Thursday, November 19

Bingkisan buat QiadaH


Firman Allah swt..

“Hai Dawud! Sesungguhnya kami menjadikan kanzu (Penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu kamu mengikut HAWA NAFSUMU, kerana ia menyesatkan kamu dari Jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat di Jalan Allah akan mendapat AZAB yang BERAT, kerana mereka melupakan hari Perhitungan.”—Surah Sod: 26.

Visi kepimpinan semestinya jelas..

Iaitu menegakkan yang Makruf (KEBENARAN) dan Menegah yang Munkar (KESALAHAN). Persoalannya? Bagaimana nak tahu itu adalah KEBENARAN, dan yang ini pula KESALAHAN..?

Maka, disinilah pernan WAHYU dari Allah swt.. Melalui wahyulah manusia mengenal mana yang BENAR dan mana pula yang SALAH.. Bukan berhukum atas hawa nafsu yang terpandu oleh Syaitan..

Sesungguhnya, kepimpinan yang paling BERKESAN ialah.. Apabila barisan pimpinan itu “NAIK”, maka bertambahlah hal-ehwal yang Makruf dan menyusutlah perkara yang Munkar. Inilah maksud terminologi yang paling tepat untuk memberi definisi “BERKESAN” pada perspektif kaca mata Islam.. Bukan dengan, program yang ‘Gempak’ atau ‘banyak’ semata-mata..

Siapa dia yang layak untuk Memimpin..?

Secara umumnya.. Mudah sahaja untuk mencari kelayakan orang yang boleh menjadi pemimpin.. Kelayakan untuk itu mudah, tapi membuktikan kelayakan tadi ini yang agak payah.. Apa yang kita agak tidak semuanya benar belaka melainkan ada bukti yang ‘Jelas’.

Pertama; Ilmu pada tempatnya..

Tidak perlu menunggu Ulama untuk memimpin tempat kita.. Cukuplah ada orang yang punya ilmu sesuai dengan lapangan tempat kita bergerak. Seorang Doktor pakar yang Berilmu, adalah TIDAK LAYAK sama sekali untuk memimpin sekelompok JURUTERA cari gali di atas pelantar minyak. Walaupun doktor tadi orang yang berilmu.. Itu bukan tempatnya.. Begitu juga sebaliknya.

Kedua; Kekuatan luaran.

Ini bukan bermaksud kita perlukan pemimpin yang gagah Perkasa dari sudut Fisikologinya.. Perang zaman ini, bukan secara totalnya mengarah ke situ.. Bahkan, Islam diserang dari pelbagai sudut yang kita tidak ramai Panglima Perang untuk berdepan dengannya..

Islam diserang melalui Massa.. Siapakah yang boleh memimpin dan seterusnya menjadi Panglima untuk berdepan dengan musuh pada lapangan Massa?

Islam diserang melalui ekonomi.. Siapakah Panglima kita yang boleh menggembleng kekuatan ekonomi Islam untuk berdepan dengan musuh?

Konklusinya, kekuatan-kekuatan ini yang kita perlukan sebenarnya..

Ketiga; Amanah.

Amanah bukan sekadar melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang sedia ada.. Amanah bukan sekadar itu. Tapi, amanah yang sebenar bagaimana untuk ‘meledakkan’ lagi segala rencana untuk menuju kemenangan Islam.. Pendek kata, sentiasa menambah baik prestasi kerja.. Hari ini Lebih Baik dari Semalam dan Esok Lebih baik dari Hari ini!

Akhirnya, setelah gabung jalin interaksi yang TERBAIK dan paling OPTIMUM antara kepimpinan dan anak buahnya, maka letusan daripada itu pasti akan menolak lagi sebarang langkah untuk menuju kemenangan..

Apa yang paling utama ialah, memperkasakan potensi dan prestasi kita sebagai individu yang terpilih dan berada di dalam itu.. Kerana, jika semua berfikir sebegini nescaya prestasi dan keunggulan sebuah gagasan organisasi dengan sendirinya akan termobilasi. Insya Allah..

Perkongsian Pesan dari Khalifah Abu Bakar R.A.:

Duhai para Panglima tenteraku..

  • Bila mana kamu datang pada perajurit kamu, JANJILAH kepada mereka akan KEBAIKAN. Dan, PENUHILAH akan janjimu itu!
  • PERBAIKILAH DIRIMU, nescaya para perajurit kamu menjadi BAIK.
  • Jika datang utusan musuh, MULIAKANLAH mereka.. Janganlah mereka terlalu dikawal. Biarlah mereka bebas sedang mereka tidak mengetahui RAHSIA kamu.
  • Jangan biar perajurit kamu yang BERDEPAN musuh. Biarlah KAMU SENDIRI yang berdepan dengan mereka.
  • Sekiranya kamu BERMESYUARAT, selidikilah segala berita nescaya BERHASILLAH mesyuarat kamu.
  • Sekiranya sampai BERITA MUSUH kepadamu, jangan HEBAHKAN kepada perajurit terlebih dahulu sehingga kamu menyelidikinya.
  • Banyakkan “PEMERIKSAAN MENGEJUT” terhadap perajuritmu siang dan malam.
  • Berilah SEMANGAT dan janganlah PENGECUT. Kerana jika kamu tiada bersemangat nescaya perajurit kamu pun tidak bersemangat jadinya..

Mari kita renung-renung pesan ini.. Saya rasa terlalu banyak kaitannya....

No comments: