Itulah kata-kata Khalifah Al-Mu'tasim Billah apabila puluhan ribu manusia membanjiri serta menyambut kedatangan 'Asim Bin Ali seorang ahli hadith yang terkenal di kota Baghdad. Ulama yang ikhlas lebih mendapat tempat di hati-hati manusia berbanding mereka yang berjawatan tinggi apatah lagi Khalifah namanya.. Inikan pula mereka yang ikhlas berjuang bagi menegakkan kalimah suci Allah! pasti gugurnya mereka mengundang tangisan pencinta-pencinta kebenaran.
Iya.. memang begitulah Sunnatullah.
Pagi Ahad.. 9 november 2008. Detik-detik nafas terakhir bagi tiga orang pencinta Syahid ini tamat apabila peluru penembak tepat mengenai kepala lantas ruh mereka keluar menemui Allah dengan jalan yang mereka redhai.. Moga Allah jua meredhai mereka!
"Maka perangilah golongan kuffar itu sehingga terbit dihati mereka persaan takut. dan alhmdulillah Allah telah mencabut persaan takut dan ragu dari hati aku.."
Inilah kata-kata Imam Samudra yang terakhir.. Ungkapan yang diucap dengan penuh yakin dan mapan. Yakin dengan kebenaran serta janji Allah buat mereka yang berjuang. Bahkan, mereka menjadi 'Sultan' di hati-hati manusia.. Buktinya, beratus-ratus orang mengarak jenazah mereka sejurus selepas hukuman dikenakan..
Lalu saya teringat suatu ayat dalam surah Al-baqarah;
Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu telah mati. Sebenarnya mereka itu hidup. Tapi kamu tidak menyedarinya. Al-baqarah: ayat 154
Moga-moga mereka 'tidur' dengan bertemankan alunan janji Allah ini...
Buat para Pencinta Syahid..
Sahabat seperjuangan..
Saya bawakan kisah tasji' di atas bukan nak mengajak anda supaya kita merubah strategi dakwah yang ada kepada strategi baru iaitu mengangkat senjata parang dan cangkul untuk menghadapi Mad'u dan Massa. Bukan! dan jauh sekali dari itu.. Tapi.. Apa yang saya nak bawa ialah agar kita menghirup segala inti dari kisah di atas. Biar jiwa kita hidup dan mata kita segar dek kemanisannya. Biar semangat dan al-yakin mereka meresapi jiwa kita yang kekadang diserang sifat al-wahnu dalam berjuang apatah lagi cuma sekadar menjadi pengidam Syahid..
Sabda rasulullah dalam suatu hadis sahih;
"Siapa yang mati dalam keadaan tidak berperang dan tidak pernah berniat untuk berperang maka mati ia dalam kedaan jahilyyah"
Guru kita Al-banna ada melakarkan penjelasan yang cermat lagi teliti mengenai pokok persoalan Jihad; Wahai saudaraku kata sang guru.. Antara sifat mereka yang berjihad serta menjadi Pencinta Syahid itu ialah;
Mereka menderita dengan apa yang menimpa kaum muslimin, mereka merintih terhadap semua ini. Allah mengetahui perasaan mereka dan kecamuk jiwa yang jauh di lubuk hati mereka. Mengocak ketenangan hati serta sering menghalang mereka berseronok dengan keluarga dan handai taulan. bahkan! jauh sekali dari bergembira dengan kelazatan dan keindahan hidup yang ada..Berjihad, Berjihad, dan berjihadlah...
Ketika mereka mencari jalan penyelesaian dari keserabutan mahupun kebuntuan umat, Allah menyaksikan bahawa tiada sebarang pemikiran bersalutkan hawa nafsu inginkan kedudukan mahupun imbalan dunia yang menjajahi jiwa mereka.
Mereka melaburkan masa dan harta hatta nyawa mereka di jalan ini. Cukuplah saudara melalui suatu markas mereka, saudara akan dapat lihat sendiri mata yang layu kerana berjaga malam, muka yang pucat asbab berjihad, tubuh yang kurus keletihan dek kerana tugas. mereka menanggung segala bebanan ini lantaran keimanan mereka yang kental serta CINTA mereka kepada SYAHID!
Mari kita berjihad dalam segala aspek lapangan yang kita ada.. Saya pinjam perkataan 'Jihad' untuk mendeklamasikannya dalam segala ruang lingkup kerja buat kita berdakwah serta meng-islah. Sekali lagi saya tegaskan bahawa sengaja saya pinjam perkataan itu agar ia menjadi sinergi booster buat setiap Penggerak Agama sama ada Rijaal mahupun Nisaa' yang ada.
Apakah kita tidak punya perasaan malu kepada Allah..? Kita sering menggelar kerja buat kita ini dengan panggilan Jihad.. tapi kesungguhan serta gerak kerja kita tidak menampakkan bahawa kita sedang berjihad!
Apakah kita tidak punya pertimbangan akal yang waras? Layakkah kita bergelar Mujahid mahupun Mujahidah apatah lagi mengimpikan Jannah serta Ainul mardhiah.. jikalau kita masih belum serius dan sering main-main dalam berjihad?
'Abdullah bin Mubarak pernah menyebutkan hal ini di dalam suatu bait Syairnya;
Wahai abid dua tanah suci, jika kau melihat kami;Saya masih ingat dalam suatu program.. Semacam terasa dipanah kilat apabila seorang Ustaz berkata dalam perkumpulan anak-anak muda yang 'hebat-hebat' dari seluruh kampus.. Tetiba beliau mengeluarkan kalimat yang bernada pedas lagi panas;
nescaya kau mengerti bahawa kau hanya bermain-main dalam 'Ibadah.
kalau pipi-pipi saudara dibasahi air mata, sedangkan leher-leher kami pula bermandi darah.
