Usah bimbang dan ragu..
Ketahuilah Allah swt telah pun mencatitkan JODOH dan PERTEMUAN anak adam itu pada Luh Mahfuz.. Segalanya sudah ditentukan.. Tinggal lagi perlukan ‘sedikit usaha’ dan himpunan tawakkal dari hamba-hambaNya yang ada..
Mungkin. Saya tak cakap semua..
Mungkin, merasa gusar kerana kelambatan jodoh itu pastinya dirasai oleh sesiapa.. Masakan tidak, sedangkan Nabi Adam AS yang duduk di bawah rimbunan syurga itu masih terasa kurang dirinya.. Lantas, Allah swt ciptakan Hawa buat mententeramkan jiwa Nabi Allah Adam AS.. Usahkan Nabi Allah pun begitu, inikan pula kita manusia yang cuma biasa..
Maaf. Bukan maksud saya membandingkan..
Kita siapa? Nabi pula macam mana? Jauh berbeza antara kita dengan para Nabi.. Antara langit dengan bumi bahkan lagi jauh dari itu.. Cuma, apa yang saya maksudkan ialah.. FITRAHNYA.. Fitrah manusia yang tetap sama. Perlukan teman yang boleh membantu perjuangannya di muka bumi Allah swt ini..
Ini semua antara khidmat insaniyyah pada Allah swt..
Apa tujuan penciptaan manusia? Pasti jawabnnya, taabbud. Iaitu memperhambakan diri kepada Allah dengan sepenuh ikhlas dan tulus. Hakikat, manusia diturunkan oleh Allah untuk berkembang-biak di muka bumi ini untuk tujuan besar itu.. taabbud ila Allah!. Tuntas, tidakkah segala urusan yang bertujuan meramaikan manusia yang bertaabbud kepada Allah swt juga dikira sebagai khidmat kepadaNya?
Antara MENJADI dengan MENCARI..
Jangan kita ‘mencari’ di kala diri belum ‘menjadi’.. Jangan kita mengimpi yang solehah di kala diri belum sempurna menjadi soleh.. Ketahuilah bahawa, Nabi Muhammad itu tatkala dilamar oleh Saidatina Khadijah dirinya telah pun ‘menjadi’ sehinggalah baginda ‘dicari’.. Tapi, hari ini terbalik.. Tak mahu ‘menjadi-jadi’ tapi asyik ‘tercari-cari’..—Peringatan buat diri!
Nikah is something but not everything.
Teringat kata-kata seorang sahabat. Izin untuk dikongsi.. Setuju bahawa ia bukanlah ‘matlamat’, tapi hanya sebagai ‘pra-syarat’. Bermaksud, tidak semestinya mereka yang masih dilambatkan urusan jodoh oleh Allah swt maka akan tertutup segala pintu dan jalan untuk menuju redhaNya.. Tidak! Kerana jalan menuju Tuhan itu tidak sesempit demikian rupa..
Biar lambat asalkan selamat!
Sebagaimana mati dan rezeki kita yang dah tercatit sejak azali lagi.. Jodoh dan pertemuan juga adalah sama.. Cuma, tak tahu je bila tarikhnya.. Laju atau lambat itu urusan Allah swt.. Berusahalah untuk ‘menjadi’ dengan niat ‘Lillahi ta’ala’.. Pasti, akan tibalah masanya.. Sebab, hakikat lambat itu kerana Allah swt mahu kita selamat..
Selamat bukan di sini saja, dunia.. Tapi di sana juga, akhirat!
8 comments:
Zul meluahkan perasaannya kerana belum kahwin lagi...Hehe
Hafiz mcm tulah komennya.. Sentiasa brunsur PROVOKASI dan bukan REJUVENASI..
p/s-perkongsian cr ILMIAH hrp dikomen dgn ILMIAH jg..k, tq..
Ustaz..kalau orang dah suke kat pak ustaz terima ajelaah,anggaplah itu jodoh dan istikharahlah untuk yakin dan bersangka baiklah terhadap Allah...Insyallah tak lama lg, kawinlaah tuh...kalo soh org carikan pun ok pe??
"When a man marries, he has fulfilled half of his religion, so let him fear Allah regarding the remaining half."
( from Bayhqi)
sorry, this is the full version.. im sorry..
The Holy Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) said:
"When a man marries, he has fulfilled half of his religion, so let him fear Allah regarding the remaining half."
(from Bayhqi)
Thanks for the Hadith..
Post a Comment