Saturday, May 2

Ini ‘BUAH’ saya!

Berdebat dan berhujah adalah suatu PILIHAN.. Bukannya TUNTUTAN yang wajib dipilih untuk merungkaikan suatu persoalan dan kekusutan.. Dan, bila berdebat atau berhujah.. Ilmu dan akal yang sepatutnya kehadapan.. Bukannya perasaan atau emosi yang bermaharaja lela.. COOL beb!

Saya bukanlah pendebat yang hebat.. Tak pernah pun jadi wakil sekolah atau wakil daerah ke.. Tak.. Saya memang tak pandai berdebat. Sebab..

Ada sebabnya..

Sebelum saya bagi tahu hujah saya pula.. Terlebih dahulu saya bagi aluan penghargaan kepada ANDA dan SEMUA yang memang HEBAT dalam berdebat! Tahniah buat anda!

Saya menyanjung anda sebagaimana saya menyanjung pendebat-pendebat hebat yang ada di kaca televisyen.. Saya berbangga dengan anda sebagaimana saya berbangga dengan para pendebat seusia saya yang ‘terkenal’.

‘Terkenal’.. Tidaklah sampai ke pelusuk dunia atau tarafan International.. Tapi terkenal di sini maknanya.. Terkenal mengikut level yang sewajarnyalah.

Tahniah sekali lagi!

Kenapa saya tidak berdebat mengikut style ANDA?

Kerana bagi saya seni berpencak yang anda anuti adalah bukan yang Islam ajarkan.. Islam tidak mengajarkan untuk kita menegakkan ‘benang yang basah’.. Anda sudahlah tahu bahawa anda di pihak kontra yang memang membawa benang yang basah.. Tapi, anda masih pilih jalan DEBAT!

Kononnya sekadar mahukan KEJELASAN yang lebih.. Ya.. Saya boleh mengiyakan.

Tidak apalah.. Tapi, kita tukar DEBAT itu ke DIALOG. Dah cukup dah.. Kata orang, bilik dah terang.. Buat apa buka lampu lagi?? Kan MEMBAZIR namanya.. Membazir masa ANDA dan SAYA.. Membazir masa ISLAM dan tempoh KEMENANGAN yang saya yakin sudah semakin hampir.

Ingat apa saya kata awal-awal tadi.. DIALOG sahaja..

Tapi, ketika DIALOG anda mengkhianati saya.. Anda menghunus KERIS dari sarungnya.. Anda seolah menuntut saya mengacah GOLOK yang tidak seberapa. Anda seolah mengajak saya ke gelanggang yang pada mulanya hanya mahu menunjuk buah BUNGA cuma.

Tapi..

Rupanya anda mahu supaya saya mebuka buah TEMPUR pula! Anda menikam, mencarik, menghayun, dan cuba melukai saya. Bahkan! Semacam mahu MEMBUNUH saya!

Ini bukan PENDEKAR.. Bukan pula PANGLIMA.. Ini pengecut!

Dan.. Paling UTAMA nak dikatakan.. Ini bukan cara ‘perlawanan’ yang Islam ajarkan..

SEBAB.. Dengar sini baik-baik!

Sebab.. Ada dua sahaja natijah dari pertempuran yang kita buat bila saya melawan..

Sama ada SAYA kecundang.. atau.. ANDA yang mati tertikam! Yang menang pun tak sure lagi hayatnya.. Mungkin juga kena bawa pegi ICU sebab perut dah terburai!

Daripada DUA orang tadi, sekarang dah tinggal SATU orang.. Satu orang itu pun belum tentu lagi, mungkin dah ‘cacat’ selepas itu. Jadi, kerja ini siapa yang nak buat? Bagi terbengkalai sajalah.. Kita semua duduk ‘Dewan Debat’ sahaja! Bercakap atas angin.. Berpencak atas pentas.. Buatnya tidak!

Sekali lagi saya katakan.. MEMBAZIR! Pasang lampu di kala dinihari.. Lain kali jangan ajak saya lagi buat kerja membazir itu!

