Monday, November 17

Revisit : Di Hujung Perbatasan Jihad!

|Dulu...|

Kaki saya laju melangkah keluar dari Dewan Peperiksaan.. Suasana semakin bingit dengan suara pelajar-pelajar yang seronok kerana hint telah mengena agaknya! Tidak kurang juga yang bersorak keriangan kerana exam dah habis... Lalu, mungkinkah petang itu bakal diisi dengan pesta?? Aah.. Biarkan mereka.. Aku ada lagi urusan yang perlu diselesaikan.. Timbunan kerja dan juga task persatuan yang tertangguh seketika kerana memberi laluan kepada exam perlu dilangsaikan.. Minggu depan dah start Latihan Industri.. Aku kena balik Sabah! Fikiran saya melayang entah ke mana...

"Kau balik bila...?" Paan menyapa di luar Dewan.. Rakan classmate yang rapat dengan saya.. "Ahad.." Saya menjawab pendek.. Paan mengangguk-angguk.. Memang dia antara rakan classmate yang cukup memahami saya.. Hidup di kampus bukan untuk akademik semata.. malah lebih dari itu lagi.. Tanggungjawab sebagai Rijal Agama perlu digalas samada susah atau senang.. Saya cuba menghiburkan diri.. Mungkin itu juga dalam benak fikiran Paan.. Berfikir seperti saya.. Semangat setiakawan yang terjalin selama 3 tahun mungkin menjadikannya faham.. Malah dia sendiri sering memberi sokongan yang banyak dikala kerja Persatuan dan Assignment berlonggok dalam satu masa.. Paanlah yang sedikit sebanyak membantu.. Thanks.. saya tersenyum sendirian sambil memandang wajah Paan yang ditumbuhi jambang =)..

Dunia MAHASISWA...

"Nak ke mana?" Sapaan saya agak kuat.. Fahmi (bukan nama sebenar) menoleh sebentar.. "Apa lagi.. Pergi Tebrau lah...". "Kan exam dah abis..". Fahmi terus hilang dari pandangan..

Suasana normal dalam universiti..

Lepas je final paper, Mahasiswa berduyun-duyun keluar kampus untuk release tension katanya.. Mungkin ingin membalas dendam setelah sekian lama bertapa demi untuk exam..

Apatah lagi bagi pasangan mama dan papa.. Minggu exam bagaikan penjara bagi mereka.. Nah! sekarang peluang tidak akan dilepaskan begitu saja.. Habis satu kota bandaraya dironda bersama..
Bersama rakan seperjuangan...

Alhamdulillah... Spontan mulut saya mengucapkan.. Syukur kepada Allah kerana saya tidak terjebak sama. Malah, saya merasakan setiap detik dalam hidup ini amat bermakna dan harganya amat mahal.. Tidak berani untuk disia-siakan walau sesaat. Tambahan pula ramai mata yang memerhatikan kita.. Itulah nikmatnya dalam berpersatuan.. Nikmat dalam bentuk bahasa yang perlu diterjemah oleh akal.. Bukan nikmat terjemahan nafsu amarah.. Izinkan saya berkongsi satu kata-kata;

“Jika mahu terselamat dari fitnah cinta yang membuang makna dari usia, sibukkanlah diri! Sibukkan diri dengan aktiviti berpersatuan, hidup biar ada perjuangan. Ada sesuatu yang diperjuangkan. Kerana sesungguhnya air yang statik tidak mengalir akan rosak akibat statiknya ia. Pemuda yang banyak masa lapang tanpa perjuangan, akan dibunuh oleh masa lapangnya itu”--Abu Saif

Kata-kata ini sering saya ulang kepada rakan-rakan. Harapannya agar kami sama-sama faham dimana sebenarnya hala tuju dalam berjuang di dunia penuh cabaran ini.. At least, dengan kesibukan ini dapat menyelamatkan jiwa dan minda kita dari berfikir benda yang apa-apa entah sehingga mengundang murka Allah.. Na'uzubillah.

