Thursday, November 26

hua, Zammiluni

P/s-Kepada yang sudi; mohon bagi KOMEN/KRITIK/CADANG atau apa-apa yang patut. Thanks.

Salsabila sibuk mengatur pinggan mangkuk di dapur. Ummi sekali sekala menegur tempat letak atur yang Salsabila dah susun..

“Putri Solehah kena rajin juga buat kerja dapur.”. Celoteh Ummi pada putrinya.. Salsabila diam. Akur..

“Eh, adik kamu mana? Tak balik dari masjid lagi..?”. Baru perasan. Putranya, Zammiluni tak muncul di dapur. Selalunya waktu begini dialah yang sibuk. Macam-macam nak minta. Kalau takde benda yang boleh ditolong, kakaknya Salsabila pula yang diusik. Perangai anak beranak.. Biasalah.

Salsabila melirik jam dinding. Oh! Dah pukul 9 malam. Zammiluni mesti dah balik.

“Ummi, jap ye.. Biar Sal yang panggilkan.”. Pantas sahaja kaki Salsabila menapak ke tingkat atas.. Hmm.. Kenapa dengan adik aku sorang nie? Dari petang tadi diam seribu bahasa..

Kaifa wa iyyazharu ‘alaikum la yarqabu fiikum illa wala zimmah.—Sayup-sayup suara lunak Zammiluni terdengar dari luar pintu bilik. Salsabila tak masuk, sekadar berhenti di muka pintu. Menunggu masa sesuai untuk memanggil putra umminya, Zammiluni.

Memang dah tradisi keluarga.. Arwah abah yang didik. Putri tak boleh sesekali masuk ke bilik putra melainkan dengan izin.

Senyap. Bunyi suara merdu membaca Quran tadi dah tak kedengaran..

“Zam.. Cepat turun ye.. Ummi dah tunggu kat meja makan.”.

“Kak.. Adik dah kenyang.. Tak larat nak makan. Tolong sampaikan salam dengan Ummi”. Haih? Bila pula kenyangnya nie..? Sarapan tak makan.. Tengah hari tak keluar bilik.. Malam pula tak makan. Pelik semacam je.. Dah makan kat masjid? Takkan lah..

"Perasaan CINTA kadang hadir tanpa dipinta.. Ia anugerah yang SEMULAJADI dari Allah swt.."

La yarqabuuna fii mu’minin illa wala zimmah..—Bacaan Quran kembali bersambung. Salsabila tak jadi nak bertanya..

“Mana adik kamu?”. Ummi menyapa bila melihat putrinya turun dari tingkat atas.

“Adik dah kenyang.. Dia kirim salam dengan Ummi.”

“Walaikumussalam warahmatullah. Kenyang? Ade kenduri kat masjid tadi ke?”. Ummi memandang kalendar di dinding. Selalunya malam jumaat sahaja yang ada jamuan Yassin di masjid. Malam nie confirm la takde.

Kenal benar Ummi dengan putranya yang seorang ini. Tak macam yang lain. Dari ramai-ramai putranya yang ada, Zammiluni lah yang paling galak. Paling mesra dengan orang. Paling banyak guraunya dengan adik-beradik lain. Entah kenapa hari ini berubah perangai?? Sejak pagi berkurung di dalam bilik.

Hati Ummi resah.. Selera makan terasa padam.

“Ummi.. Makanlah dulu.. Ala, insya Allah jap lagi adik Zammi turunlah tue..”. Salsabila dapat membaca riak wajah Ummi.

“Yalah. Mari makan.”. Ummi patuh dengan putrinya.

***

“Assalamualaikum!”. Kenal benar dengan suara nie.. Ummi mengengsot mencapai remote pintu. Kemudian, punat remote ditekan..

“Walaikumussalam.. Jemput masuk. Jangan segan-segan ye..”. Ummi melawak.

“Hehe.. Memang nak masuk pun. Ummi tak jemput, Naurah akan masuk juga.”. Terpacul Naurah Fathiyyah dimuka pintu. Menantu Ummi yang juga seorang ‘hafizah’ sama seperti putranya, Qamarunnajmi.

Berdecap-decup pipi Ummi dicium oleh Naurah..

“Mana Qamar?”. Salsabila menyampuk bila tengok Naurah keseorangan. Kelibat Qamarunnajmi, putra bongsu keluarga nie tak kelihatan..

“Abang Qamar pusing semula ke markas tarbiyyah.. Ada mesyuarat ad-hoc katanya”. Balas Naurah. Sambil itu, terus saja Naurah capai tangan kakak iparnya, dicium.. Dan, pipi Salsabila juga jadi mangsa macam Ummi tadi.

“Abang Zammi mana?”. Naurah perasan kereta Vios abang iparnya tersadai di luar rumah. Eh, abang Zammi tak pergi mesyuarat sama ke?

Ummi tak terus jawab. Ummi pandang muka putrinya, Salsabila.. Seolah minta jadi wakil untuk menjawab soalan menantunya Naurah.

“Abang Zammi ada kat atas.. Dia ade kerja kot.”. Naurah angguk. Faham..

***

Ummi bangun dari katil. Berapa kali nak cuba menutup kelopak mata.. Tapi tak berjaya juga. Macam ada sesuatu yang mengganggu Ummi.

“Sayang.. Kalau rasa fikiran tak berapa tenang. Solatlah dua rakaat.. Insya Allah, Allah pasti akan bagi tenang”. Teringat pesan arwah suaminya. Dah genap 5 tahun perpisahan mereka. Rindu nie Allah sahaja yang maha Tahu..

Ummi perlahan-lahan membangunkan malam dengan solat.. Ummi dibuai khusyuk sujud yang panjang buat Rabbnya.. Hanyut bersama rintih dan sendu yang diiringi khauf wa raja’ seorang hamba yang mengharap secebis simpati...

Selesai salam.. Terdengar suara putrinya Salsabila memanggil halus.. “Ummi.. Ummi.. Zammi tu.”—Kenapa dengan putraku Zammi?

Salsabila pimpin Ummi menaiki tangga ke tingkat atas. Maklumlah Ummi dah sedikit uzur.

“Assalamualaikum..”. Ummi bersuara dan pintu bilik Zammiluni dikuak dari luar. Tercegat Zammiluni memandang Ummi dan kakaknya Salsabila. Tak sangka Ummi dan kakak masih berjaga..

“Assalamualaikum..”. Ummi mengulangi salam. Kali ini Zammiluni seperti baru tersedar. Pantas saja tangan Ummi disambut sambil dikucup mesra. Terasa semacam ada air dingin yang terkena tangan penuh kedut milik Ummi.. Zammiluni menangis.

“Zammi.. Kenapa dengan kamu ni sayang..?”—Ummi perasan sesuatu.. “Kenapa menangis?”. Ummi meriba putranya yang sudah besar panjang.. Salsabila duduk disamping.

“Takdelah ummi.. Zammi ok.”—Zammiluni mahu berahsia.. Tampak ada sesuatu yang disembunyikan sejak awal pagi tadi. Ummi dah masak benar dengan perangai putranya yang seorang ini. Takkanlah murung semacam..

“Hmm.. Dah dapat berita ke?”. Berita apa? Maksud Ummi..?

--Insya Allah.. Bersambung.--

2 comments:

Khaulah al-Haura' said...

sila sambung dengan kadar yg segera:D

myikhwanfiideen said...

insya Allah.. kalu tdk pd blog, pd buku y terbit. doakan!