-Gambar Hiasan-
“Bang.. Susahlah. Saya dah cuba dah. Tapi, masih tak berjaya juga.”—rintih adik junior sekolah saya melalui YM (yahoo messenger).
“Dulu kitorang dah break. Tapi, sambung balik.. Dia yang minta sambung.”. sambungnya lagi.
“Kadang-kadang rasa bersalah datang.. Tapi, sekejap je. Lepas tu buat balik. Dating balik.”
“Saya tahu couple tu tak boleh.. Lagilah keluar dating sama-sama.. Tapi, tak tahulah.. Tahu memang tahu.. Tapi, masih buat juga.”. Saya biarkan dia bermuhasabah..
“Nak kahwin tak boleh.. Bukan tak boleh, tak lojik. Masih belajar. Dia pun tak nak.. Nak tumpu study dulu katanya..”. Aik? Bercouple boleh tumpu study pula?
“Bang, saya tak nak macam ni lagi.. Tapi, entahlah.. Sekejap je boleh bertahan.. Lepas tu, buat balik.”. Ya, inilah yang dikatakan transformasi yang tersungkur.. Berubah mengikut musim.
Saya kenal adik ini.. Bukan perkenalan dua atau tiga hari.. Bahkan sejak dari bangku sekolah menengah lagi.. Dia membesar di depan mata saya.. Dia budak yang sangat baik.. Sangat warak.. Lebih baik dari perangai saya dulu-dulu.
Tapi, masuk alam dewasa di Universiti.. Dia diuji.. Teruji dengan namanya perasaan “C.I.N.T.A.”. Akhirnya, dia tersilap meletakkan perasaan cinta. Bukan pada yang sepatutnya.. Bukan pada yang Pencipta tapi pada yang dicipta. Makhluk manusia..
Macam mana saya tahu? Kerana gambar-gambar yang terupload di dalam laman blognya memberitahu.. pada album-album Facebooknya.. Dalam Friendsternya.. Hingga pada ID yahoo messenger sekalipun, bukti dia sedang diuji atau teruji tak boleh disembunyi lagi.
Tapi, saya masih respect dengannya.. Kerana dia berani mencuba untuk berubah.. Melakukan transformasi untuk meninggalkan alam kepura-puraan cinta yang belum pasti akan sampai ke mana.. Cuma, proses transformasinya tadi teruji. Dan, akhirnya dia kecundang lagi.
Diuji pada PINTU yang terlemah.
“Abang.. Kenapa saya diuji dengan ini?”—Pertanyaannya mematikan lamunan silam saya.
“Syaitan yang minta dengan Allah begitu..”—Pantas tangan saya menaip. Entah, saya pun tak pasti kenapa jawaban ini yang terkeluar. Ilham spontan.
“Maksud abang? Tak faham..”.
“Syaitan tahu kat mana kelemahan anak Adam. Dia nampak kita. Kita tak nampak dia.”
Bijaknya Syaitan merencana.. Mereka mengkaji pintu hati mana yang terlemah..
“Jadi?”.
“Dah lupa ke? Iblis meminta di depan Allah swt untuk hidup sehinggalah kiamat tiba. Hidup untuk menyesatkan anak-anak adam. Dan, Allah pun perkenankan.” Saya tak ingat ayat Quran mana tu. Tapi, memang ada.
“Allah perkenankan sebab memang kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya atas tujuan untuk diuji. Yang mana satu layaknya Syurga. Yang mana satu penamatnya Neraka. Hak Allah untuk menguji dan kemudian memberi balas.”
“Dan.. Syaitan itu adalah tentera Iblis yang termahir sekali. Mereka menguji ‘pada tempat yang terlemah’.”.
Macam nie..
Ada dua pintu hati manusia.. Pintu KECINTAAN dan pintu KETAKUTAN.. Setuju? Sebab itulah ayat-ayat Quran yang diturunkan pun ada dua bentuk. Basyiriin dan Munziriin. Berita GEMBIRA dan berita ANCAMAN. Dua berita ini akan masuk ke dalam hati manusia mengikut dua pintu tadi..
Manusia yang lemah pada pintu CINTA, tidak akan diuji dengan rasa takut. Tapi, syaitan akan cuba masuk dengan rasa cinta juga.. Cinta pada yang salah!
Manusia yang lemah pada pintu TAKUT, tidak akan diuji dengan rasa cinta. Tapi, syaitan akan cuba masuk dengan rasa takut juga.. Takut pada yang palsu!
Dan, ada yang diuji serentak.. iaitu manusia yang lemah pada kedua-dua pintu, CINTA dan TAKUT sekaligus!
Mendambakan transformasi yang MENANG.
“Habis.. Macam mana nak buat..?”. Lama juga bicara kami.. Bicara bisu. Antara keyboard dengan keyboard. Saya yakin tuntutan jiwanya itu murni. Mahukan transformasi yang menang. Bukan kecundang sekali lagi.
Tapi.. Tidak semudah yang di sangka. Saya mengimbas pengalaman-pengalaman silam. Mencari apa-apa yang boleh dikongsi dari kembara yang pernah dilalui..
Menjayakan sebuah transformasi diri bukan seperti memetik jari.. Kerana keazaman untuk melakukan anjakan tadi tidak akan lari dari namanya ujian. Syaitan ada di keliling kita setiap hari.. Sampaikan kita tengah tidur sekalipun mereka masih bangun lagi. Tengah bermesyuarat barangkali untuk ‘next agenda’ untuk esoknya!
“Pergilah lari..”. Akhirnya saya mencadangkan benda yang ‘gila-gila’..
“Lari? Biar betul abang nie..”—Terkejut dia dengan cadangan saya di awal pagi buta itu..
“Ya.. Lari ‘sekuat-kuat hati’.. Jangan bawa sedikit pun ‘sisa’.”—Saya berkias.
“Maksud abang?”. Kesian adik junior ni.. Dah pening dengan permainan bahasa.
Lari sepenuh hati tanpa membawa sedikit pun sisa, maksud saya berubah secara TOTAL.. Bukan serba-serbi sahaja.. Kita mahu tinggalkan tabiat bercouple maka sekaligus kena pastikan segala ruang-ruang yang mengarah ke situ di tutup serta-merta.
Beranilah berkata TIDAK. Hakikat, kita bukan membenci.. Tapi, mahu menyelamatkan diri.
ALL BLOCKED!!—Will you...?
Contoh. Kita tak mahu bercouple.. Tapi, masih lagi melayan ajakan kawan-kawan yang turun ke wayang sambil membawa ‘buah hati’ masing-masing.. Lambat laun, kita pun akhirnya kecundang dan bercouple semula macam mereka..
“Eh.. Mana boleh macam tu bang.. Kawan tetap kawan. Takkanlah kerana itu kita memutuskan ‘silahturrahmi’..”—Fuh! Hebat juga hujah dia nie. Hebat, tapi rasanya salah tempat!
“Ya.. Abang tahu. Silahturrahmi, sillahturrahmi juga.. Tapi, bukan sampai membelakangkan Allah swt.. Fahami pepatah ini.. Kalau perahu tidak sebesar bahtera, jangan berani-berani memukat ke laut dalam.. Bimbang-bimbang diri sendiri yang terkaram.”.-Bukan berdakwah yang terjadi.. Tapi diri sendiri yang terdakyah.
Dia diam. Harap diam dengan faham. Insya Allah..
Bawalah 'lighter' ke mana-mana..-TIPS-
“Ok lah bang.. Insya Allah saya usahakan. Abang doakan ye.”.
“Insya Allah, doakan abang juga.. Pesan abang, jom amalkan bawa lighter (pemetik api) ke mana-mana..”
“Hehe.. Ini tips apa pula ni?”
“Dah lama tips nie.. Kita je tak amal sekarang.”
“Abang nie pelik lah.. Haha”—Betulkah dia ketawa? Ke jari je yang tertawa..
Pernah dengar tak suatu kisah? Dah lama kisah nie.. Saya baca dari satu buku cerita kanak-kanak masa tadika dulu.. Kisah seorang tentera Islam dengan seorang gadis jelita di dalam gua. Ingat?
Kisahnya lebih kurang begini..
Ketika perang tengah berkecamuk, seorang tentera Islam tersesat ke dalam gua yang gelap gelita.. Tentera tadi pun menghidupkan pemetik api yang dibawa. Nak tahu apa yang ada di dalam.. Subhanallah! rupa-rupanya ada seorang gadis yang amat jelita sedang berlindung sama..