Teringat saya kisah Ashabul-kahfi.. Kisah mulia mengenai sekumpulan Pemuda yang lari dek dikejar Raja.. lantaran ingin mempertahankan Akidah dan pendirian, mereka sanggup berdepan risiko sehingga Allah mengiktiraf kisah Agung ini dalam Al-Quran buat tatapan pemuda Islam sekarang.. Bukan kisah ini dilagukan sahaja dalam bentuk bayati,hijaz ataupun Sobah, malah perlu diagendakan dalam minda dan diterapkan pada amal.. Itu barulah maksud penghayatan sebenar!!

|Kini...|

1200 pm| Peristiwa yang sama telah berulang.. tanggal 16 NOV 2008, kaki melangkah keluar dari dewan imtihaan selepas berperang dengan paper terakhir, eng. economy. Alhamdulillah tiada lagi ucapan termulia yang dapat diungkapkan melainkan thank you Allah!

Cuma agak sedih juga kerana ironinya juga seperti sebelum ini detik berakhirnya minggu imtihaan ini disambut dengan pelbagai 'pesta suka ria' yang selama ini terbuku menunggu masa. Iya.. Saya tidak menolak fitrah jiwa serta otak yang perlukan rehat setelah berpenat lelah ketika minggu imtihaan.. Tapi, haruskah jiwa serta otak itu diberikan gula-gula berupa maksiat kepada Allah setelah sekian lama ia berkhidmat buat jasad bagi menagih segulung ijazah..?

Masa untuk mengadu kasih..

Usai saja paper yang terakhir tadi, sudah kedengaran bicara-bicara yang tidak menyedapkan hati..

"Jom! main futsal malam nie.." Seorang teman mengajak.. " Tak bolehlah.. aku dah plan ngan awek aku nak pegi Jusco Tebrau malam nie.." Teman yang diajak membalas. Saya menjeling rakan tadi. Jelingan membawa erti dan maksud!

Korban cinta.. Jangan cuba bermain dengan api

Malah ada yang sanggup tidak balik bercuti semata-mata mahukan suasana yang 'aman' untuk bermadu kasih! Masakan tidak, kalau di rumah pasti diberikan pelempang naga oleh mak-ayah jika mereka tahu yang anak gadis mereka asyik membonceng lelaki ke hulu dan ke hilir.. Itu yang menyedihkan.. Semegah-megah Universiti yang ada tapi sayang ia tidak mampu mendidik sakhsiyyah serta akhlak mahasiswa..

Perbetulkan kaedah..

"Habis.. Takkanlah kita tak nak kahwin??"
.. Itu jawapan dari seorang teman rapat apabila saya cuba memberi nasihat. "Eh, siapa kata pula engkau tak boleh kahwin?". Feedback question yang bersahaja dari saya untuk cuba menyanggah salah-tanggapan dia. Melarang untuk bercouple bukanlah bermaksud melarang untuk berkahwin!

Saya faham akan suara hati mereka yang bergelar tahun akhir.. Apatah lagi tinggal beberapa bulan lagi untuk mendakab segulung ijazah setelah perjuangan panjang bertahun-tahun bermula dari pengajian peringkat darjah. Dan.. tak salah bagi saya untuk sesiapa merancang landskap kehidupan baru setelah bergraduasi nanti kerana If you fail to plan, you plan to fail!

Setiap 'desire' manusia perlu diuruskan dengan betul

Tapi.. kaedah perlaksanaan tadi mestilah betul. Bukan setakat betul bahkan ia harus 'halal' disisi Allah dan Rasulnya. Itu barulah Muslim namanya.. Ingat! Benda yang kita dapat dengan cara yang MUDAH pasti akan menghilang dengan MUDAH juga.. I remember one of the slamber words from my senior: Barang yang ciplak dan tidak berkualiti banyak bersepah di kaki lima.. Manakala, barang yang baik lagi berkualiti pasti disimpan rapi dan pasti mahal harganya..

Kadang-kadang rutin 'negatif' jadi penyelamat..

Penyelamat dari rempah Cinta.. Penyelamat dari kancah maksiat dosa..

Artikel saya yang dulu ada menyentuh tentang mereka yang menghabiskan masa dengan persatuan. Maka kesibukan itu menyebabkan ia menjadi ubat mujarab bagi menghilangkan konotasi desakan perasaan yang berantai dalam hati. Apatah lagi apabila mereka itu disuntik dengan pil-pil keimanan bagi menghalang sebarang virus merosak lagi membinasakan.. Alhamdulillah.

Tapi.. bagaimana pula yang tidak tergolong dalam kelompok di atas. Bukankah mereka terdedah dengan bahaya penyakit couple ini?

Saya ada teman yang sangat rapat. Iya boleh dijadikan contoh bagi memahami persoalan yang sengaja saya utarakan di atas. Kawan saya ini boleh dikatakn Gamerz Addict! masakan tidak, sepanjang masa sehariannya dihabiskan dengan bermain game. Hanya ada masa pengecualian untuk solat, makan, dan juga tidur. Tapi apa yang menariknya ialah, kesibukannya dengan dunia ilusi gaming menyebabkan hanya dia yang dapat survive setakat nie dari terkena penyakit CINTA!

Sesungguhnya setiap apa yang Allah kurniakan itu pasti ada hikmahnya dan oleh sebab betapa hebatnya rahsia hikmah itu maka ia kekadang tidak dapat dicapai serta difahami oleh pemikiran Insan..


Daie sewajarnya tidak membutakan mata akan sebalik hikmah perilaku seorang Mad'u

Di hujung perbatasan jihad..

Only just revisiting... Na'am.. Tinta coretan ini hanyalah sekadar perkongsian rasa yang boleh kita representasikan dalam bentuk kalimah ayat agar sekurang-kurangnya di perbatasan jihad kita masih ada tenaga dan upaya untuk meneruskan gerak-kerja yang bersisa.

Bagi kita yang bertitlekan kader dakwah.. Di perbatasan jihad bermaksud tidak ada rehat mahupun cuti dari bekerja untuk agama walaupun we just finish our examination session..

Adakalanya juga suatu peristiwa DULU dan KINI masih mengulang kejadian yang sama kerana sunnahtullah begitu.. Peluang bagi seorang kader memahami ulangan peristiwa ini agar upaya dakwah dan kesan strategi dakwah itu dapat ditingkat saban masa..

Berilah walau ia hanya sekadar secangkir kopi..

myikhwanfiideen,
Electrical engineer 2009.

RAUDHAH SYABAAB SDN BHD

12 comments:

Anonymous said...

yea la zul,ana brada dlm posisi selesa,tu yg kdg2 tersms,terchat dll lg.cuma jiwang tu xde la kot.

Anonymous said...

inilah realiti...
bukannya fantasi..

maksiat dah jadi trend hidup yg sihat..

teingat cerita seorang teman tentang kata lecturer ketika sedang bagi kuliah.. "kalau sepanjang kamu berada di universiti ni tapi tak pernah bercouple, sia-sia lah hidup kamu.."

seolah2 yang tidak bercouple ni tidak normal atau dengan lain perkataan "pelajar bermasalah"

akhir zaman syeikh..

myikhwanfiideen said...
This comment has been removed by the author.
myikhwanfiideen said...

Alhamdulillah syukran atas responsif anda..

anonymous 2 said;
teingat cerita seorang teman tentang kata lecturer ketika sedang bagi kuliah.. "kalau sepanjang kamu berada di universiti ni tapi tak pernah bercouple, sia-sia lah hidup kamu.."

Iya.. Bunyinya agak pelik kan.. tapi jangan cakap tiada.. Memang ada!

