Thursday, November 12

Mana rama-rama.. Mana bunganya?

“Tak guna! Menyusahkan orang!”.. Terdengar suara di luar pagar.

“Cepat! Aku mahu kau keluar dari rumah nie..”—Suara yang sama.

“Cepaaat..”. Terdengar bunyi tangis orang besar. Orang perempuan menangis.

“Syaitan! Cepat pergi..”. Ya Allah.. Saya yang tengah menaip di dalam rumah terpaksa keluar meninjau.. Apa benda yang berlaku?

Teman serumah pun sama. Masing-masing terpinga-pinga.

Bila keluar rumah, terlihatlah adegan yang kurang enak. Adegan tampar-menampar, kutuk-mengutuk, dan astaghfirullah tendang-menendang pun ada. Yang sedihnya, sang Isteri yang jadi mangsa dan suami pula pemangsa!

Anak-anak hanya dapat jadi penonton.. Mereka berbaris di dalam pagar rumah. Satu, dua orang terkebil-kebil sambil air mata berderai laju.. Masakan tidak, hari itu orang yang namanya PAPA sudah bukan papa lagi.. Hari itu dia “SINGA”!

Tak tahan.. Semua aksi itu berlaku di depan mata!

“Sudahlah.. Biarlah. Masuklah rumah.”—Sahabat mencadangkan. Kegusaran mungkin datang sebab ini hal rumah orang. Tak usah kita nak campur.

“Jom-jom.. Sudahlah..”—Sahabat tadi dah mula bimbang. Bukan apa, silap hari bulan “singa” yang tengah lapar itu memakan kami satu rumah pula! Tambah pula jiran-jiran lain ‘menutup pagar’ dan ‘mengunci pintu’. Ya, tiada siapa yang mahu endah. Inilah style orang bandar, ‘kau dengan kau dan aku dengan aku’.

Alhamdulillah.. 15 minit kemudian kereta peronda polis pun sampai.. Terima kasih pada yang menelefon. Sekurang-kurangnya, anda telah selamatkan empunya badan yang tengah dipukul dan hati perasaan anak-anak yang didera!

Mana rama-rama.. Mana bunganya?

Kenapa perlu bergaduh?

Kalaupun nak bergaduh sangat, kenapa mesti depan anak-anak?

Depan anak-anak satu hal.. Kenapa bergaduh di depan deretan rumah jiran?

Entahlah.. Kita nak koreksi pun susah. Kita bukan ahlinya.. Dan, kita belum layak untuk itu.. Tapi, oleh kerana dia berlaku di depan rumah.. Maka, saya rasa tidak salah untuk mem’busy body’.. Siapa suruh buat short filem percuma dan memalukan begitu.

Bukan tak pernah tertonton filem-filem percuma begini.. Ada.. Tapi, yang ini lebih mengharukan. Lelaki, yang sudah bertaraf ‘pakcik’ boleh membelasah seorang perempuan yang juga ‘makcik’.

Apa ingat sudah terlalu kuat? Kalau nak main pukul, pukullah lelaki juga.. Baru padan. Nie pukul perempuan apa cerita.. Cuba try pukul polis peronda yang datang, baru tahu erti padan muka!

Sekejap..

Saya teringat sesuatu.. Hmmm.. Masa berkasih sakan dulu, iaitu sebelum berkahwin.. Waah,, bukan main lagi.

“Akulah kumbang dikaulah bunga.. Datang bertandang di taman raja”—Ucap si teruna.

“Biarpun kumbang dan bukannya rama-rama.. Ia tetap hensem di mata dinda”—Jawab si dara dengan malu-malu kucingnya..

“Kentut (maaf) mu harum bak kasturi malam”.—Nie yang paling tak tahan nak dengar. Kentut pun harum? Biar betul.. Saya tak pernah jumpa komposisi chemical yang boleh datangkan bau harum pada namanya ‘kentut’. Mungkin, ini satu finding baru! Ayuh sahabat-sahabat di fakulti Kimia, anda boleh cuba kaji ini.

Akhirnya..

Yang dipuja itulah yang dibelasah.. yang harum rupanya bau.. yang indah pada mata, itulah dia yang buruk akhirnya.. Tiada lagi kata seindah madah kata yang berbunga-bunga.. Tapi yang tinggal, sumpah seranah!

Hmmmmm..

Mana rama-rama?

Mana bunganya?

Aduh, rama-rama sudah bertukar menjadi singa..

Bunga mawar pada awalnya sudah jadi bunga ‘tahi ayam’.. Nasiblah kalau bunga ‘tahi ayam’ sebab ia masih dipandang bunga.. Tapi, apa cerita kalau dia sudah jadi rumput dan lalang yang pada mata suami perlu ditebas dan diracun saban hari!

Jenis apa suami macam ini?

Lelaki bukan ‘penguasa’.

Memang. Tak logik akal bukan kalau namanya tidak pernah ‘berbeza’ pendapat atau pandangan. Ini lumrah manusia.. Mana ada manusia di dunia ini yang “matching” 100%. Kalaupun sehaluan pada FIKRAHnya (cara berfikir), tapi jarang pada EMOSInya. Lelaki dan perempuan terlalu jauh bezanya!

So, berbeza respon dan pendapat itu pasti akan ditemui sepanjang berjalan bersama.. Ya, mungkin untuk hal-hal yang kecil itu bolehlah nak cakap.. “No wonderlah”. Masing-masing boleh terima.. Tapi, bila tiba membuat keputusan untuk bab-bab yang lebih besar dicampur pula dengan “tekanan luar” yang macam-macam.. Apa? Masa itu nak ‘transform’ jadi ‘singa’??

Ops! Jangan jadi singa sebab kita manusia ada lagi akal. Singa itu BINATANG sifatnya.. Tiada malu pada orang keliling dan tiada timbang rasa pada isteri serta anak-anak yang menjadi saksi. (maaf kepada singa, saya rasa singa lebih bertimbang rasa bila tengok dalam mana-mana documentary).

Benar. Kita lelaki adalah ketua rumah dan pastinya bila nama ketua adalah sedikit kurnia kuasa lebih dari timbalan rumah, isteri.. Tapi kuasa bukan untuk disalah guna.. Ingat, lelaki ‘diiktiraf’ berkuasa kerana Allah swt.. Maka sudah pasti, kuasa tadi bukanlah kuasa pemutus tertinggi dalam rumah tangga.. Ada lagi yang lebih berkuasa. Dialah Allah swt!

Lelaki bukan ‘penguasa’! Lelaki hanya meminjam sedikit ‘kuasa’ dari Allah swt.. Siapa penguasa sebenar? Dialah.. Hanya Dia, iaitu Allah.

Konklusi..

Maka, kenapa bertindak lebih dari ‘penguasa’? Pukul sana-sini, tampar, tendang dan terajang yang penuh aksi.. Terlupakah, bahawa sekalipun Allah swt yang empunya MUTLAK pada tubuh badan anak hawa itu tidak pernah "memperlaku" sebegitu rupa? Dan tidak pernah meredha apa yang seumpama dengannya..

Jadi, siapalah kita?

“Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya kepada para isterinya”—Hadis.

Ameen..

2 comments:

Anonymous said...

salam, shiekh..nasib hr tu kt xjd mangsa skali.fuuh!

myikhwanfiideen said...

walaikumussalam..

Bole je.. Insya Allah dpt pahala. Tp, nk buat camne bljr silat tk hbs.. takut bkn 'menyelamatkn' jdnya.. Silap hrbln tpksa 'dselamatkn'.=)