Di hujung petikan jari..
Manusia mula menipu diri..
Perasan pada daya kira-kira kini..
Bercita dengan fikir jengkal seinci..
Konon dunia mampu ditawani.
Hanya dengan sekadar.. Petikan jari ini?
Di hujung petikan jari..
Manusia tidak sedar diri
Bahawa hariannya semakin lari
Lari dari mengabdi
Pada ilahi..
Jari-jemari yang menari..
Mula menipu diri
Bersangka bahawa dia masih di sini
Bersama sang ilahi
Tapi, hakikatnya sudah pun sendiri!
Di hujung petikan jari..
Macam-macam kepala mengimpi..
Konon, semua akan datang kemari..
Ibarat turun membanjiri
Apakah bisa seperti ini?
Mana mungkin rezeki bergolek begini..
Kalau tiada usaha yang pasti.
Dan doa tawakkal yang mengiringi..
Demi sebuah petikan jari.
myikhwanfiideen,
PICC, Putra Jaya.
No comments:
Post a Comment