Muhasabah?
Muhasabah datang dari kata arab HISAB.. Maksudnya KIRA.. Kan dulu-dulu, subjek matematik juga dipanggil ilmu hisab.. Ilmu kira-kira..
Makanya bermuhasabah membawa suatu makna kita TIMBANG-KIRA amal yang ada dengan umur yang dah berlalu..
Ya.. Penting sangat..
Kalaulah muhasabah boleh dibuat setiap malam lagi baik..
Tak perlu ambil masa yang lama..
Cukuplah selepas solat sunat dua rakaat sebelum tidur, kita ambil sedikit masa duduk atas sejadah.. Merenung, mengira, menilik, dan menilai segala amal yang dilakukan seharian.. Jika ada amal yang BAIK, maka berjanjilah untuk menambahinya esok.. Jika ada amal yang BURUK pula, berjanjilah juga.. Tetapi, janji untuk tidak sekali-kali mengulanginya!
Janji dengan Allah.. Tuhan sekalian alam!
Bukankah kisah Khalifah Umar masih segar dalam ingatan kita.. Bagaimana beliau bermuhasabah di tengah malam dengan sebatang rotan.. Sehinggakan ketika kematian beliau, jelas kelihatan kesan-kesan rotan pada belakangnya! Hebat sekali kesungguhan MUHASABAH beliau..
Sesungguhnya..
Seorang hamba yang amat cinta dengan Penciptanya pasti ia merasakan getaran yang maha dahsyat tatkala menghadap kekasihnya di sepertiga malam.. Apatahlagi jika kekasihnya tadi ‘mempersoal’ segala dosa-dosa yang dilakukannya di siang hari ketika sesi muhasabah.. Hamba yang bertakwa ini pasti menangis dengan penuh rasa kesal dan bimbang.. Bimbang apa? Bimbang takut-takut dosanya menjadi pemadam kehangatan cinta mereka.. Cinta Hamba dengan kekasihnya (AllaH ‘azza wajalla)..
Macam mana RASA cinta macam nie..?
Yup.. Benda nie sangat subjektif untuk diterangkan.. Ia bergantung dengan iman dan amal seseorang.. Setiap orang punya tahapan masing-masing.. Manakan sama tahap iman seorang umum dengan seorang ulama misalannya.. Manis cinta itu adalah anugerah yang berbeza-beza dari Allah.. Iya.. Bergantung dengan usaha kita mendekatiNya..
Sekadar renungan..
Seorang teruna yang ketagihan kasih dan belaian si dara.. Dia akan sanggup menunggu berjam-jam lamanya duduk bersama.. Berbual entah apa entah.. Sembang tak habis-habis sampai ke pagi.. Bermula dari lepas maghrib sehingga lepas isyak tak berhenti lagi.. Pukul 1 pagi beli makanan untuk sahur, eh ada lagi mamat dengan minah nie kat kafe.. Bercanda-candaan tanpa ada rasa jemu, mual, penat, dan sebagainya.. Kenapa?? Sebab.. Itulah pukulan CINTA..
Tapi.. Malangnya.. Masa dan tenaga yang dilabur untuk cinta spesis ini tidak mengundang apa-apa faedah.. Air liur terbazir begitu sahaja.. Bahkan! Ancaman Allah menunggu di akhirat sana..
Cinta yang sekejap.. TIRUAN.. Dah berkahwin nanti tahulah apa jadi.. Bosan tak tahu nak sembang apa.. Yelah.. Modal cerita si teruna dah habis time bercouple dulu!
Menyimpang jauh nie.. Tadi kata nak cerita pasal cinta ASLI antara hamba dengan pencipta.
Ok.. Saya suka ulangi bahawa benda nie sangat subjektif.. Bergantung dengan iman dan amal seseorang.. Tapi, kita cuba untuk definasikan melalui perspektif yang umum yang mudah untuk difahami..
