Wednesday, November 25

-Pengorbanan vs Sumbangan-

Assalamualaikum dan salam ‘eidul adha.

Beberapa ketika dulu teringat kata-kata Naqib (Fasilitator).. Soalannya, apa beza “PENGORBANAN” dengan “SUMBANGAN”?? Entah.. Banyaklah jawaban kami masa itu.. Macam-macam jawaban yang terkeluar dari mulut.

Kata Naqib saya.. Senang sahaja nak beza..

Pengorbanan : Sesuatu yang kita beri LEBIH dari nilai kesanggupan “normal” kita..

Sumbangan : Sesuatu yang kita beri SAMA atau KURANG dari kesanggupan yang kita boleh.

Analoginya mudah sahaja..

Katalah, kita ada wang yang termampu sebanyak RM 10.. Kemudian, kita diminta untuk menghulurkan infak ketika itu. Lantas, kita keluarkan wang RM 10 untuk diberikan kepada si memerlukan.. Masa tue, kita rasa dah berkorban dah.. Opss.. Belum lagi, kita baru sahaja selesai menyumbang. Belum sampai makam (level) berkorban!

Habis.. Apa yang dikatakan berkorban?

Namanya berkorban ialah, bilamana kita ada RM 10 tapi kita boleh bagi RM 20 umpamanya.. Lebih dari apa yang kita ada.. Atau, lebih dari apa yang kita sanggupi.. Itulah pengorbanan!—Kita memberi sesuatu yang LEBIH dari normal kemampuan.

Ataupun, jika kita ada dua biji kurma.. Kebetulan ketika itu kita bersama dengan seorang sahabat.. Kemudian, kita bagi kedua-dua biji kurma kepada sahabat seorang ini yang memerlukan.. Sedang normanya ketika itu, kita juga perlukan pada kurma, maka itulah pengorbanan!

Wow! Bukan senang nak buat macam tu..

Memanglah.. Itulah sebabnya ramai dari kita hanya mampu menyumbang dan jarang-jarang sekali yang sanggup berkorban. Muhasabah untuk kita!

Firman Allah swt dalam surah Al-Insan;

“Dan mereka memberi makanan yang “DISUKAI” kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan..”—Al-Insan: 8

Lihat.. Fokus pada, “Memberi makanan yang mereka paling sukai”.

Untuk pemahaman yang lebih jelas lagi, berdasarkan ayat tadi saya cuba keluarkan definisi baru setelah definisi Naqib saya yang lepas.. Pengorbanan; ialah memberikan sesuatu yang kita ada dan yang paling kita HARGAI kepada orang yang memerlukan!

Contoh paling mudah..

Saya membeli kereta baru dan kebetulan saya ada kereta yang agak lama.. Lalu, kereta lama tadi saya berikan kepada Persatuan Anak Yatim untuk kegunaan mereka.. Ini namanya apa? Ini namanya ‘sumbangan’ sahaja.

Tapi, kalaulah saya berikan kereta baru saya dan bukannya kereta lama.. Kereta yang paling saya hargai dan yang paling saya sayangi.. Yup! Ini barulah namanya ‘pengorbanan’. Tinggal lagi, sanggupkah? Itu sahaja..

Tepuk dada, kita tanya iman masing-masing.

Cuma, apapun definisi yang kita letakkan untuk kedua-dua terminologi amal ini. Yang paling utama ialah, kedua-duanya diusahakan untuk diterima oleh Allah swt. Ini yang paling mustahak!

Semalam.. Semasa meneruskan siri bacaan Quran harian yang sentiasa ‘tersangkut-sangkut’ itu, saya ‘terserempak’ dengan beberapa bait Al-Kisah yang masyhur tentang Pengorbanan.. Kisah Habil dan Qabil.. Mesti pernah dengar bukan?

Firman Allah swt:

“Dan ceritakanlah (Muhammad) yang sebenarnya tentang kisah dua putra Adam. Ketika keduanya mempersembahkan korban, maka korban salah seorang mereka diterima (Habil) dan yang lain ditolak (Qabil). Dia (Qabil) berkata: “Sungguh, aku pasti membunuhmu!”. Dia (Habil) berkata: Sungguh, Allah hanya menerima (amal) dari orang yang bertakwa.”—Al-Maidah: 27.

Iya.. Terpulanglah pada kita.. Nak berkorban kah? Atau sekadar nak menyumbang kah? Syaratnya ialah Takwa! Kerana, kalau tiada takwa itu maka pastilah amal tadi hanya sia-sia.. Moga Aidil Adha kali ini, saya dan anda ditambahkan darjat TAKWA pada setiap pengorbanan dan sumbangan yang dilakukan.

Ameen..

No comments: