Saturday, May 9

Happy Mother's Day

Terima kasih buat para Ibu, bakal-bakal Ibu, dan apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan ‘Ibu’..

Contohnya Ibu pertiwi.. (“,)

Untukmu para IBU..

Terima kasih atas CINTA, JASA dan KORBAN lelah yang engkau curahkan buat “anak-anak riang” yang kadang-kadang masih jahil untuk menghargai semuanya itu..

Ibu o ibu..

Bersempena dengan HARI IBU, kami kesekian kalinya sekali lagi memohon AMPUN jika ada KATA dan GAYA yang mengguris hatimu disepanjang kami bergelar anak..

Saya teringat suatu hadis Nabi, jika manusia dibenarkan sujud kepada manusia nescaya aku perintahkan ANAK sujud pada IBUNYA! Betapa tingginya kemuliaanmu disisi agama..

--------------------------------------

Untukmu para ANAK pula..

Saya sertakan sebuah cereka santai. Hayatilah ‘santapan’ ini sementalah anda tengah minum-minum teh...

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang .. ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma.. ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah.. ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk.. ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada .. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!“
Bila sakit, orang paling risau adalah .. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Tapi bila dah KAHWIN...

Aku ada pasangan hidup sendiri!
Bila seronok… aku cari pasanganku
Tapi bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Tapi bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Tapi bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Tapi bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut hari ulang tahun perkahwinan… Aku hadiahkan bunga pada
pasanganku
Tapi bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan ‘Selamat
Hari Ibu’
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan telefon pasanganku
Entah bila.. aku nak telefon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku



Renungkan:
Satu persoalan, benarkah IBU dan AYAH masih punya tempat ISTIMEWA di hati kita?? Tepuk dada, renung-renungkan...

8 comments:

Anonymous said...

Hari ibu yang d laung2kan bukanlah daripada ajaran Islam. Islam mengajar lebih dari itu. Harap jauhkan diri daripada ideologi Kufur.

myikhwanfiideen said...

Selamat buat saudarku yg meberi KOMEN..

-Iya.. Saya setuju dgn maksud saudara bahawa Islam mengajar pada umatnya supaya si anak menghargai ibunya bukan hanya sehari.. Bahkan sehari-hari!

-ideologi kufur?? Kalau ideologi kufar boleh terima lagi.. Tapi ideologi kufur itu maksudnya apa..? Adakah org yg 'meraikan' kaum ibu boleh menjadi kafir??

Apa beza pula misalannya dgn sambutan HARI JANTUNG SEDUNIA..? adakah org yg meraikannya juga boleh menjadi kafir..?

(berhati2 dgn istilah.. Ia membawa seribu satu maksud yg jauh berbeza!)

-Saya tidaklah arif sgt bab agama.. Kalau saudara mahukan penjelasan lebih, bolelah tanya kepada 'perahu2 besar' yg juga meraikan kaum Ibu.. cth- www.saifulislam.com (lihat entry beliau 11 MEI 2008)

P/s-kadang2 kita merasa sudah Islam sedangkan org kafir lebih Islam cumanya mereka tidak Muslim!

"Selamat hari Ibu buat seluruh KAUM IBU..."

lailafillah said...

salam..sbnrnyr..hari2 adlh hari ibu..hari kite perlu mengingati ibu..cumenye ble ade spesifik tarik..mungkin lbh menceriakan hati ibu2..jgnlah salah tafsirkan hari ibu..waAllahua'lam..

SyukraNs said...

Kesian deh... ini perkara baik. Tak semestinya semua datang dari Barat tu tak baik. Teknologi internet ni pun datang dari pihak Kufar...jadi tak yah ke guna teknologi ni????

KEsian deh...

Muhammad Hafiz said...

Assalamualaikum w.b.t.

Bila dah kahwin?

Macam dah 'selesai' je...

Hahaha...

Harap2 bila nta sedih, berdukacita, dan perkara yang seangkatan dengannya, nta akan rujuk dua-dua..

Anonymous said...

sape laa gune identity Anonymous kat atas tu.. kepada hafiz, jgn tanye org lain.. nta tu ble lagi... dah nak masuk seester akhir dah.. huhu

Muhammad Hafiz said...

ana pesan satu je...

Doa-doakanlah untuk ana ya...

Usaha dah ada...

myikhwanfiideen said...

Selamat buat semua COMMENTATOR..

Wah2.. Bukan main hebat anda semua berdebat di sini ye..

Anyway sumanya dialu-alukan atas dasar ILMU..

Cuma.. Kepada Abg Hafiz..
Soalan dan statement yg menyentuh sensitiviti pemilik blog dilarang utk dikeluarkan di sini OK.. Thats my RULE!!
(",)