Monday, November 23

Projek: Generasi Al-Fateh

Suasana 1:

“Ummi.. Ummi.. Malam nie Zammi nak dengar kisah Al-Banna!”—Sebaik sahaja doa tidur habis dibaca, si kecil yang baru masuk usia tujuh tahun itu merengek-rengek manja..

Ummi duduk bersimpuh di tepi katil anaknya, Zammiluni.. Tersenyum berseri.

Sampai bila buku Bed Time Story untuk anak-anak kita ditaja oleh Walt Disney?

“Bukan semalam sayang dah dengar kisah tu.. Malam nie kan kita nak dengar kisah yang baru.. Syed Qutb.”—Tangan ummi cuba mencapai buku, “Bed time Story” di dalam almari bilik anaknya..

“Ala.. Semalam Ummi tak habis cerita kisah Al-Banna lagi.. Zammi nak tahu kenapa Al-Banna dibunuh? Bukankah dia pemuda yang baik.”—Si kecil memaut tangan ibunya,, Ummi..

“Oh.. Ummi tak habis cerita ke? Oh ye.. Ummi terlupa. Ok sayang, malam nie kita sambung kisah hebat As-Syahid Al-Banna ye..”—Ummi menyelak buku “Bed Time Story”.. Mencari kisah yang bertajuk; “AL-BANNA”.

Ummi bercerita.. Dan terus berceita..

Buku “Bed Time Story” yang dipenuhi oleh kisah-kisah para Mujahid dan Mujaddid Agama itu amat menarik minat si anak.. Termasuklah helaiannya yang penuh warna-warni dengan gambar-gambar tokoh yang dimaksudkan..

“Al-Banna menjadi baik di mata orang kerana perangainya.. Walaupun dia dibunuh, tapi Al-Banna tetap mulia sehingga kini. Siapa lagi yang mengajar sebegitu kalau bukan Ayah dan Ibunya.. Jadi, Zammi pun kena ikut cakap Ummi dan Abi ye.. Insya Allah nanti jadi hebat macam Al-Banna juga.”—Tangan Ummi mengusap-usap rambut Zammiluni.. Mata hati yang diharapkan menjejak langkah Al-Banna!

“Baik Ummi! Zammi nak tidur awal.. Esok nak cerita pasal Al-Banna kat kawan-kawan di sekolah! Nak cerita dengan Syafiq dan Najmi..”—Teruja benar anak ini..

Ummi hanya tersenyum. Moga-moga engkau menjadi Al-Banna.. Amin ya Allah..

Lampu dimatikan..

Tidurlah si anak dengan bermimpikan Al-Banna.. Watak yang akan menginspirasi!—Bayangkan, kanak-kanak sepertinya dah boleh bercerita dengan rakan-rakan perihal Al-Banna! Bukan cerita Doreamon atau Power Rangers..

***

Suasana 2:

“Erm.. Kisah apa pula malam nie?”. Abi bertanya sebaik Ummi masuk ke kamar..

“Malam nie anak kita Zammi nak sambung dengar kisah Al-Banna..”. Abi tersenyum bangga.. Good job my sweet heart!—Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat pembantu yang memahami..

Pembantu yang memahami visi ketua.. Mahukan anak yang Soleh dan Solehah.. Tidak cukup sekadar dua itu, tapi visi yang akhirnya merealitikan generasi Al-Fateh; Pembuka.. Membuka kota-kota hati manusia yang masih berdegil dari cahaya Kebenaran.. Moga-moga..

“Hujung minggu nie kita ada Usrah Aulad (anak-anak), Abang dah tengok modul apa yang nak dibawa?.”.. Ummi mengingatkan.

“Oh ya.. nasib sayang ingatkan..”. Abi pantas mencari buku “Usrah; Al-Fateh” dalam rak buku yang tersusun..