Tika itu, syatitan pun datang berbondong-bondong menggoda tentera Islam tadi. Siapa yang tahu? Dia dan gadis itu sahaja yang ada di dalam gua.. Peluang keemasan!—Jerit syaitan laknatullah...
Tapi.. Maha suci Allah! Pemuda yang hidup pada zaman itu, bukanlah pemuda yang tewas pada hasutan. Mereka adalah pemuda yang dibajai oleh ruh keimanan.. Kecintaan pada Tuhan dan ketakutan yang amat sangat pada azab. Padanlah Islam gemilang di tangan mereka..
Dalam gelitanya gua, hanya iman yang mampu menyuluhi..
Lantas, tentera Islam tadi menghidupkan pemetik api.. Bukan untuk melakukan kemaksiatan.. Tapi, MEMBAKAR JARI untuk menentang runtunan nafsu yang menyesatkan! Jikalau jari ini tidak mampu bertahan dengan api dunia, apakan lagi api akhirat..
Allahu Akbar! Allahu akbar!
Apakah ada lagi pemuda sebegitu pada zaman ini? Sama-sama kita fikirkan..
“Siapa yang tidak mahu dikasihi.. Siapa yang tidak mahu mengasihi.. Memang fitrah manusia begitu.. Sifat semula jadi.. Tapi, kasih yang macam mana? Mengasihi yang bagaimana? Tuntas, kasih yang tidak memadam kasih Allah swt.. Kasih yang tidak merelakan kulit dibakar walau seinci pun keesokan.. Itulah kasih yang sebenar!”—Moga itulah kasih kita dan cinta kita..
8 comments:
Cintailah pencipta cinta, yg maha arif tentang cinta, natijahnya kenikmatan yg tak terhingga..
cinta itu jika tersalah letak..tetap zalim namanya..hati2lah meletakkan cinta..
kata orng 'cinta itu buta'. sebenarnya kita yg 'buta'.
..Kita akan 'buta' bila istilah cinta sndiri pun kt tak fhm apa maknanya..
Wallahu ta'ala a'lam.
wah hebat sungguh kamu bercerpen..ni buli dpt nobel prize if kamu buat bukunya...truskan usaha...dr kwn kakak mu.
Ya, rasa cinta mmg tak salah. Ia adalah fitrah yg Allah kurniakan kpd stp manusia.
Rasa cinta tak salah ttp kesalahan selalu b'laku sewaktu menjalinkan hbgn cinta. di sinilah manusia selalu terjebak.
Cinta terlarang adlh cinta yg menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah.
Bila kehendak tdk disalurkan @ mengikuti peraturan maka akan b'lakulah kekalutan&kemusnahan.
so camane cara kita nk bina masjid ngan org yg kita saling suka myukai mrangkap redha meredhai?Oppss..tp kita duit xda lg.bukan ape,takut tlepas jek.huhu
>Kwn kakak<
T'ma kasih..
p/s-Nobel Prize tu da trlalu tinggi d awan..sdgkn, hdup membri x brmksd ingin m'trima pulgn drnya..
>daiemuslimah<
Sy stuju dgn ini. Prkongsian yg sgt baik.
>Putralam<
kgusaran n kbimbgn akan snts hadir.. Apa yg pntg, kt brmuhsbh sbntr utk mnilai..
Adkh bnr ia FITRAH yg suci atau hny mainan hmbusn FITNAH dr syaitan?
Jk ia FITRAH yg diyakini mlalui sujud istikharah, mk buatlh prcgn yg ssuai dgn syariatNya..
Jk ia skdr FITNAH yg mroskkn, mk usahalh utk mlupkn n tgglkn.
p/s-Dlm hal ini duit bknlh fktor trbsr utk mjd batu ALASAN. Mmg sume bende kt Dunia yg kt nk buat pasti prlukn D.U.I.T... Bg sy, cuba tkr 'duit' td mnjd D.O.I.T.. Alasan drubh mnjd CABARAN dan insya Allah di sinilh pmula kpd titik kematangn utk lbh dewasa..
Sy snts doakan sdr.. Amin!
Post a Comment