Jika kudamu lelah dalam kebatilan, kuda kami pula kepenatan di medan juang
Kamu dibelai haruman bunga-bungaan, haruman kami debu-debu hentakan kaki kuda.
Dan ketahuilah debu itulah yang lebih baik!
"Ana tidak percaya dengan antum.. bagi ana antum semua pembohong dan pendusta.. Masakan tidak, bila balik kawasan buat usrah dengan budak sekolah pun tidak larat.. Tapi di kampus berlagak bukan main hebat!"
Berdesing telinga saya ketika itu. Bukan sahaja telinga bertukar colour merah, malah darah muda seolah mendidih dan ada yang mengewap.. Jiwa muda tercabar!! Iya memang sinonimnya pemuda begitu.. Pantang dicabar dia akan mencabar.. Berbanding dengan orang tua yang tampak melebihkan kuasa akal dari kuasa semangat yang ada.
Ya.. betullah kata Abii.. Bekalan semangat semata tidak akan ke mana.. Itulah sebabnya kita perlukan 'orang tua' dalam perjuangan!
Dan Ya lagi.. kerana benarlah jua kata ustaz itu.. saban tahun kita menyaksikan satu persatu peristiwa gugurnya pejuang sebelum ke medan. Sedangkan bukannya susah pun, hanya sumbangan minima sahaja yang kita nakkan.. Kata orang, janganlah kita bercakap pasal jihad kalau buat usrah di sekolah lama pun sudah tidak mampu.. Sedangkan dulu, usahkan usrah.. berperang pun sanggup!
Na'uzubillah.. Moga kita semua thabat dan istiqamah di atas jalan ini..
Mengapa perlu susah payah..?
Saya terpana.. Terduduk tidak terkata bila ada orang lepasan kampus bertanya perihal sedemikian.. entah longkang mana dia membuang segala fikrah yang ditanam.. entah racun apa yang menyerang.. Sehingga bisa dia menyebutkan; mengapa perlu bersusah payah..?
mengapa perlu bersusah payah..?
mengapa perlu bersusah payah..?
Bergema persoalan itu di kepala otak dan seolah ia cuba meracuni benak hati saya.. Mujurlah saya teringat akan ucapan Dr. Sa'addudin Al-Sayyid Salih al-Zaqaziq. Alhamdulillah, ia menjadi vaksin mujarab buat melesapkan segala kalam celaru yang disuntik ke dalam tengkorak kepala saya ketika itu.
"Cuba awak semua ceritakan kepada saya dengan bersumpah di atas nama Allah berapakah muktamar dan organisasi yang telah ditubuhkan oleh orang Islam bagi tujuan menyeru manusia kepada Islam serta menentang usaha keras dari organisasi kuffar..?
Tidakkah anda ketahui bahawa realitinya kebanyakan pemimpin hebat dunia adalah anggota penting buat organisasi-organisasi kuffar ini? tidakkah anda sedari bahawa Rosevelt bekas presiden Amerika yang lalu adalah salah seorang anggota Muktamar Edinburgh?
Bahkan! Pertubuhan Kuffar ini turut disertai oleh mereka yang pernah memimpin penjajahan kepada dunia dan tamadun Islam. Lihat sahajalah di kalangan mereka ada Cardinal Lafigri di Tunisia, Marsyal Lieuty di Maghribi, lord Cromer dan panglima Gordon di Sudan.
Kalaulah pemimpin dunia barat sanggup mewakafkan diri mereka untuk berkhidmat kepada agama mereka dan sanggup pula menyumbang sepenuh tenaga dalam organisasi serta muktamar mereka..
Maka saya suka bertanya siapakah pimpinan Islam hari ini yang sanggup melakukan seperti pemimpin barat itu?? Hati mana yang tidak KOYAK bila berdepan dengan strategi Kuffar yang terancang ini sedangkan Orang-Orang Islam masih sibuk dengan urusan Duniawi mereka..!!"
Tidak perlu ulasan dan perbahasan.. Kerana ucapan itu sudah terkandung sejuta jawaban buat mereka yang sudah buta akan apa itu makna PERJUANGAN.. Ingat!.. Perjuangan tidak akan tertegak dengan bahasa mulut semata bahkan Perjuangan itu mesti ditegakkan dengan bahasa tindakan dan kuasa buat yang ada pada setiap Rijaal dan Nisaa' pencinta Syahid.. Allahu Akbar!
Aku bermimpikan lahirnya semula..
Al-Fateh, Al-Banna, Salahuddin Al-Ayubi, Said Hawwa,
Badiuzzaman Sayid Nursi, Zainab Al-Ghazali..
Ayuh Pencinta Syahid...!!
Bumi yang tandus jika dibajai pasti ia kan Subur..
Inikan pula hati manusia..
Al-Fateh, Al-Banna, Salahuddin Al-Ayubi, Said Hawwa,
Badiuzzaman Sayid Nursi, Zainab Al-Ghazali..
Ayuh Pencinta Syahid...!!
Bumi yang tandus jika dibajai pasti ia kan Subur..
Inikan pula hati manusia..
::Myikhwanfiideen::
Taman Pemuda 2008 .
And here is the rest of it.
1 comment:
salam mujahadah..
syukran ats pkongsiannya..
bila bbicara ttg syahid, brp ramai yg bnar2 spenuh hati ntuk syahid dlm pjuangan mpertahankan agamaNYA? brp rmai yg sgup mninggalkan keluarga n sgala kemewahan dmi mngejar wanginya syurga?
smoga SEMANGAT jihad mereka yg dibwa ke liang lahad itu meresap ke dlm jiwa stiap pjuang agamanya dan 'dibakar' dgn selayaknya..
Post a Comment