Keduanya..

Lihatlah sirah Nabi.. Peringkat awal kebangkitan Islam itu.. Orang yang paling ramai merelakan dirinya BERJUANG bermati-matian bersama Nabi adalah orang “LOW CLASS”. Bukannya “BANGSAWAN” seperti ANDA!

Eh.. Manakan pula bangsawan mahu buat kerja picisan seperti ini.. Bangsawan kan berilmu.. Apatah lagi ‘bangsawan Ugama’ seperti Anda! Saya akui saya tidak searif anda.. Iyalah.. Seharian saya menadah kitab TownSend, Ohm, Paschen.. Anda pula seharian menuntut bunga silat dari mahaguru besar-besar.. Apa kaki saya nak banding dengan anda..

Tapi at-least saya ada kaki.. Dengan kaki tempang inilah saya melangkah.. Saya cuba junjung perintah Nabi dengan bahasa TANGAN. Bukan dengan bahasa MULUT.. Islam tidak akan tertegak dengan hanya mulut campur air liur!

Wahai ‘Bangsawan Ugama’!

Maaflah kalau saya semacam menghayun golok selepas bertarung. Nampak seperti melibas angin.. Nampak juga seperti berpencak seorang diri.. Tidak. Saya menghayun untuk menunjuk BUNGA.. Bukan nak mengajak TEMPUR.

Terpulanglah kepada tafsiran anda.. Terpulang juga kepada saya untuk bersilat seorang diri..

Tengok ‘buah’ ini.. Cuba hayati!

Anda ketawakan orang lain kerana kurang ilmunya.. Anda persoalkan itu dan ini.. Anda kritik kononnya pincang sana-sini.. Anda pula buat apa? Ilmu ugama dalam diri anda itu nak dijadikan tapai kah? Diperam sampai jadi tuak?

Firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu Al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit, mereka itu sebenarnya tidak memakan melainkan api, dan Allah tidak akan berbicara dengan mereka pada hari kiamat dan tidak akan mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih”-Baqarah: 174

Apa berbeza sembunyi ilmu ugama dengan peram ilmu ugama?

Apakah berbeza menjual al-kitab dengan mencipta kesalahan orang yang beramal dengan al-kitab?

Dan.. Jangan sampai anda menjadi bangsawan yang bergantung makan dari hasil jualan tadi!

Opps.. Saya agak tersasul. Sepatutnya saya tunjuk buah BUNGA saja.. Entah macam mana termasuk buah TEMPUR pula.

Ini ‘buah’ BUNGA..

Guru saya Imam Hassan Al-banna ajarkan:

Duhai Syabab (pemuda). Seandainya kamu meyakini fikrah kami dan kamu mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu waqafkan segala tenaga dan usaha kamu untuk akidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan buatmu di dunia dan akhirat.

Allah akan membuktikan kepadamu apa yang telah dibuktikan kepada generasi Islam yang terdahulu.

Tetapi.. Jika kamu masih enggan dan terumbang-ambing melayan kefahaman yang mengecewakan, maka sesungguhnya angkatan Allah dan tentera-tenteranya ini akan meneruskan perjalanan mereka samada bilangannya SEDIKIT ataupun RAMAI.

Firman Allah:

“Dan KEMENANGAN itu hanyalah dari Allah yang maha Perkasa lagi maha Bijaksana”-Ali‘Imran:126.

Saya dah tunjuk ‘buah’ BUNGA.. Sekarang terpulanglah kepada anda.

Wallahu’alam

2 comments:

Nafsah Dulajis said...

buah yang tajam menghakis dinding perut...
terima kasih utk makanan hari ini

myikhwanfiideen said...

Dr khayra Al-Zagazig;

-jangan makan Dr.. BAHAYA.. Buah ini hanya utk org2 tertentu sahaja..

TIADA kaitan antara yang HIDUP atau yang dah MATI.. ;)

Wallahu a'lam!