Contoh.. Pernah tak satu hari tue kita rasa malas sangat untuk solat berjemaah.. Lagipun bukannya wajib solat berjemaah! Solat kat bilik dahlah.. Rasa surau tue terlalu jauh walhal hanya depan kolej saja.. Tak sampai 10 minit pun kalau berjalan kaki.. So, masa tue ada dua keadaan orang..
Orang yang pertama.. Orang yang kalah dengan nafsunya.. Lantas, tidak ada upaya dan daya untuk mengatur langkah ke surau.. Orang macam nie tidak menghargai ikatan CINTAnya dengan sang Pencipta.. Bukankah sewajarnya ia patut pilih yang paling disukai oleh Allah?? Bahaya tabiat seperti ini.. Sebab takut-takut lambat laun rasa cinta dengan Allah akan terhakis!
Orang kedua.. Macam tadi jugalah.. Rasa malas tue ada.. Tapi, oleh sebab ia pendamba cinta dari Tuhannya maka ia gagahkan juga untuk menapak ke surau.. Menyahut panggilan mu’azzin sebagai ‘tukang seru’ Allah di muka bumi.. Walaupun usaha itu kelihatan sedikit.. Tapi akhirnya, KREDIT CINTA yang akan digunakan untuk menghubungkan antara Hamba-Pencipta dapat ditambah sedikit demi sedikit.. Orang kata, top-up!
Itu hanya 1 per sejuta contoh yang ada..
Realitinya..
RASA bercinta dengan Tuhan bukan boleh dibina dalam masa satu hari! Bukankah Imam Nawawi pernah ditanya.. Bilakah tuan merasa benar-benar khusyuk dalam solat? Jawab beliau.. Aku merasa benar-benar khsyuk dalam solat ketika umurku mencecah 40-an..
Nah.. Sedangkan para ulama besar-besar sekalipun mengikat cinta dengan Tuhan sehingga berpuluh-puluh tahun.. Inikan pula kita hari ini? Itu sebab saya analogikan usaha-usaha amal yang sedikit di mata manusia yang kita perbuat hari ini sebagai suatu usaha menambah KREDIT CINTA kepada Allah.. Sikit-sikit moga ia menjadi bukit!
Insya Allah satu masa nanti rasa BERCINTA yang sebenar-benarnya akan kita kecapi dalam segala gerak-geri kehidupan seharian!
Berbalik kepada perihal MUHASABAH tadi.. Apa perkaitannya dengan cerita cinta yang dibincang?
Senang sahaja.. Dari muhasabah harianlah kita tahu dimana takat cinta kita dengan Allah.. Adakah cinta kita dengan Allah cinta ASLI ataupun TIRUAN? Kalaulah kita sanggup berjam-jam lamanya menghadap kekasih yang berwajah makhluk mengapa pula kita tidak sanggup berjam-jam lamanya duduk bermuhasabah dengan Khalik??
Itu sebab Allah berfirman dalam Surah Syams..
“Maka Allah mengilhamkan kepada manusia dua jalan, jalan kejahatan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya!”
Mari bermuhasabah agar ESOK kita lebih baik dari SEMALAM!!
3 comments:
salam,
alhamdulillah post kali sangat bermanfaat bagi insan yang mendamba kasih Allah insyaAllah,
lama nda jmp abang zul yer..hmm,
:-)
jazakallah
apa kaitan muhasabah dengan cinta?
Muhasabah cintaku...:)
40 yrs old baru dpt khusyuk dlm solat?huh...long way to go!
thanks for sharing...
> Bro Hafiz
Syukran dik..
Abg ade post sesuatu kat Shoutbox enta..
Mohon utk reply ye..
>Dr Khayra
Muhasabah cintaku? Seems mcm title buku je.. Alhamdulillah dah baca..
"Moga setiap hari kita akan tambah nilai KREDIT CINTA kpd Allah.."
Post a Comment