“Kita bincang sekejap ye.. Abang pun tak berapa arif.”—maklumlah, Ummi yang banyak handle usrah Aulad ini.. Abi sering tersibuk dengan Usrah Luar; Usrah orang Dewasa..

Hakikatnya, psikologi orang dewasa dengan kanak-kanak amat jauh bezanya.. Maka, kaedah pembawaan usrah pun mestilah berbeza.. Metodologi yang berlainan tapi matlamat kefahaman yang tetap sama..

Sebagai contoh, tidak patut membawa Usrah dengan buku Risalah Ta’alim umpamanya secara direct kepada anak-anak yang masih punya tahap pemikiran rendah.. Apa yang patut ialah, kita mengekstrak kandungan buku fikrah itu sesuai dengan tahap faham mereka..

Tuntas, usaha pengekstrakan itulah yang akhirnya menatijahkan Buku Usrah; Al-Fateh, khusus untuk anak-anak harakah Islamiyyah (gerakan Islam).

“Minggu lepas Ummi dah start tajuk Arkanul Bai’ah.. Tajuk JIHAD; Bersungguh-sungguh”. Ummi memberitahu..

So, minggu nie abang kena sambung Tajuk TADHIYYAH; Pengorbanan lah ye?” Cepat Abi menangkap maksud Ummi..

Arkaanul Bai'ah: Saya yakin ia boleh disampaikan dan seterusnya diaplikasi secara PRAKTIKAL oleh kanak-kanak seawal usia mereka..

“Ha’ah.. Pandai pun abang saya nie..”. Alhamdulillah.. Sepakat antara suami dan isteri seperti inilah yang kita mahukan. Agar generasi yang baharu nanti bukan hanya cemerlang akademianya.. Bahkan, minda dan paradigmanya untuk kemenangan Islam..

Saya panggil generasi itu nanti.. Generasi Al-Fateh!

***

Saya masih mencari idea dan bahasa yang amat tersesuai untuk diungkap pada level akal seorang kanak-kanak..

Mungkin ada idea yang hadir hasil dari perbincangan dengan beberapa teman yang merelakan diri mereka untuk menjadi “Team” kepada saya.. Team untuk menghasilkan Modul usrah; Al-Fateh ini.

Idea ada, tapi mencari dan memilih BAHASA yang sesuai untuk MENYENTUH jiwa kanak-kanak itu bukan mudah.. Kita perlu menyelami alam mereka lebih dalam lagi.. Perasaan mereka, ilusi mereka dan dunia kira-kira mereka..

Buku Usrah Al-Fateh yang cuba untuk digagaskan setakat ini masih belum mengalami pengembangan yang betul-betul mantap dan perlu diperhalusi lagi..

Saya ingin membawa idea “PENERAPAN” sebagai kerangka metodologi utama untuk pembentukan anak-anak Harakah Islamiyyah itu nanti.. Atau dalam terminologi yang saya citrakan sebagai; Generasi Al-Fateh!

Setakat ini progress idea kami hanya mencakupi dua Metod yang terkait pada dua sitausi tadi.. Modul kisah-kisah untuk diguna pakai setiap malam.. Dan, modul usrah mingguan yang berbentuk pengisian melalui permainan.

Metod Pertama; Cerita-cerita sebelum Tidur.. (bed time Story)

Saya cuba menggambarkan metod pertama melalui suasana 1 pada mukaddimah entry ini.. “Bed time Story” kalau bahasa orang putihnya..

Secara umumnya, modul ini lebih kepada kaedah PENERAPAN melalui PENGKISAHAN yang BERTURUTAN kepada seorang anak.. Dengan kata lain, jiwa mereka cuba dibelai secara halus untuk disuntik dengan kisah-kisah penuh Inspirasi.. Tokoh-tokoh Islam berbanding cerita-cerita lain yang tidak berpijak pada asas Islam.

Cuma kritikalnya di sini ialah, kaedah pengkisahan tadi perlu dibuat dengan lebih menyentuh lagi.. Elemen KLIMAKS cerita dan NILAI terungkap perlulah lebih mudah dan cepat untuk ditangkap oleh otak kanak-kanak.. Maksud saya, tidak Complicated!

