritikal untuk difikirkan kerana ia menentukan kejayaan sebenar suatu hasil RnD. 

Bagi persatuan ataupun organisasi pula, realitinya hasil kajian RnD sudah banyak bersepah. Bermula dari perkara sekecil-kecil benda sehingga perkara yang besar. Tapi itulah, kita lebih suka mementingkan outcome yang boleh ditayangkan pada hujung tahun misalannya berbanding pada soal pokok iaitu sejauh mana kemampuan implimentasinya dan tahap benefit yang boleh disuntik kepada pembangunan totally sesebuah persatuan ataupun organisasi.

Cetusan adalah bahagian yang paling penting di dalam apa jua tugasan-Plato

myikhwanfiideen,
Research anD DeveLopemenT Center,
RauDhah Syabab SDN BHD (RSSB)


3 comments:

Taufik said...

hidup. RS.
"Berprinsip jgn jumud.bertajdid jgn mengarut"


untuk berubah, kita tak boleh memarahi tukang penebar roti canai, tetapi kitalah yang perlu menebarnya sesuai dengan kehendak kita..!!

myikhwanfiideen said...

Shiekhul ToM Al-Kluangi..

Ana cukup suka akan kata-kata enta nie..

One more of the power of WorDs..

Selamba tapi penuh makna..

Thanx my brother..

Ibnu Jamil said...

hehehhe sheikhul to al-kluangi..
menarik nama yg abg bagi kat abg tom nie...