Inilah cabaran.. kalau difikirkan.. Biarlah diaorang nak bercouple.. dah nasihat tak mkn jg.. so.. biarlah..

Hmm.. Bg saya.. seorang kader Dakwah ia tidk wajar ada kamus 'biarlah!' bila memandang suatu isu apalgi jika ia ada tggjwb utk mencari solusinya..

One of da hypotesis here.. We didnt have a concrete solvent to Mahasiswa bg mereka merencana jalan ke alam rumahtangga tanpa melanggar batasan SyariatNya.. Kecualilah da 'exclusive group' bcoze we have a system.. But.. How the others??

BERCINTA SELEPAS BERKAHWIN.. satu term yg perlu diusahakn bersama agar ia difahami serta diyakini oleh Massa.. Espcially mereka yg bergelar Mahasiswa..

Unjuran budaya serta trend semasa agak menakutkan.. Lihat sahajalah.. kadang2 yg menggalakkan mereka bercinta bkn org lain.. Bahkan! mak-Pak sendiri menjadi MOTIVATOR tetap.. Ape taknya naik kepala..

We need solution.. Jgn asyik bahas soal istilah tapi kurang dari sudut aplikasi.. Orang sekarang nak bukannya boleh atau tidak.. But.. Persoalannya bagaimana dan macam mana..?

Daie must realistic not juzz idealistic..

LegendZ said...

Lawan jangan Layan pun Jangan...baik Lupakan...

Kapankah lg..kapankah lg...

Anonymous said...

Jangan...jangan monyet..nanti ....

treasurer said...

salam ukhuwah
satu peringatan yg baik wat shbt2 yg brgelar mahasiswa..
dlm isu lps exam,blh la ana kaitkn dgn ayt ALquran:bukankah Allah menyuruh hamba2 Nya berjalan di muka Bumi Allah supaya melihat kebesaranNya..so,salahkah bg sahbt2 yg lepas test utk me'neutral'kn balik mood n perasaan diorg lps brtukus lumus stdy dgn bjln2 ketmpt yg blh menenangkn jiwa n otak yg kusut nie..
sheikh,setiap ciptaan Allah itu ada hikmahnya n kita as 'pengguna' di bumi Allah nie lah patut ungkaikn hikmah tersebut..
dlm prmaslhn couple,dis problem is hard 2 say..maybe ada pnyelesaian yg khusus mslh ini sprt anta ckp,bermain games..bg yg laki2 blh la biasakn beriadah(futsal) mcm ana n kwn2 ana wat petg n tgh mlm..anyway,"sesungguhnya Kami ciptakan manusia dgn sebaik2 kejadian"-mrka ada akal yg blh brfungsi bezakn yg baik n buruk,cuma perlu 'dikandang' dgn iman yg kukuh utk jd lebih sempurna,InsyaAllah

myikhwanfiideen said...

salam dan syukran buat General Muaz yg sudi mengomel dlm ruangan komen nie..=)

Memang ana tgu-tgu komen dari enta..

Nantikan posting terbaru ana.. "CINTA ANTARA DUA MAZHAB"

LegendZ said...

"CINTA ANTARA DUA MAZHAB"..mantap sheikh..nta ni dah mcm Zaid Akhtar la ana tgk..
Request:nti boleh buatkan novel kisah hidup ana ek..ana bg tajuk,tajuk dia "KAPANKAH LAGI"...haha

myikhwanfiideen said...

KAPANKAH LAGI..

Only two words.. But the meaning is very wide and complicated to say..

Insya Allah.. tapi enta kena hntr abstrak ngn ana dulu la..(",)

Anonymous said...

waduh..waduh..nk hantar abstrak pulak..ana dh boring dh sheikh format2 ni..nta kan dh kenal ana,boleh bca hati ana kan..so ikut la instinct nta tu..jkata ukhuwah mantap..huhu

Kembara Muslim said...

yang penting pinggan disusun... hehehehe... back to basic.. suruh diri