“tik tik tik tik tik”…
“tik tik tik tik tik tik tik..”.
“tik tik tik.”
Senyum seorang.. Dah gila ke?
“tik tik tik tik lagi”..
Dan, “tik tik tik tik..”. Entah bila jari nak berhenti..
Sejak dulu orang kita suka bergila-gila.. Macam-macam penyakit ‘gila’ yang ada.. Ada gila b*b* (maaf), gila judi, gila bayang, dan bermacam lagi penyakit keturunan ‘gila’..
Dan akhir-akhir ini, orang kita diserang satu lagi penyakit ‘gila’.. Terutama remaja dan adik-adik sekolah yang sedang “sakit angau”.. Penyakit yang lahir di era siber ini diberi nama gila ‘tik tik tik’.. Atau dalam bahasa ITnya, ‘gila SMS’!
Pada tahun 2004,
Jumlah SMS yang dihantar ialah 9.53 bilion atau 302 per saat!
Tahun 2005 pula,
Jumlahnya meningkat lebih dua kali ganda. Iaitu 21.03 bilion, mewakili 666 SMS per saat!
Bayangkan dengan lebih 20 billion SMS setahun.. Katalah purata SMS berharga 20 sen, maka wang yang dibayar oleh pengguna pada tahun 2005 ialah RM 4 billion. Atau, sama dengan jumlah subsidi minyak yang ditanggung oleh kerajaan selama ini.. RM 4 ribu juta setahun hanya untuk bermain jari, tidakkah itu ‘gila’ namanya!
Rugi atau untung, SMS menjadi medan komunikasi utama abad ini.. Tak kiralah apa jenis, apa tujuan, apa pentingnya.. SMS sentiasa menjadi pilihan.. Mudah, murah dan ringkas!
Walaupun mudah, murah, dan ringkas.. Jaringan SMS masih ada benarnya untuk diperhatikan dan dikawal.. Nak mengelak siapa-siapa menjadi ‘gila’ kerana dah terlampau ‘ketagih’.. Kat mana-mana asyik ‘syok sendiri’ dengan permainan “tik tik tik tik”nya..
Ada satu cerita.. Entah betul atau tidak.
Satu hari cikgu menyuruh murid tahun tiga membuat ayat menggunakan perkataan ‘emak’. Lantas, pelajar tadi menulis di papan putih; “mak i xleh mkn jmbu cos dia x da gg”! Alahai, baru cikgu tahu.. Rupanya murid seorang ini dah terkena penyakit.. “‘Gila’ tik tik tik tik”.
Satu lagi cerita.. Cerita benar.
Penyakit ‘Gila SMS’ yang melanda sering mengikis rasa prihatin sesama manusia.. Adab semakin tercabut entah ke mana! Paling sedih, ia merenggut rasa beradab antara anak dengan ibu-bapa..
Dulu-dulu.. Iaitu, masa zaman ‘senior-senior’ kita.
Anak-anak menulis surat kepada orang tua di kampung dengan bahasa yang yang tersangat halus.. Setiap kali menghantar kiriman wang pos, disertakan juga surat kepada orang tua dengan istilah bahasa yang indah-indah:
“Kehadapan ayahanda dan bonda yang dikasihi”. “Salam kasih daripada anakanda”.. Ataupun, “Anakanda mendoakan kesejahteraan ayahanda dan bonda”.
Tapi, hari ini..
Oleh sebab terlalu sibuk, kononnya ler.. Anak hanya menghantar SMS kepada orang tua di kampung: “kum, dh masuk duit, sila g pjt pos”. Kesian ayah dan ibu! Kadang-kala bukan duit sangat yang diperlukan oleh mereka.. Lebih lagi pada budi bahasa dan adab santun mulia!
Saya paling pantang satu je..
Terjah masuk tanpa ucapan sekurang-kurangnya, “Salam”. Maaf bagi yang pernah kena sebelum ini.. SMS masuk: “Enta dh amik surat tu?”.. SMS dibalas: “Bagi salam dulu.. Bole?”. Lepas itu, SMS masuk semula: “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh! Kehadapan sahabatku, enta dah ambil surat belum?”. Hmm, mesti ‘bengang’ kan..
Maaf bagi yang pernah terkena. Takpe, sekurang-kurangnya awak dan saya belajar untuk beradab!
1 comment:
salam wrt. wbt..betul, ana pantang juga kalau yang tak bagi salam 'SMS' ana..pernah ana tak reply langsung mesej orang yang tak bagi salam dulu..kesian orang tu..tapi alhamdulillah, dari situ dia belajar memberi salam...
Post a Comment