Lagi satu.. Grafik pada buku ini amat penting.. Sebab, terbukti peringkat kanak-kanak banyak mengembangkan pemikiran mereka dengan bantuan alatan grafik.. Kaedah dokumentasi yang menarik minda dan minat seorang kanak-kanak adalah antara faktor kejayaan sebuah proses PENERAPAN.

Metod kedua; Modul Usrah berbentuk PERMAINAN..

Ideanya ialah, bahan-bahan Usrah yang ada sekarang ini cuba untuk diekstrak dalam bentuk permainan yang menarik minat kanak-kanak..

Apa sahaja yang Fikrah yang dituntut bagi mebentuk seorang Kader Harakah Islamiyyah akan cuba disampaikan dengan kaedah yang bertepatan dengan nature seorang kanak-kanak kecil.. Tanpa meninggalkan faktor keseronokan sebagai elemen yang mengistiqamahkan mereka untuk terus mengikuti modul-modul tadi..

Apakah sukar untuk membuat modul yang membawa maksud JIHAD; Bersungguh-sungguh? Atau TADHIYYAH; Pengorbanan umpamanya?

Saya rasa tidak.. Cuma, tidak ramai yang berfikir ke arah itu..

Biarlah kanak-kanak mengetahui dan faham pada usia yang lebih awal.. Banding dengan kita, dekat Universiti baru tahu akan semua itu!

***

Kalaulah kita bercita-cita untuk melahirkan tokoh-tokoh sehebat Al-Banna, maka di sinilah kita sepatutnya bermati-matian untuk mentunaskan mereka.. Iaitu seawal zaman kanak-kanak.. Dan, ini perlukan peranan dan sarana ibu bapa!

Ibu bapalah yang berperanan paling penting.. Bukan menyandarkannya atau menangguhkan proses itu sehingga anak-anak tadi bertemu proses tarbiyyah di kampus atau di sekolah.. Bahkan, ia bermula di rumah masing-masing..

Lupakah kita.. Al-Banna itu menjadi sedemikian kerana didikan Ayahnya? Begitu juga tokoh-tokoh lain.. Mereka bertunas di dalam rumah, bukan di sekolah atau bukan dengan tangan orang lain..

Tidak mahukah kita, generasi nanti mengenali lebih awal apa yang kita telah kenali sekarang?

Tapi, kaji punya kaji.. Rupanya antara faktor ibu bapa tidak dapat membuat kesinambungan proses tarbiyyah yang jelas pada anak-anaknya ialah KEKURANGAN SUMBER. Sumber mungkin berlambak, tapi sumber yang dah diekstrak itu amat kurang.. Apatah lagi untuk dinamakan ia sebagai SILIBUS..

Insya Allah..

Kami mengharap PROJEK seperti ini akan merungkai dan memudahkan lagi usaha pentunasan Generasi Al-Fateh. Kalau tak pun ia jadi satu SILIBUS, harapnya boleh menjadi rujukan sampingan.. Atau cerita-cerita malam yang menginspirasi..

Kami mengalu-alukan sumbangan dan korban tenaga dan Idea dari sahabat-sahabat yang ada FIKIR dan MAHU untuk menjayakan Projek ini..

Tiga Team telah ditubuhkan..

Team BRAINSTORMING, Team GRAFIK&DOKUMENTASI, Dan Team EDITOR (pakar-pakar Bahasa berada di sini).. Pilihlah nak bantu yang mana satu?

Apa yang saya nampak, hari ini kita Buat.. Insya Allah, esok lusa kita yang pakai.. Percayalah!

3 comments:

Anonymous said...

mahu join? camana eh?

myikhwanfiideen said...

Salam.

Abg bg email..

Anonymous said...

maaf. ini email ana : miji_tr@yahoo.com