Masih menulis.
Walaupun kepala berselirat dengan macam-macam benda.. Tapi itulah saya, boleh jatuh sakit kalau tangan tidak menulis..
Saya terkontang-kanting,,
-Siapkan segala keperluan protokol untuk Majlis Ihtifal PASTI
-Mesyuarat dan Muktamar GAMIS JOHOR yang semakin mampir
-Interview untuk National Science Fellowship, tomorrow!
-Urusan pengisian untuk Islamic Summer Camp 09
-Writing paper for International Conference in Japan, coming Disember
-Review kertas kerja untuk “BIG PROJECT”, Wilayah Padang, Indonesia
-Dan..
Entah, sampaikan kepala saya kehilangan memori untuk mengingat semua.. Terfikir untuk bertanya, berapa Giga@Tera “RAM otak” kita ye?—Aduh, mungkin saya hanya ada 256 MB je!
Beberapa hari ini SMS masuk untuk requesting&asking something.. Maaf saya tak terlayan semua.. Insya Allah, berikan saya masa untuk berfikir. Harap difahami.. Syukran.
Sekadar itu.
Hopefully sembuh setelah menulis!
p/s-saya berjalan-jalan melihat entry saya yang dulu-dulu.. Teringin nak kongsi satu entry lama. Moga ada manfaatnya bersama..
IMTIHAN: Usahakan hadir satu kePUASan.
Berpinar juga mata rasanya bertempur dengan paper POWER ELECTRONICS and DRIVES petang tadi. Soalan very tough dan mampu mendesak kami 'garu-garu kepala' dan 'usap-usap janggut'. Dan ketika on the way keluar dari dewan imtihaan, terserempak pula dengan adik-adik budak elektrikal. Lalu,
"Bang.. ana sedihla.. huhu.. tak dapat jawab ngan baik tadi..". "Bang, takutlah pointer jatuh sem nie. Hmm.. Camne ek.. Mesti mak marah nanti..".
Saya tersenyum. Dah agak dah.. Bisik hati kecil saya. Dilema adik-adik!. Saya pun time dulu macam nie juga. Rasa macam nak pitam waktu keluar dari dewan peperiksaan.
"kita solat dulu.. lepas tue kita makan sama-sama ek"
Saya sengaja mengalihkan topik. Saja nak bagi masa dengan jiwa mereka untuk 'beristirehat' dari kecamuk.
"Ok bang.. Jom!"
Alhamdulillah.. Sekurang-kurangnya jerat pelanduk saya mengena. Moga segala keluh-kesah jiwa tadi dileburkan dalam sujud panjang menghadap 'Tuhan Sekalian hati dan Perasaan'!
Imtihaan..
Dont try like this during EXAM!!
Peperiksaan bukanlah suatu perkara yang remeh. Walaupun ia bukanlah PEMUTUS MUTLAK masa depan tapi sekurang-kurangnya ia adalah PENENTU BAYANGAN masa depan kita. Maka ia jangan dianggap enteng tapi jangan pula mereng kerananya. Normal seorang pelajar akan tertekan apabila merasakan bahawa dia tidak dapat menjawab dengan skala yang terbaik ketika final exam. Tapi, sebagai seorang muslim wajar juga situasi itu diambil sebagai PENGAJARAN dan meyakini adanya HIKMAH yang tersembunyi.
Pengajaran; Adakah kita membuat persediaan rapi sebelum exam? Cukupkah latihan yang dibuat?.. Berapa banyak previous final paper yang kita dah cuba? Ade tak masa tetap yang kita peruntukkan untuk mengulangkaji..?
Hikmah; Mungkinkah ini adalah peringatan dari Allah sebelum hadirnya suatu kegagalan yang lebih besar?
Kalaulah dua elemen yang saya sebutkan di atas telah pun kita penuhi serta yakini, maka saya harapkan ia menghadirkan suatu titik KEPUASAN dalam diri. Walau apa pun natijah yang bakal kita terima dan lihat pada slip peperiksaan nanti.
Kita PUAS kerana kita telah pun berusaha semaksima mungkin!
Kita juga PUAS kerana kita yakin Allah bagi sesuatu yang terbaik buat kita!
PUAS boleh mententeram jiwa dan PUAS adalah pelawan KECEWA
Maka pastikan kita PUAS!
Dilema.. Betulkah sibuk mengundang bahana??
Adakah SAYA sibuk seperti DIA?
Betulkah sibuk mengundang bahana? Jika orang tanya soalan ini dengan saya.. Saya akan jawab; Sudah pasti ! jika awak tidak pandai mengenal lalu mengatur sibuk.. Siapakah yang sibuk? Antara SAYA, DIA dan MEREKA mana satu yang sibuk? Benarkah SAYA lebih sibuk dari DIA atau mungkinkah MEREKA lagi sibuk dari SAYA? Ataukah SAYA, DIA dan MEREKA memang sama-sama sibuk?
"Ape abang cakap nie..? Pening ana.." Rintih seorang adik kesayangan usrah saya.
Saya senyum. Sengaja saya mengungkit persoalan agar kita sama-sama berfikir. Pakar motivasi kata, mencetuskan persoalan serta ruang imiginasi adalah proses terbaik untuk membangun daya intelek dan kira-kira manusia!
Ya memang ia menjadi suatu dilema especially bagi mereka-mereka yang mempunyai tanggungjawab besar. Tika kehangatan minggu final exam, kekadang ada "TUGAS" mendatang yang perlu dilangsaikan. Itulah cabaran! Cabaran buat SAYA, DIA dan MEREKA. Cuma persoalannya ialah sejauh mana kita SEDAR dan BERSEDIA kerana hakikatnya SAYA,DIA dan MEREKA kesemuanya ada beban tersendiri dan kesemuanya turut berhadapan dengan cabaran SIBUK!!
Bersediakah kita??
Dari SEDAR ke SEDIA..
SEDAR itu masih dalam kotak ilusi fikiran. Berbekalan SEDAR semata tidak cukup bagi menangani 'DILEMA' apatah lagi mahukan 'PUAS' di hujung bicara peperiksaan nanti kerana SEDAR hanyalah bahasa retorik manakala SEDIA pula adalah bahasa praktikal. Oleh itu, pastikan SEDAR itu diupgrade kepada SEDIA dengan suatu pelan tindakan tersusun dan terancang. Seolah kita mahu menakluki dunia. Sungguh! siapa kata kita belajar sekadar main-main.
Sedar ke Sedia perlukan fasa pemeringkatan dan usaha jihad mahupun kesungguhan. Jadikan hari esok lebih baik dari semalam sebagai slogan. Senang cerita, apa yang tak faham semalam kena faham hari ini. Jangan semalam tak faham hari nie pun tak faham lagi. Paling teruk, semakin hari semakin tak faham-faham nauzubillah.. Janganlah ada semacam itu ketika kita menuju PUAS serta menggapai REDHA dalam learning process ini.
Moga kita semua dipermudahkan oleh Allah dalam setiap urusan kita yang baik. La tahinuu wala tahzanu, Innallaha ma'ana.
::myikhwanfiideen::
bachelor of electrical engineering
No comments:
Post a Comment