Tuesday, May 5

Catatan hati

Semalam..

Saya berjalan-jalan di TAMAN ILMU (Kedai Buku). Sebenarnya just nak release tension.. Dalam masa yang sama, nak cari juga satu buku tulisan Barrack Obama—“Keberanian Menggapai Harapan”. Dengar-dengar dah ada terjemahannya..

Tapi.. Puas saya merayau di segenap alam raya.. Tak berjumpa pun dengan buku yang diinginkan.. Inilah yang tak bestnya bila duduk ‘Wilayah Selatan’. Sering sahaja ketinggalan dengan maklumat dan info. Takpa.. Pasti ada hikmahnya..

Memandangkan masa ‘melepak’ masih panjang lagi.. Saya ambil keputusan untuk membaca beberapa buku baru di pasaran sekarang.. Nak beli semua, tak larat nak bawa balik deh! (sebenarnya bukan tak larat nak bawa, tapi tak mampu nak bayar.. Haha).

Sambil-sambil saya ‘menscanning’ buku.. Saudara Yazif pula keasyikan menghendap novel-novel baru. Dia sangat SUKA novel.. Saya pula sangat BENCI novel.. Kami sering ‘bergaduh’..

Buat apa kamu baca novel..? Benarkah watak dalam novel itu betul-betul wujud? Saya mengusiknya..

Itulah kamu.. Novel la yang paling bagus.. Kalau kamu nak tahu, buku itu cuma TEORI.. Nak tahu bagaimana PRAKTIKALNYA, bacalah NOVEL!.. Ek-eleh.. pandai pula dia menjawab.. (“,)

Entahlah.. saya jarang membaca novel sejak akhir-akhir ini.. Novel “ayat-ayat cinta” yang sudah ada movie itu pun saya belum habis baca.. Apatah lagi tengok movienya.. Dulu masa sekolah rendah, Ya.. Memang rajin betul baca novel. Macam perempuan! kakak kata. Lelaki tak boleh baca novel ke?? Apalah akak nie.. (p/s-Bukan novel CINTA ye.. Jangan salah paham. Saya baca novel PERANG)

Apapun.. Saya percaya semuanya ada KEBAIKAN.. Mengindahkan gaya bahasa, lenggok ayat, capaian makna, bla-bla-bla.. Banyak lagilah.. Tak mampu nak dibuat senarai panjang dalam entry ini.. Yang penting sebenarnya adalah, anda suka MEMBACA! So.. Bacalah apa sahaja yang anda minati.. Terpulang. (Ajib.. Jangan marah. Ok :))

Semalam juga..

Saya berkesempatan untuk bertemu buku ini. Buku Catatan Hati Nik Nur Madihah. Kalaulah ada undian sms untuk JUARA BUKU, rasanya sayalah pengundi pertama buku ini.. Bukunya simple sahaja, iyalah dairi hidup katakan.. Taklah tebal sangat. Tapi bila saya perhati setiap bait ayat dalamnya, saya rasa macam berada di Kelantan dan sedang duduk dalam rumah usang yang beliau maksudkan..

Terus-terang saya katakan, tulisan ini HIDUP! Memang hidup sebab saya merasainya.. Tahniah buat Adikku Nik Nur Madhihah! Anda MUTIARA buat semua..

Si ayah bergelut dengan gelombang.
Si ibu bergelumang dengan perit harian.
Lantas si anak menyemat tekad untuk terus
berjuang melepaskan mereka dari kesengsaraan.

Kesempitan hidup yang menyesakkan nafas tidak pernah sekalipun mematahkan semangatnya untuk berjaya. Malah itulah tangkal dan azimat yang menjadi bekalan untuknya mengatur langkah, mencari permata yang tak ternilai harganya – ILMU! Menyalin semula sebuah kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak punya wang untuk membelinya. Sering berpuasa menahan lapar dan dahaga demi untuk menjimatkan belanja. Menahan keinginan hati untuk memiliki barang-barang sendiri. Bukan senang mencapai bintang. Namun, tiada yang mustahil dalam kehidupan. Kepada Allah dia menyandarkan harapan. Agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan cabaran hidup. Semoga diberi kesempatan untuk membalas keringat dan jasa ayah bonda.

Tekad si anak bukan mainan kerana di hujungnya adalah permulaan kepada sebuah KEJAYAAN!

PELAJAR SPM TERBAIK MALAYSIA 2008-20A

Saya cadangkan juga buku ini dibaca oleh adik-adik yang berada di bangku SPM dan PMR sekarang.. Bacalah dengan HATI bukan dengan MATA. Ambillah INSPIRASI dari insan yang masih hidup di depan mata kita iaitu Nik Nur Madhihah.. Saya walaupun sudah melepasi alam sekolah, saya tetap ada suntikan inspirasi baru setelah membaca buku ini.. Tapi dengan syarat, kenalah baca dengan HATI bukannya dengan MATA.

Alhamdulillah banyak buku saya sempat scan semalam.. Antaranya;



myikhwanfiideen

BACALAH dengan nama TUHANMU yang menciptakan!

2 comments:

annisaNazifa said...

Salam..

Dah lama tak tinggalkan buah fikiran d blog ni..

"Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan"...alhamdulillah dah baca

perkongsian

http://fikrahnazifa.blogspot.com/2008/11/memoir-jihad-anak-melayu-di-afghanistan_02.html

"Bidadari Dari Timur"

Dari kulit ke kulit...
Sungguh benar Menakjubkan...

myikhwanfiideen said...

Walaikumussalam warahmatullah..

-Bukan lama.. Tersangat lama.. Sejak dari sem lepas..

-Owh.. Ustzh lg dahulu rupanya dari saya.. Maklumlah kami tinggal di 'wilayah selatan'.

Ulasan yg baik.. Saya dah baca Alhamdulillah.

-Bidadari dari timur.. Menakjubkan dengan penuh mutiara perkongsian. Cuma, bg saya terlalu 'sikit' yg dikongsikan dlm buku tue..

Sy cdgkn Zaujah ToGuru kene tulis lg akan datang utk memuaskan pembaca.. :)

P/s-Selamat PULANG dan BERKHIDMAT di bumi WATAN!