Friday, November 6

tiada tajuk.


Alhamdulillah..

Roda “wau besar” (Malaysia Airlines) akhirnya jejak ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Johor.. Perjalanan yang cuma seharian berulang-alik dan sungguh memenatkan. Apapun, saya tetap puas.. Walaupun hari ini, saya menunggang “wau besar” dan bukannya seperti kebiasaan “garuda merah”.

Membuka laptop.. Hati tergerak untuk menulis.. Mencoret sesuatu sementara menunggu sahabat yang sudi ‘memunggut’ saya di airport ini..

Sambil mengetip papan keyboard, saya hanyut memerhati gelagat beberapa kelompok family yang menghantar ahli keluarga masing-masing ke pintu ‘departures’. Kemungkinan nak berlepas ke tanah suci Makkah.. Ya Allah.. Seronoknya mereka menjadi tetamu Mu!

~Labbaikallah humma labbaik.. !!~

Panggilan Allah swt disambut dengan penuh rasa taqwa dan semangat itqan yang akhirnya niat suci itu dikabulkanNya.. Bukan semestinya kita perlu menjadi jutawan baru berpeluang ke sana.. Atau, bukan perlu duit menjadi berkarung-karung banyakknya baru ada rezeki ke tanah suci.. Paling penting pada niat yang suci.. Kudus kerana Allah swt.

Bukankah Allah swt berfirman mafhumnya..

“Sesiapa yang bermujahadah (bersungguh) kepada Kami, nescaya kami akan hamparkan jalan-jalan padanya”—Quran

Ada orang banyak duit.. Boleh sampai ke Paris dan New York saban minggu.. Tapi, sayang.. Ke Makkah dan Madinah tak pernah berjejak.. Walaupun untuk mengerjakan umrah yang tak sampai beberapa hari itu. So, duit bukanlah alasan mutlak untuk tidak ke sana..

Semalam saya sempat ‘mencuri’ beberapa gambar.. Saja meronda-ronda di sebuah pasaraya mewah. Sekali sekala seronok juga.. Bak kata seorang teman, “seronok berjalan di sini sebab kita tahu kita tak mampu nak beli.. Jadi, tak payah bebankan kepala nak fikir yang mana satu!”.

Mari kita tengok gambar apa yang ada..

"Gelang tangan" ini berharga sekitar RM 5k hingga RM 11k

Ini pula,, RM 45 000 seutas!

Dan, yang ini sudah pasti lagi mahal.. RM 80 000 sebiji!

Saya teruja dan terkesima..

Bukan apa.. Bayangkan RM 80 000 hanya untuk disarung pada pergelangan tangan? Kalau berikan pada kita, insya Allah dah boleh buat macam-macam.. Bukan hanya anjur program.. Buat sekolah pun boleh!

Innallaha ghaniyyun..-Sungguh! Allah sahajalah sebenarnya yang Maha Kaya.

No comments: